Follower

Friday, October 10, 2014

Kenangan Aidiladha 1435H dan Garis Panduan Ibadah Qurban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, Aidiladha 1435H kami 5 beradik, mak dan abah telah diizinkan Allah swt melaksanakan ibadah qurban. Seekor lembu dikorbankan dengan seorang 1 bahagian.

Kita sedia maklum, ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Sedikit perkongsian info, ibadah qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya disabitkan dengan Al Quran dalam surah al Kauthar ayat 2 dan surah al Hajj ayat 36.

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Dalil pensyariatan berasaskan sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.

Ianya dilaksanakan setiap tahun apabila tiba hari raya 'Aidiladha atau hari raya qurban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Lembu yang telah ditumbangkan, disembelih dan sedang dilapah..

Ini antara foto terawal yang dapat ibu rakam. Gambar-gambar sebelum semua dalam handphone Ayah Yusuf. Kurang kerajinan pula ibu untuk men'transfer'nya. Maaf, atas ayat yang dirojakkan itu. Huhu..


3 saudara berbaju hijau..

Tidak dirancang sebenarnya, kebetulan jejaka-jejaka dari keluarga kami memakai t-shirt dengan warna yang sama. Dari kiri berbaju hijau adik ipar ibu, adik ibu dan Ayah Yusuf. Ada seorang lagi tiada dalam gambar, abang ipar ibu.

Kami 5 beradik, 4 sudah berumahtangga. Jadi ada 4 jejaka dalam keluarga kami..


Proses melapah kulit sedang dibuat..


Adik beradik perempuan, anak-anak dan anak-anak saudara ibu..

Semua turun padang walau hanya sebagai pemerhati. Tak ramai pun kaum wanita yang datang. Oh ya, di kampung kami kebiasaannya semua haiwan yang bakal diqurbankan akan dikumpul di1-2 tempat, disembelih dan dilapah secara bergotong royong oleh penduduk kampung.


Pemandangan di sekitar lokasi qurban..

Tahun ini, sembilan ekor lembu dikorbankan tidak termasuk beberapa ekor lagi yang di qurbankan di kawasan masjid. 


Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..


Berkerusi roda tulah abah ibu..

Semangat beliau turun padang walau berkerusi roda. Alhamdulillah, untung ada menantu yang gagah mengangkatnya..


Ini team memotong daging..

Anak-anak muda dan belia ramai yang membantu menumbangkan lembu, membantu semasa proses penyembelihan dan melapah. Kemuadian serah pula kepada kumpulan pemotong daging yang rata-rata terdiri dari warga emas untuk memudahkan pengagihan. Alhamdulillah, semua golongan dari peringkat umur berganding bahu..


Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..

Di bawah khemah sana pelbagai juadah disediakan untuk menjamu penduduk kampung yang bergotong royong. Semua juadah disediakan dan disedekahkan oleh wakil-wakil yang membuat qurban. Senang cerita konsep 'pot luck', begitulah lebih kurang..

Selain tu, ada beberapa bahagian daging yang terus dimasak dilokasi gotong royong untuk dihidangkan kepada penduduk kampung yang bergotong royong. Sudah pastinya sup tulang. Slurrrppp.. Hihi..

Alhamdulillah, selesai untuk tahun 1435H. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki kami untuk melaksanakannya lagi dan lagi di tahun-tahun akan datang.

Menyebut tentang Garis Panduan Ibadah Qurban, di antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:


1) Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban

-Tafsiran
-Hikmah Ibadah Qurban
-Hukum Berqurban
-Jenis Qurban
-Status Hukum Daging Qurban 
-Pembahagian Daging Qurban
-Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban
-Syarat Sah Berqurban
-Tempoh dan Masa Berqurban
-Syarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Qurban
-Syarat Penyembelih Haiwan Qurban
-Syarat Sah Sembelihan
-Syarat Alat Menyembelih
-Perkara Sunat Ketika Berqurban
-Perkara Makruh Ketika Berqurban
-Cara Menyembelih Haiwan Qurban
-Agihan Daging Qurban

