Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ibu nak tayang Popia Sosej Berkeju yang ibu buat dua hari lepas. Tapi cop!! Jangan kutuk apa-apa ya pasal entry ni, pasal serabai ke, pasal plating ke, pasal gambar blurr ke. Haha.. Dasyat punya blogger, siap warning pembaca lagi tu.
Alkisahnya, ibu buat popia ni sambil masak lauk untuk makan malam. Entah kenapa teringin sangat-sangat nak makan benda ni. Lama dah teringin lepas tengok popia Kak Ida 1001 Resepi.. Tu gigih juga nak buat walau kelam kabut.
Alaaa.. Popia ni senang je buatnya. Cuma bila buat nak cepat-cepat, rupa parasnya tak lah comel. Walau nak cepat, tapi sempat juga ambik gambar masa buat. Ibu buat 4 ketul je pun, buat hilang rasa teringin..
Ibu guna kulit popia yang kecik. Jadi sosej potong dua, cheese pun potong dua. Sosej tu ibu rebus dulu..
Pastu gulung.. sila abaikan keserabaian gulungan tu. Kalau guna kulit popia yang saiz besar, gulungan akan dapat lebih kemas rasanya.. Hujung tu ibu gam guna air je..
Goreng dalam kuali tak melekat dan guna minyak sikit je.. Sebab masa goreng tu cheesenya cair dan terkeluar sikit. Pastikan kedudukan popia tidak rapat antara satu sama lain, sebab cheese yang mencair tu akan buat popia melekat kalau letak dekat-dekat..
Tapi kalau guna kulit popia yang besar, gulungan akan jadi lebih kemas. Jadi cheese tu tak la terkeluar..
Hasilnya.. memang sangat-sangat sedap. Tak payah cicah sos bagai. 4 ketul ibu makan sorang sebab anak-anak tak berapa nak gemar cheese. Ayah pun sama, tak berapa nak suka cheese. Haish, kampung betul. Kah kah kah.. Ampun bang..
Okey, selamat mencuba!! Buat lawa-lawa ye, jangan serabai macam ibu punya popia.. :D
Ps: Suka tak tudung macamni? Jom cuci mata di http://www.eqaseh.com
Okey, selamat mencuba!! Buat lawa-lawa ye, jangan serabai macam ibu punya popia.. :D
Ps: Suka tak tudung macamni? Jom cuci mata di http://www.eqaseh.com
kak terliur ni..i pun suke cheese...ayah yusog gen ayah muhammad heheh
ReplyDeletep/s: mase abdullah lahir mkcik suh bubuh nme yusof..diorg taknak name abdullaj hehe last2 atok die dengki panggil dol hahah
Alamak ibu! nampak simple tapi dah masak menyelerakan lah. Nak cuba di rumah nanti! Thanks share resipi mudah dan sedap ni
ReplyDeleteBlog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion
Take Care Sis
assalamualaikum... singgah petang kat sini..
ReplyDeleteowhhh camni ek.. senang je kan.. janji sedap.. :)
tak penah cuba.. buleh masuk dlm list camni.. :) thankssssssssss
menarik..senang je nak buat ye..
ReplyDeletecair dalam mulut...sedapnya kak....
ReplyDeleteWah sedaap popia tu, tp saya pun kureng cheese jugak, kalau anak ngan suami saya mmg suka..
ReplyDeleteWah sedaap popia tu, tp saya pun kureng cheese jugak, kalau anak ngan suami saya mmg suka..
ReplyDeleteboleh cuba ni resepi ni. :))
ReplyDeletethanks sis.^^
sedapnya kak =)
ReplyDeleteterliu tgok.pernah jugak buat macam nie tp gulung dengan roti.klu gulung dengan kulit popia pasti lebih rapuh..
ReplyDeleteaiman pun sama tak suka cheese..:)
Anak-anak akak mesti suka ni..
ReplyDeletePetang nanti boleh suruh diorang buatkan