Follower

Monday, June 11, 2012

MANDI MANDA @ AIR TERJUN BELUKAR BUKIT, TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Isnin kembali menyapa..  Hari ke 5 kami meninggalkan Terengganu Darul Iman, baru harini ibu berkesempatan buat entry tentang salah satu aktiviti balik kampung kami kali ni.

Kami sampai Terengganu malam Sabtu 2 Jun 2012. Hari Sabtu tiada aktiviti khusus, cuma teman ayah Yusuf ke kedai perabot. MIL ibu berhajat display kabinet untuk pinggan mangkuknya. Hari Ahad pun sama meneruskan misi mencari perabot yang tak kesampaian semalamnya. Tengahari Ahad, kami makan-makan di rumah kakak ayah Yusuf di Seberang Takir.

Hari Isnin, baru kami berjalan jauh sikit. Atas cadangan anak-anak buah, kami dua keluarga (keluarga kami dan keluarga kakak ayah Yusuf), berkelah di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu. Air terjun ni tak jauh (lebih kurang 6 km) dari Air Terjun Sekayu, Kuala Berang. Sekayu memang sedia popular, jadi sedia maklum jugalah suasananya di musim cuti sekolah. Sebab tu kami ambil keputusan nak ke Belukar Bukit.

Walaupun namanya air terjun, tapi tempat yang kami tuju tu sungai yang cetek sahaja. Airnya sangat jernih dan sejukkkkkkk. Walaupun kami mandi tetengahari buta, tapi air dia tetap sejukkkkkkkk.


 Sebahagian pemandangan di Air terjun Belukar Bukit..

Gambar tu ibu zoom dari jauh sahaja. Airnya dalam dan sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi pemuda-pemuda suka mandi di situ, boleh terjun tiruk. Hehehe..


 Pemandangan dari tengah-tengah sungai.. Lokasi mandi manda yang kami pilih cetek je airnya. Almaklum, kami bawa kanak-kanak..


Lagi pemandangan Air Terjun Belukar Bukit, walaupun berbatu tapi masih sangat sesuai untuk kanak-kanak..

Sungaini agak terbuka dan jauh dari pokok-pokok, jadi agak panas.. tak macam sekayu yang redup.



 Kami sekeluarga.. jarang dapat bergambar berempat sebenarnya..

Merah lagi.. ramai yang bertanya Ibu Maryam suka merah ke? Hehehe.. yang benarnya koleksi tudung dia tak banyak, balik-balik itu, balik-balik itu. Ada siapa-siapa nak hadiah tudung ke Ibu Maryam? (Gurau sahaja.. )



 Ahli keluarga kami.. Sikecil Faqehah sudah menggigil-gigil, Yusuf buat cubaan nak basahkan Ma, Bak dan kak Irah tak ada dalam gambar ni..


Model cilik kesayangan ibu..


 Makan time..

Kami tak bawa bekal beria pun, sekadar keropok, roti dan air. Adalah sikit Ma bawa nasi goreng yang diselamatkan oleh Yusuf. Oh ya, sungaini tepiannya berpasir. Sukalah Maryam, sebab dia dapat buat istana pasir lagi. Cuma tak ada picasnya, kalau perasan dalam gambar di atas tu dia pegang baldi dan peralatan main pasir..


Penjaga barang..

Si merah tu tak mandi pun. Teringin juga tengok orang mandi tapi malas nak berbasah-basah.

Ada lagi gambar lain sebenarnya, tapi cukuplah ni. Lappy ibu slow, jadi kurang kerajinan ibu nak melangut depan lappy lama-lama.

Jadi buat semua yang bercuti ke Terengganu, Air Terjun Belukar Bukit adalah salah satu lokasi yang boleh dikunjungi. Pejalanan dari Kuala Terengganu dalam anggaran 60 km sahaja. Tak lah jauh sangat.. Ikut je sign board Sekayu, Belukar Bukit tak jauh dari situ.

Sekian dulu catatan ibu Yusuf. Hingga jumpa lagi..


14 comments:

  1. mandi sungai memang seronok...sejuk, nyaman, segar je..:)

    ReplyDelete
  2. Mandi sungai ni kena bawa bekal banyak-banyak..sebab lepas mandi perut punya lah lapar...:) seronokkan mandi manda nya..

    ReplyDelete
  3. wah..bestnye..tngk air pon dh sejuk

    ReplyDelete
  4. jernihnya air dia.. bestkan..

    kalau ke tempat camni kena bawa bekal banyak2.. perut cepat je lapar bila sejuk2 ni

    ReplyDelete
  5. port picnic mmg best! redup je.. :)
    best jugak tempat ni..tenang je. yg penting tak merbahaya utk anak2 kecil.

    ReplyDelete
  6. jernihnya.. xramai ek masa ni

    ReplyDelete
  7. seronoknya... air dia sgt jernih! :-)

    ReplyDelete
  8. jernihnya air....memang seronokkan berkelah bersama keluarga..

    ReplyDelete
  9. cantik tempat ni.. Nampak mmg sesuai utk anak2 mandi..

    ReplyDelete
  10. Salam Zefa,
    Akak tag Zefa utk GA ni.. Jom join..

    http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/06/exclusive-giveawaykain-pasang-raya-2012.html

    ReplyDelete
  11. memang jernih airnya. mungkin boleh ke sana kalau balik Ganu.

    ReplyDelete
  12. cantiknya pemandangan di sini... tenang je.. orang pun x ramai

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...