2) Pengurusan Qurban

-Tafsiran
-Pihak Wakil Melantik Wakil Lain (Tawkil) Melaksanakan 
Qurban
-Lafaz Niat Wakalah Untuk Pelaksanaan Qurban
-Perkara Yang Mesti Diketahui Sebelum Mewakilkan Urusan 
Qurban
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat 
Dalam Negara
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat Luar Negara
-Penyerahan Wang Kepada Wakil Bagi Qurban di Luar Negara
-Qurban Yang Bercampur Dengan Aqiqah, Hadiah, Nazar dan Sembelihan Biasa
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Perseorangan, 
Persatuan atau Agensi
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Bukan Islam

Semua info lengkap perkara-perkara di atas boleh dibaca di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Semoga bermanfaat.

Tuesday, October 7, 2014

Resepi Singgang Daging Terengganu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung Jemari Asmara.

Alhamdulillah, kembali berblog setelah beberapa hari terputus talian internet. Situasi biasa setiap kali balik kampung. Setakat whatsapp insyaAllah lepas. FB pun lepas post status sendiri je, nak baca komen, nak buka inbox memang kadang boleh kadang tidak. Sabar ajelah..

Malam ni bila buka blog, saje-saje tengok catatan mingguan popular. Wah! Entry 'Resepi Singgang Daging Terengganu' yang ibu tulis tahun 2011 tiba-tiba melonjak naik. Masing-masing cari resepi nak masak daging nampaknya.

Singgang daging ni antara menu masakan daging yang tidak terlalu berat. Bagi ibu kategori berat ni macam kari, gulai, kurma.. Kalau singgang ni rasa ringan je. Hehe.. Faham ke faham? Buat-buat faham ye..

Sementara ibu godek-godek dan edit gambar-gambar ibadah korban yang lepas, ibu up semula Resepi Singgang Daging Terengganu dalam entry baru. Maaf, gambar lama. Raya Haji tahunni belum sempat nak menyinggang lagi.



Resepi Singgang Daging Terengganu

Bahan-bahannya:

200 gram daging (anggaran 2-3 orang makan)
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci lengkuas dihiris
1 inci kunyit hidup dihiris
1 batang serai diketuk
1 keping asam keping
1/4 sudu lada hitam dikisar/ tumbuk
1/2 sudu ketumbar dikisar/ tumbuk
1/2 sudu jintan putih dikisar/ tumbuk
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya:


1. Rebus daging bersama bawang putih, lengkuas, kunyit dan serai hingga menggelegak.
2. Masukkan bahan kisar dan rebus hingga daging empuk
3. Masukkan garam dan asam keping.. Rasakan masin masamnya dan sedia untuk dihidangkan.


Nota ibu:

* Kakak ipar ibu kata nak ringkas, letak serbuk sup pun boleh juga..

* Kadang-kadang mak mertua ibu letak serai, kadang-kadang tak letak. Maknanya, serai tu tak wajib lah ye..

* Mungkin resepi di atas ada perbezaan dengan orang lain masak. Resepi yang ibu kongsikan ni, semuanya hasil tengok mak mertua dan kakak ipar masak. Senang cerita, ini cara mereka.

Resepi ni boleh masuk dalam menu sihat. Tak ada guna minyak-minyak bagai. Rebus-rebus sahaja.. Bagi yang belum pernah buat, silalah cuba. Ringkas sangat-sangat dan sedap. 

Hingga jumpa lagi.. :D

* IKLAN *

Ibu nak kongsikan pada dia dan pembaca-pembaca Jemari Asmara semua satu video perkongsian pengalaman seorang ibu muda yang sembuh dari gastrik secara tidak sengaja.

Sesiapa yang ada gastrik tu wajib tonton. Untuk manfaat bersama mohon share entry beserta video ini di FB masing-masing. Semoga membantu dan memberi jalan untuk ikhtiar.

