Follower

Saturday, April 6, 2013

TESTIMONI VIVIX: KAYAP DAN SERANGAN SARAF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
 Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Penjelasannya;
  

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
Ibu kongsikan disini testimoni yang memberi respon positif selepas menggunakan Vivix.

Alhamdulillah, dengan izin Allah mak pelanggan Shaklee ni sembuh dari penyakit yang dihidapi. 


Untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma, jangan malu2 pm ibu ya. Tqvm ♥

Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee ID: 909824
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
FB Page: Asmara Collections
Emel: zefa_asmara@yahoo.com


Friday, April 5, 2013

KUKUHKAN SISTEM IMUN DENGAN NUTRIFERON


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi kawan ibu sms, tanya pasal Nutriferon. Di FB pun berderu-deru pm tentang Nutriferon. Wah, sana sini bertanya tentang Nutriferon nampaknya.

Kalau kawan-kawan perasan, sekarang ramai yang menjalankan kempen kesedaran tentang bahaya ubat tahan sakit. Cuma mereka lebih menyebut dan menggunakan satu 'jenama' ubat tahan sakit ni, sedangkan di Malaysia sahaja bermacam-macam jenis ubat tahan sakit ada. Hmm.. Dah nasib produk popular kan. 

Apapun, bagi ibu (sebagai seorang yang tak suka makan ubat dan ada sedikit kesedaran tentang bahaya ubat tahan sakit), seelok-eloknya sekiranya ada alternatif lain; elakkanlah ubat tahan sakit tu.

Salah satu alternatif yang ibu syorkan adalah Nutriferon dari Shaklee. Nutriferon bukannya ubat, tapi sejenis supplemen yang berasaskan bahan semulajadi iaitu campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan bagi pengukuhan imun yang terbukti secara klinikal.

Bahasa mudahnya, Nutriferon adalah immune boosters.



Kita tengok pula gambar di bawah, bagaimana Nutriferon boleh bertindak sebagai imunne boosters.


Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon..

Interferon adalah protein yang dikeluarkan oleh sistem sel badan sebagai tindakbalas terhadap kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit dan juga sel tumor..

Interferon mengaktifkan sel imun dan membunuh pategon asing.

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
 
Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?

  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu hubungi ibu ya. Tqvm ♥


Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee ID: 909824
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
FB Page: Asmara Collections
Emel: zefa_asmara@yahoo.com

SUSU BERTAMBAH PEKAT DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi ni ibu nak kongsikan testimoni salah seorang ahli dari satu group ekslusif yang mengambil produk Shaklee semasa mengandung dan selepas bersalin.


"As Salam.. sy nk share hasil yg sy peroleh selepas mengambil produk shaklee....sy mula ambil vita lea, alfafa dan b complex sejak pregnant 6 bulan...mula2 sy just ambil 3x seminggu..breast sy mula menghasilkan susu....ml2 takut juga...tp bila cerita kat nurse, dia kata ok je tu...dia soh terus ambil produk shaklee...bila dh bersalin, alhamdulillah, susu makin byk...melimpah ruah rezeki anak, Nia Zara... sy sgt2 enjoy breastfeed...sebulan berpantang, sy ambil esp..bertambah2 mewah susu...suka sgt...susu bertambah pekat...sehari sy boleh pam 4x (tak termasuk direct)...setiap kali pam, mst dpt dlm 7-9 oz...alhamdulillah rezeki zara...sy suka bancuh esp dengan freshmlik+madu..kdg2 blend kurma sekali...mmg best la...skrg dh jd minuman kegemaran...kalo kat opis, sy bancuh dgn horlicks or milo je..apepun bancuhannya, mmg best... selain susu, bdn sy pun rs best je...parut2 ms pregnant dh ilang...alhamdulillah...ms pregnant dl, perut sy cuma ada 1 line je...walaupun 1 line, tp gelap sgt...ketiak pun gelap...tp lps amalkan esp, tanda2 tu dh ilang...kalo dl selalu kena tegur ngn husband sb gelap, skrg x lg....hikhikhik...best2....lumayan sungguh hasilnya...modal sikit je tp hasilnya, blh senyum lebar....hikhik...skrg sy ambil juga herb-lax, lecithin...sblm ni sy sukar buang air besar...sblm dan slps pregnant mmg sengsara nk membuang...tp lps ambil herb-lax, alfafa, lecithin, smooth je...xde dah cerekarama...huhuhu...syukur krn sy diperkenalkan dgn shaklee..tq pd Ajuya Rashid dan Atyni Amoy yg rekemen shaklee kpd sy". - Peaceez Cullen-
   
