Follower

Sunday, January 24, 2016

Hadiah Dari Yusuf ~ UPKK 8A

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahun lepas, anakanda Muhammad Yusuf Nabhan adalah antara 185,675 calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2015. UPKK ni adalah peperiksaan besar bagi anak-anak yang mengikuti kelas KAFA menggunakan modul JAKIM.

Ujian ni diambil semasa tahun 5. Jadi masa tahun 6, anak-anak boleh fokus kepada UPSR. Tapi KAFA di Selangor selain dari modul JAKIM, sekolah juga menggunakan modul JAIS. Makanya, pada tahun 6 anak-anak akan menghadapi satu lagi peperiksaan besar sekolah agama iaitu Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Keputusan UPKK di peringkat kebangsaan telah dikeluarkan pada 15 Januari 2016 dan diumumkan secara rasmi oleh Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustafa. Dan Jumaat lepas, 22 Januari 2016 keputusan  telah diumumkan di negeri Selangor. 

Sebenarnya, UPKK memang agak senang untuk skor berbanding PSRA. Tapi dengan prestasi yang Yusuf tunjukkan selama 5 tahun sekolah, membuatkan ibu tak menaruh sebarang harapan tinggi. Sejak awal lagi ibu memang pasrah, dan akan terima apa juga keputusan. Walaubagaimanapun, ibu tetap sentiasa utuskan doa agar Yusuf berjaya dengan cemerlang..

Dan bila dapat bila dapat wassap dari ustazah, ibu tergamam sebenarnya. Tak terkata apa-apa. Terkedu.. Tahu-tahu air mata mengalir laju. Syukur alhamdulillah, Yusuf dapat A untuk semua mata pelajaran.

Ya Allah, anak ibu dapat 8A!

Inilah keputusannya. Alhamdulillah..

Gambar kiriman dari ustazah, barisan anak-anak 8A..

Ini adalah permulaan. Cabaran yang lebih besar menanti Yusuf di tahun 2016 ini, iaitu UPSR dan PSRA. Doa ibu terus mengiringi kamu anakku. Semoga cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin..

Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

7 comments:

  1. Ooo, kalau di Selangor ada PSRA ya Zefa? Di Johor Alia ada SDEA untuk darjah 6 ni, Yus pun tak menaruh harapan besar pd Alia sbb biasa periksa dia dpt no 6,7,8 dan tak pernah dpt semua A pun, tulah Syukur. Tahniah untuk Yusuf dan Zefa sekali lg ya....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... apalah yg lebih menggembirakan selain melihat kecemeralangan anak-anak. Tahniah buat anakanda Yusuf dan semua yg membantu sama.

    ReplyDelete
  3. tahniah...keputusan yang membanggakan

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan sis zefa... alhamdulillah tahniah yusuf.. moga cemerlang selalu.. sis jmput singgah blog eija

    #follower 994

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Yusuf dan tentunya utk ayah Yusuf dan Ibu Yusuf juga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    Tahniah buat Yusof..
    Semoga kecemerlangan berterusan buat Yusof..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...