Follower

Friday, February 25, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran - Julai: Iye Ke?

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar kawan-kawan semua.. ibu doakan semua sahabat-sahabat blogger dan pengunjung blog ibu sentiasa di dalam kesejahteraan dan di bawah lindunganNya..

Semenjak dua ni.. di FB, banyak betul kena tag dengan Rahsia Bulan Kelahiran. Jenuh ibu remove tag.. sebab banyak sangat. Bayangkan kawan FB ibu ada 1812 orang. Kalau 1% je yang tag pun.. dah berbelas-belas tau.

Ibu kongsikan di sini.. Rahsia Bulan Kelahiran untuk mereka yang dilahirkan pada bulan Julai. Sebab ibu kan lahir bulan Julai. Difahamkan, ini adalah hasil kajian Dr Fadhilah Kamsah selama 25 tahun.



Secara umumnya.. sebahagiannya tepat, sebahagiannya hampir tepat dan sangat sedikit yang tidak tepat! Nak ulas semua, amatlah panjang. Hehe.. nanti u alls pun malas nak baca. Ibu pilih 3 je ye..

1. Mudah gemuk kalau tak kawal diet..

Huwaaa.. betul sangat-sangat. Sekarangni berat ibu memang dah terlampau-lampau overnya. Hahaha.. dah la ibu ni tak tinggi.. hadui lah. Sampai plan nak tambah baby pun asyik tertangguh, sebab takut tak larat nak bawak perut dan badan yang dipam-pam. hehehe..

Diet? Kita tengok yang ni pulak..

2. Lemah dari kesihatan perut..

Haaa.. yang ni pun betul. Ini antara faktor yang selalu gagalkan misi diet ibu. Alhamdulillah, ibu tak ada gastrik. Tapi ibu mudah masuk angin dan alergik dengan makanan yang berangin. Alamatnya.. menonggeng-nonggeng sakit perut. Sakit dia pulak tak leh nak kata.. ala-ala rasa macam nak bersalin.

3. Rajin dalam membuat kerja..

Teeeeetttt.. yang ni tak tau nak kata apa. Ibu bukanlah seorang yang rajin sebenarnya. Tapi tak adalah pemalas sangat.. hehehe..

Ps: Kawan-kawan punya macammana, banyak yang tepat tak?

5 comments:

  1. ika setuju yg LEMAH DARI KESIHATAN PERUT tu..
    ika pon lahir bln 7..
    dan ika mmg ade mslah dgn perut..hi3

    ReplyDelete
  2. rahsia bulan kelahiran macam nie kata ustaz boleh baca tapi tak boleh percaya..hehee
    tapi memang hampir tepat dgn diri kita kan..almost 90%...

    ReplyDelete
  3. betul ke peramah tapi boleh tahan larhhh...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...