Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Salam Isnin buat semua pembaca Jemari Asmara walau di mana jua anda berada. Semoga hari ini adalah hari yang penuh semangat bagi kita semua. Tak mahu Monday blues-Monday blues ya..
Semalam kami ke Fraser's Hill. Tanpa perancangan, tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba malam Ahad ayah Yusuf bunyi nak bawa anak-anak jalan-jalan. Sebagai isteri yang solehah, ibu Yusuf menurut aje.. Haha.. Solehah ye? Padahal bab jalan-jalan, siapalah yang tak suka. Kan?
Tapi kami pergi sekejap sahaja. Naik pagi, lepas Zuhor kami dah bergerak turun. Jalan-jalan dan pusing-pusing sikit-sikit sahaja. Tak adalah sampai jelajah seluruh pelusuk Fraser's Hill tu..
Berjalan-jalan dalam tempoh tidak terlalu lama, adalah tips ibu Yusuf untuk mengelakkan acara 'aneka ragam' si cantik Maryam bermula. Alhamdulillah, semalam adalah juga feel-feel menarik yang disajikan, tetapi ibu Yusuf masih mampu bersabar. Terima kasih kepada entry Izan Ishak yang memberi inspirasi kepada ibu Yusuf supaya tidak marah-marah.. :D
Ibu kongsikan beberapa gambar kenangan kami di sana..
Mercu tanda Fraser's Hill..
Zoom sikit wajah-wajah cinta hati ibu.. Jajan di tangan Maryam tu 'umpan' ayah supaya anakanda baik-baik sahaha.. Hihi..
Hadapan Fraser's Hill Information & Reservation Centre. Kalau tak silap ibu, dulu ni tempat makan. Kalau tak silaplah..
Berlatarkan Fraser's Hill Golf Club
Senyum juga akhirnya ayah Yusuf.. Tapi macam terpaksa je..
Kabus di tengah hari..
Masa mula-mula kami sampai, cuaca terang benderang dan memang tak rasa sejuk. Tapi dalam jam 1.30 macam tu hujan turun renyai-renyai. Terus rasa sejuk menyelubungi kami.. Barulah terasa ke Fraser's Hillnya..
Lagi suasana berkabus..
Mana picas ibu Yusuf? Adaaa.. wajib ada. Cuma simpan dulu, nanti-nantilah ibu tepek ye. Kalau rajin nanti ibu buatlah part 2.. Harap-harap datang lah kerajinan tu. Huhu..
Sekadar berkongsi rasa, semalam ibu rasa sangat bahagia. Semoga bahagia milik kita semua selamanya, amin.
Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Hingga jumpa lagi..
Salam sayang buat semua.. :D
wah fraser hill ye.tak byk sgt tempat menarik disana,tp bley gak feelin2 overseas.hehe..kali terakhir pergi sana 4tahun yg lepas rasanya.tu pun sbb kursus..
ReplyDeleteseronoknya... bilalah saya dapat jejak kaki kat Fraser Hill ni...
ReplyDeleteSuka kakak tengok Yusuf dan Maryam... bukan main pandai dia berposing. Comellah Maryam...:)
ReplyDeleteassalam, mesti sejukkan..Bsb tak pernah g sana lagi.Tapi pernah dengar org kat tempat tue keras sikit betulker?
ReplyDeleteamin..biloa bersama keluarga..memang akan rasa sangat bahagia..
ReplyDeletewah..ke fraser hill...izan tak pernah lagi daki sampai sana...yerlah bawa anak2 jalan kena siap sedia bila mood mereka terganggu...cantik semua gambar tu..
ReplyDeletebestnya kak zefa jalan2 ke fraser hill...
ReplyDeletetapi kan...mana gmbr ibu yusuf ni?
salam
ReplyDeletefyzz baru nk tanya la gambar ibu maryam nih..ok2 we will wait for next entry..fyzz blom smpai lagi fraser hills..tp tgk lam foto2 kt atas nih rasa kesejukkannya..sngt cantik view di tmbah anak2 yg comel itu..
fraser hill nyaman kan...suka pegi sana..
ReplyDeleteterkenang pengalaman g sini thn lepas :)
ReplyDeleteBestnyer... Belum dapat pergi lagi sini... Jauh jugak eh dari Kl.
ReplyDeleteNanti nak ajak en.suami pergi jugak laa...
waaa.. tebalnya kabus kak..
ReplyDeletebesnye dapat jalan2..:)
dah lame sangat tak ke Fraser's Hill..
Wah, jalan2 @ Fraser's Hill ye!! Bestnya..
ReplyDeleteWalaupun sekejap, dpt juga rasa hawa sejuknya tu.
Menunggu entry MENYULAM KASIH @ FRASER'S HILL part 2
mcm best je kak..yg paling tak tahan cool je ayah yusof tu..posing takde perasaan hahah!
ReplyDeletewah..seronoknye..walapun sekejap tp cukup bermakna kn....kn...
ReplyDeletesekaejap pn xkisah zefa..yg penting ianya membahagiakan kita....Seronok tgk wajah2 ceria insan kesayangan zefa tu...
ReplyDelete