Assalamualaikum wbt..
Catatan tertunda dari semalam.. bangun jam 2.30 am lantaran kepala yang sakit dan hidung yang tersumbat.. namu mampu mengumpul kekuatan Jemari Asmara ini untuk mencoret sesuatu..
Semalam, Sabtu.. 05.02.2011. Tatkala keceriaan anak-anak masih suram (seperti di n3 INI).. ibu pula diberi ujian kecil oleh Allah swt. Nikmat kesihatan pinjamanNya, ditarik kembali.. (mudah-mudahan untuk hanya seketika). Syukur Ya Allah atas segala nikmatMu yang Kau kurniakan padaku.
Seharian bermalas-malasan di rumah.. petang, gagahkan juga diri untuk bersiap apabila anak-anak minta nak makan ayam pangang. Kena juga turutkan sebab dari semalam Yusuf Nabhan tak lalu makan.. mudah-mudahan harini dapatlah dia makan dengan berselera..
Seperti biasa..
v
v
v
Budak aneka ragam ni akan memberikan pose secara suka hati.. ayah dah jeling dah masani.. dah lama tunggu dalam kereta.. ibu belum bersiap lagi ayah dah strat enjin dan keluarkan kereta..
Harini Maryam Nabihah betul-betul tutup aurat tau.. tak macam SEMALAM dah.. hehe..
Ayah bawa ke Restoran RasaMas Seksyen 7 Shah Alam..
Pose lagi..
Abang dan ayah.. layan aktiviti cari perkataan..
Budakni nak buat juga..
Mana gambar makanan? Huhu.. sampai-sampai je apa yang diorder 'slot aneka ragam' bermula.. ibu pun dah tak ada mood nak tangkap gambar.
Kami order set untuk 4 orang.. seekor ayam, 2 pinggan nasi ayam + sup kosong, sepinggan nasi pandan, sepinggan sayur, 1 mangkuk asam laksa, 2 air bikarbonat, 2 air milo dan hidangan ubi goreng + aiskrim. Semuanya RM54.00 ++..
Bab ayam tak yah nak katalah.. semua orang tahu ayam panggang Ayamas memang sedap.. asam laksa? dah lama order baru bagitahu bendatu tak ada.. ganti dengan kari laksa.. rasa? hmm.. takutlah nak komen.. isu blogger kena saman 6 juta masih panazzzz.. (sediri mau fahamlah k..)
Kapala ibu sakit ni.. nak sambung zzzz.. jumpa lagi.
Wassalam..
hehehhe haah la..tutup penuh ;)
ReplyDeletenabihah umo brapa ek?
Eliz: 4 tahun tahun ni.. lahir bln 8 2007.. sama anak eliz kan?
ReplyDelete