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Ps: Sebarang maklumbalas atau pertanyaan lanjut tentang produk yang dinyatakan, boleh dinyatakan diruang komen atau boleh hubungi ibu melalui email: zefa_asmara@yahoo.com

Saturday, October 4, 2014

Doa Keluarga Bahagia


Doa keluarga bahagia. Kredit poster www.haiyabiddoa.com


Friday, October 3, 2014

Giveaway Pertama SitiSab

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam nampak blogger Hasrul Hassan ping entry blog beliau ke group FB Denaihati Network. Malam ni baru berkesempatan blog walking. Penyertaan GA anjuran blogger SitiSab rupanya. 

Dah lama tak join giveaway, marilah kita menjoinkan diri kali ini. GA ni mudah, tapi hadiahnya boleh tahan lumayan. RM100.00 tau.. Kalau buat sedekahni, insyaAllah panjang pahalanya.


Nak ikut serta GA ni mudah sahaja. Mula-mula follow www.sitisab.com. Buat entry dengan tajuk Giveaway Pertama Siti Sab, tepek poster di atas dan linkkan semula ke entry asal GA beliau.

Kemudian tag 3 orang sahabat blogger. Ok, bab tag ni ibu nak petik Puan Kutu, Yus dan Suzlin.

Untuk lebih penjelasan, klik sahaja poster di atas atau KLIK SINI dan anda akan dibawa ke entry GA www.sitisab.com

Oh ya, selain penyertaan melalui blog, penyertaan di FB juga diterima. Semoga berjaya!

Pisang Goreng Cheese di Shah Alam

Cerita makan lagi. Haha, keluarga sihat kami memang suka makan. Tapi cerita pisang goreng cheese ni hanya ibu dan Maryam sahaja yang mampu menghayati. Yusuf dan ayah, mmmm.. Ayah tekak Melayu sejati. Yusuf pun sama, tapi masih boleh layan western food lagi. 

Ini kisah Ahad 2 minggu lepas. Balik latihan taekwando kami 2 beranak menjalankan misi mencari pisang goreng cheese. Pastinya di Shah Alam, almaklum warga Bandaraya Shah Alam katakan.



Ececeh, ada model pisang cheese. Pisang Cheese Jakarta katanya. Setahu ibu, fenomenan pisang goreng cheese ini memang di bawa dari Indonesia. Tapi dari negeri dan daerah mana, wallahua'alam.

Nampak tak harganya? Boleh tahan juga, purata sepotong pisang berharga RM1.00. Sekotak ada 8 potong, dan harganya diantara RM7.00 hingga RM8.00 sekotak. 



Yang atasni pisang cheese original. Pisang goreng dengan parutan keju dan taburan gula merah. Pisangnya dah agak suam-suam, jadi kejunya tak cair, jadi taklah meleleh..



Yang ni pula, pisang cheese coklat. Yang ni pisangnya baru je diangkat dari kuali. Bila diparutkan keju di atasnya terus mencair dan sedikit meleleh..



Ini pulak pisang cheese coklat tersilap buat. Ibu order yang coklat, tapi dihantarnya yang biasa. Jadi kemudiannya dia letak coklat atas cheese, biasanya cheese atas coklat. Tapi ibu okey je, janji ada pisang, ada cheese dan ada coklat.

Sebenarnya, 3 pisang cheese dalam gambar tu dibeli dalam tempoh yang berbeza. Dah tiga kali beli pisang cheese ni dan kebetulan tiap kali beli ambik gambar..



Ibu, ambik la gambar adik dengan pisang cheese ni. Ok, snap!



Restoran Tam Nasi Ayam Seksyen 23 Shah Alam..

Di sinilah satu-satunya lokasi di Shah Alam yang ibu tahu ada jual pisang cheese. Lain-lain tempat, ibu belum teroka lagi. Tu yang dah tiga kali beli, tiga-tiga kali beli di sini. Lagi pun dekat je dengan rumah kami..

Kepada rakan-rakan pembaca dari Shah Alam, harap entry ini dapat membantu anda sekiranya mencari lokasi yang ada pisang goreng cheese. Dan sekiranya anda tahu lokasi lain yang ada jual pisang cheese, sudi-sudikanlah berkongsi di ruangan komen..

Terima kasih singgah di Jemari Asmara.

 Ps: Jika anda ada masalah darah tinggi, jemput tonton video di bawah. Semoga bermanfaat..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...