Syukur alhamdulillah, seronok baca catatan beliau.. :-)

Ibu ringkaskan fakta-fakta penting dari kata-katanya:

- ambik vitalea, alfafa dan b complex sejak pregnant 6 bulan*
- sebelum bersalin lagi susu dah keluar
- selepas bersalin susu semakin banyak
- lepas pantang ambik ESP susu semakin mewah dan pekat
- sehari boleh pam 4 kali tidak termasuk direct
- sekali pam dapat 7-9 oz
- parut semasa mengandung, garisan diperut dan ketiak yang hitam semasa mengandung dah hilang

Jemput baca entry ibu berkaitan Set Penyusuan Shaklee yang menyenaraikan supplemen-supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu di SINI (klik)..
 

 Sekadar gambar hiasan ehsan En Google..


NOTA:

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set atau produk Shaklee. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Aturan makan akan diberikan selepas pembelian produk.



* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu hubungi ibu ya. 

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com


Sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.

Thursday, April 4, 2013

FELINNA PMCVC BERWAJAH BARU: TIADA LAGI KAPSUL PUTIH BIRU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Felinna PMCVC kembali menggegar! Kali ini muncul dengan wajah baru, dengan formula lebih hebat dan packaging lebih mantap. Lengkap dengan tanda halal JAKIM dan no pendaftaran KKM.

Mengandungi:

250 mg Collagen Marine
100 mg Glutathione
50 mg Vitamin C 

Pastikan PMCVC anda berwarna merah putih dan terdapat cetakan logo Felinna Beauty pada kapsul tersebut.  

Tiada lagi kapsul berwarna biru putih.

Pastikan ori, baru beli!


 Untuk keterangan lanjut, hubungi pengedar Felinna anda:

Zefa Nor Asmara Jubir
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
FB Page: Asmara Collections
Emel: zefa_asmara@yahoo.com


Wednesday, April 3, 2013

BERKELAH DI AIR TERJUN BELUKAR BUKIT, HULU TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cuti sekolah yang lepas, kami balik Terengganu. Cuaca di sana sangatlah panas terik.. Kesian dengan anak-anak yang kepanasan dalam rumah, ayah bawa kami mandi sungai. Bukan sungai belakang rumah tau, tapi sungai yang kena meredah perjalanan sejauh 60 km. Hehe.. Semangat tul nak mandi sungai..

Kami dah pergi sungai ni tahun lepas. Ibu ada buat entry kat SINI. Cuma dulu kami pergi dua keluarga, tapi kalini keluarga kami sahaja. 

Kalini juga, kami dapat port yang lebih best. Ibu boleh duduk je tepi sungai, sambil jaga barang dan tengok-tengokkan Maryam. Maryam kecik lagi, jadi duk je tepi sungai. Ayah dan Yusuf je pergi jauh sikit..


 Pemandangan Air Terjun Belukar Bukit dari lensa kamera ibu. Subhanallah, indah sangat-sangat..


 Ayah dan Yusuf.. Walaupun airnya cetek, tapi agak deras lah juga..


 Maryam hanya memerhati dari tepi.. Best port Maryam dan ibu, teduh je. Bawah pokok.. Hihi..


 Tengok, air dia jernih sangat. Maryam dan aksi jari didagunya..


 Maryam yang sangat peramah, semua orang ditegurnya termasuklah pakcik yang sedang menjala ni..


 Dengan selambanya dia mintak ikan kat pakcik tu.. Hadoilah Maryam, tapi ikan tu dah nyawa-nyawa ikan dah. Huhu..

 
 Ibu dan Maryam..



 Ibu dan Yusuf..




 Ibu dan ayah..

Buat kawan-kawan yang ke Terengganu, tak rugi ke sini. pemandangan indah, airnya sejuk dan jernih, sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Untuk yang suka cabaran, ada juga kawasan yang dalam airnya dan sesuai untuk trjun tiruk. Tapi awas, sudah ada kejadian lemas di kawasan yang dalam tu.

Cuma, ibu rasa kecewa dengan kemudahan yang ada. Tandas dan suraunya sangat, sangat, sangat tidak terjaga. Owh, tidak sanggup nak ceritakannya di sini. Amatlah ibu harapkan agar pihak-pihak tertentu yang berkaitan mengambil tindakan.

Sayang, tempat cantik dan indah tapi dicemarkan dengan kemudahan yang tidak terjaga dan tidak terurus.

Hehe.. Penutup yang agak kedengaran membebel. Okey, hingga di sini dulu. Sampai jumpa lagi.. :D  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...