Follower

Saturday, February 12, 2011

Segaris Calar Menggoyah Emosi Ibu..

Assalamualaikum wbt..

Tiada catatan menarik untuk hari ini..

Bangun pagi, solat, mengaji.. layan aktiviti decoupage jap.. basuh dan sidai baju.. urus anak-anak (adik je, abag semua dah buat sendiri), bawa anak-anak keluar makan.. lepas makan, bawa Yusuf Nabhan ke klinik gigi. Dah seminggu gusi bengkak (sejak demam).. sian anak ibu susah nak makan. Dah kurus sikit dah..

Balik klinik, sambung lagi aktiviti decoupage. Lepas zuhor keluar lagi, makan tengahari. Nampak sangat ibu ni mals masak kan? Petang, ayah dan abang ke Bukit Jalil. Ayah ada 'bola'.. Ibu dan adik bermalas-malasan depan tv..

Lepas maghrib ibu on lappy. Jengah 2-3 blog kawan-kawan. Hinggalah sampai disatu blog yang sedang meganjurkan GA. Berkira-kira nak ikut serta, ibu menyelongkar memori-memori lama mencari idea.

Malangnya, minda ibu terlencong dari tujuan asal. Tiba-tiba teringat kisah lama yang meninggal calar di hati. Segaris calar itu, benar-benar menggoyah emosi ibu.

Buku catatan pahit yang sudah ditutup terbuka lagi. Luka lama berdarah kembali..



5 comments:

  1. wah sedih sgt nampak tu..takpe ujiankan tanda Allah sayang! semangat2 ibu! jgn down2.. ;)

    ReplyDelete
  2. Ya: Luka dilukai.. hehe.. eh, cam tajuk lagu pulak..

    ReplyDelete
  3. Kadang2 peristiwa pahit itulah yang mematangkan kita... Insya Allah...

    p/s: sayu pula terasa bila membaca entri ini..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...