Follower

Sunday, January 1, 2012

Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, tahun 2012 menjelang sudah. Ini adalah entry pertama ibu Yusuf di tahun baru. Semoga tahun ini akan menjadikan kita sebagai hambaNya yang lebih bertaqwa.

Ibu kira, warga Selangor khususnya dan warga Malaysia umumnya, sedia maklum tentang program Countdown Bersama Ustaz Azhar Idrus. Kami sekeluarga antara yang hadir menyedok ilmu dari program tersebut. Sebelah petang, ayah dan anak-anak datang memanaskan badan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Tujuan asal datang adalah untuk beriadah, namun kemeriahan program telah terasa. Ribuan umat manusia membanjiri padang tersebut.

Sebelah malam, kami sekeluarga pula ke sana. Meredah kesesakan jalanraya dan ribuan kereta yang parking di tepi jalan. Alhamdulillah, ayah Yusuf pakar 'jalan tikus' di Shah Alam. Manakan tidak, program tersebut tidak jauh dari pejabatnya.

Tujuan utama kami adalah ilmu, sebab kami bukan dalam golongan yang saja-saja mahu keluar rumah semata-mata meraikan tahun baru. Namun peluang berjumpa Ustaz yang begitu tersohor tidak mungkin terlepas dari agenda utama. Seluruh warga Malaysia tahu Ustaz Azhar Idrus tu memang best!! Suasana malam tadi memang gamat, apatah lagi digandingkan dengan Zizan Raja Lawak. Bayangkan, 70,000 penonton membanjiri Padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam tu..


Skrin besar yang menjadi alat bantuan kami, sebab kami duduk jauh nunnnnnnnn di hujung padang.


Zoom Uztaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.. Hmmm, takat tu je boleh pergi.


Sebahagian umat manusia yang membanjiri padang..


Ayah dan Maryam.. sedikit geram sebab anak dara ibu buat drama aneka ragam malam tu..


Yusuf yang dah mengadu lapar.. Anak ibu yang sorangni memang kuat makan. Selagi tak tidur, lapar aje kerjanya.


Hasil sentuhan budak lapar yang tak menjadi. Hihi.. Ibu tepek jugalah..


Dahlah ada yang beraneka ragam.. orang depan, kanan dan belakang spoilkan pula keadaan. Buat 'hembusan maut' di khalayak ramai. Bengang betul!! Yang kat atas tu nasib kaulah masuk blog ibu ye.. Yang kanan dan belakang segan pula ibu nak snap gambar.

Akhirnya kami mengambil keputusan meninggalkan program menjelang jam 11.00 malam. Dah tak fokuspun dengan ilmu yang disampaikan sebab anak-anak dah 'berlagu' dicuping telinga. Kami terus ke Seksyen 11 untuk isi perut. Tapi cuma ayah dan Yusuf sahaja, sebab Maryam dah zzzzzzzzz dalam kereta.

Habis makan, sepatutnya kami boleh terus keluar melalui Bulatan Kayangan. Tapi saja nak lalu Masjid Negeri kut ada rezeki dengar dari kereta. Sekali tersalah langkah daaa.. Orang dah berpusu-pusu keluar dan tersangatlah jamed. Alhamdulillah perjalanan kami diizinkan Allah lancar, cuma bila di Dataran MBSA tu sesak sebab kereta parking sampai tengah jalan. Masing-masing nak tunggu jam bunyi.. Yang kelakarnya, jarum jam tu pukul 4.30 tak silap ibu. Ayah kata jam tu memang dah rosak, cuma loceng tetap akan berbunyi..

Kami sampai di rumah dah tahun baru. Hihi.. Okeylah, itu saja catatan pertama ibu untuk tahun baru 2012 ini. Ada rezeki dan umur yang panjang kita jumpa lagi. Salam sayang buat semua.

Ps: Ibu tegaskan sekali lagi, ibu hadir program ni kerana ILMU. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana fahaman politik. Ada penjawat awam persekutuan takut nak datang program ni sebab ianya anjuran PKR. Habistu, takkanlah sebab ibu sokong  Datuk Seri Najib ibu kena pergi konsert Suki dan Adam di iCity Shah Alam? Tepuk dada tanya iman. Wallahua'alam.

* Untuk video Ustaz Azhar Idrus main gitar boleh klik SINI.

* Untuk entry Gara-Gara Main Gitar UAI digelar Agen Iblis sila klik SINI.

Wallahua'alam bissawab..



13 comments:

  1. Assalamualaikum Zefa..
    Tentu banyak ilmu yg diperoleh.. Tak kisahlah siapa yang menganjurkannya janji majlis yang kita hadiri bermanfaat

    ReplyDelete
  2. setuju..takkan nak pegi majlis terkinje-kinje..aduiii..org kene tukar mind setting..same je kat sekolah tu kak..kene mark..sampai bace solusi pun salah ke?diorang tgk je tak sentuh..dunie akhir zaman,,bayk bende tak boleh nak bezekan

    ReplyDelete
  3. Rasanya tak salah kan..Tak kisahlah dianjurkan oleh sapa, yang penting ilmu..seronoknya..

    ReplyDelete
  4. Wah! Mesti seronok. Bersama Zizan rajalawak tu, sbb dia pun orang ganu kan...

    Apa antara ilmu yang ibu yusuf dan maryam dapat? Mungkin boleh kongsi di sini.

    nanti yus nak cari di youtube, kot2 ada video masa ustaz azhar idrus di sini..:)

    ReplyDelete
  5. selagi ianya bermanfaat tak salah kita nak hadir..yg penting ilmu yg mahu dicedok tu..

    ReplyDelete
  6. yg penting ilmu dan pengisian.Allah sj yang tahu niat kita..kan? slmt thn baru

    ReplyDelete
  7. teringin gk nk pegi tp xkesampaian sbb nun jauh di sana, huhu...

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru 2012 zefa...semoga tahun ni lebih baik dr sebelumnya utk kita..
    p/s: everytime dgr ceramah ustaz azhar terasa sgt mcm duk kat kampung sendiri :-)

    ReplyDelete
  9. bertuahnya Zefa dpt menghadiri majlis ilmu dipengakhir thn 2011...
    UstaZ aZHAR mmg the best...akak pn ada tgk dlm youtube pg tadi.....

    ReplyDelete
  10. Kami di sini hampir setiap hari tengok youtube ceramah Ustaz Idrus... tidak menjemukan dan amat berbekas di hati..

    ReplyDelete
  11. majlis ilmu mmg seronok tp biasanya kalau lm sgt anak2 la yg akan start meragam. hlg tumpuan jdknya.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...