Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan 
yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh 
anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan 
lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa 
perlu tahu.
1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi
 Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza.
 Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu 
membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak 
seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium 
yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka 
perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. 
Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk 
mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil 
daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin
 sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan 
folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.
2.      Jangan sekat anak makan
 Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar 
dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika 
memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah 
kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan 
yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, 
kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.
 Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi 
yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka 
mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan
 juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein 
setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya 
anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.
3.      Pentingnya vitamin
 Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap 
normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. 
Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 
400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat 
setiap hari.
4.      Tambah saiz hidangan
 Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan 
pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil 
oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang 
diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang
 dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali 
sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk 
perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.
5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan
 Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, 
dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak 
boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. 
Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain 
itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan 
terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda 
tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut 
terjejas.  -Sumber-
Yusuf dan Maryam bersarapan di New York Hotel Johor Bharu. Sekadar gambar hiasan, dah lama pun, Disember 2011.. Hihi..
 

 
 
anak sy dh terlebih makan kot k.zefa..hehe yg paling penting kualiti makanan kan..:)
ReplyDeleteank js pun suka mkn...suka layan apa dia org nk mkn...hehe
ReplyDelete