Follower

Monday, February 21, 2011

Mungkinkah Sebab Terlebih Rajin?

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya, ibu tak pasti apa tajuk yang sesuai untuk n3 kali ini. Tapi cerita berkisar tentang puteri ibu, Maryam Nabihah.. Bagi yang baru kenal blog ibu, secara ringkas ibu ada dua cahaya mata.. sulung Yusuf Nabhan 7 tahun, bongsu Maryam Nabihah 3 tahun 6 bulan.

Maryam Nabihah ni banyak sikit ragamnya, ada aje yang tak kena, manja dan mengada-ngada (yang ni memang dugaan bagi kami suami isteri).. dah pun bersekolah di Genius Aulad mulai Januari 2011. Tetapi seorang anak yang sangat rajin membaca (belum pandai baca pun.. sikit-sikit kenal sukukata), menulis (menconteng) dan mewarna..

Bayangkan (pada hari cuti).. bangun jam 6.30 pagi, mandi, minum susu.. dia akan terus mula pegang buku.. kalau tak ke mana-mana sehari, seharianlah dia akan pegang buku.. hanya berhenti jika nak ke tandas. Makan minum pun, kalau kena paksa..

Dan ini yang terjadi semalam (Ahad) petang..

v

v

v



Dia tertidur semasa aktiviti mewarna.. (ibu tak ler biarkan.. angkat pulak tidur atas toto)

Bangun dari tidur, dia menangis.. mengadu sakit kepala.. muntah muntah.. tapi badan tak panas.. tak demam pun..  Hingga ke malam masih mengadu sakit kepala sampai tahap dia ketuk-ketuk kepala dia..

Ayah belikan ubat.. lepas makan ubat ambil masa juga nak tidur.. alhamdulillah, sekarang ini sedang lena..

Mudah-mudahan anak ibu okey besok pagi.. hati ibu akan sangat berat untuk ke tempat kerja jika nak tidak sihat..

Ps: jam dah 3 pagi.. ibu nak tidurrr.. zzzzz.. sebelum dia bangun dan merengek-rengek lagi.. bye bye!

5 comments:

  1. uuuih dasyat tuu..ulat buku ni..hee~

    hope anaknye sihat saje ye, mmg susah hati kita nnti kalau diorang tak sihat kan..hu~

    ReplyDelete
  2. bagusnyer anak dara akak nih...
    walaupon byk songeh tp suka baca buku...xyah la susah2 nk soh membaca sok2 kan...
    tanda2 nk demam kot kak...bawak ke klinik la kalo teruk...sian maryam...

    ReplyDelete
  3. kak zefa, sejak usia berapa akak ajar anak-anak akak mewarna?

    ReplyDelete
  4. bila anak demam..meragam..memang para ibu tak sedap hati..kat tempat kerja pun asyik teringat kat anak je..erm..semoga cepat sembuh ye sayang..

    ReplyDelete
  5. Mamalieyna: hari ni dah terpaksa el pun.. anak lg penting kan..

    et: tengok hangin dia juga.. tp alhamdulillah memang dia suka buku.. kdg2 kita lak hangin.. tgh sebok2 buat kerja rumah.. dia sebok nak baca dan2 tu jugak..

    Shira: Umur tak sampai setahun lg shira, tp bukan mewarnalah.. menconteng..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...