Follower

Thursday, April 5, 2012

IDEA BERTUDUNG LABUH: MIX AND MATCH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

MasyaAllah, masyaAllah, masyaAllah.. rindunya sama ini Jemari Asmara. Rindunya dengan kawan-kawan. Semalam akhirnya, Jemari Asmara terbiar sepi tanpa satu pun entry. Dah lah semalamnya lagi cuma entry surat khabar je. Hmmm, sabar ajelah..

Alkisahnya, semalam ibu ceramah luar daerah. Jam 6.30 pagi dah gerak dari rumah. Lewat petang baru sampai rumah dan sangatlah penat. Maka nafsu nak berblogging dah terbantut. Kihkihkih..

Okey, balik pada tajuk. Ibu nak cerita pasal tudung labuh sebenarnya. Sepanjang pengamatan ibu, susah sebenarnya nak cari tudung labuh yang agak cantik. Susah nak cari yang ada tingkat-tingkat ke, ropol-ropol ke.. Kebanyakannya kosong je. Warna pun kadang-kadang tak banyak pilihan.

Entry ibu ni bukanlah nak mengajak kawan-kawan bertabaruj. Tidak sama sekali. Cuma ibu adalah jenis yang terbuka dalam berfesyen selagi mana masih menepati ciri-ciri menutup aurat yang ditetapkan dan tidak berlebih-lebihan.

Jadi ibu nak kongsilah, antara idea mix and match tudung yang ibu pernah gayakan.


Gabungan tudung labuh saiz xl berawning dan tudung pendek fabrik dari chiffon bertingkat tanpa awning..

Ibu ada juga gabungkan dengan tudung chiffon selapis seperti dalam gambar di entry INI.

Sila abaikan cela di wajah ibu Yusuf, tu kotoran pada cermin sebenarnya. Gambar sengaja di bloomkan agar ibu Yusuf nampak lebih ayu. Kahkahkah.. Sila gelak guling-guling.

Okey abaikan statement mengada-ngada itu. Sekian perkongsian idea dari ibu Yusuf.. :D




Tuesday, April 3, 2012

SIJIL HALAL BARANG HARAM

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, diarah menanggalkan sijil dan logo halal yang dipamerkan di premis mereka selepas pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak diiktiraf pihak berkuasa berkenaan, pagi semalam.

Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, tindakan pemilik premis mempamerkan logo halal bersaiz besar itu seolah-olah menunjukkan semua barang jualan di pasar raya berkenaan dijamin halal, walaupun terdapat barang dijual tidak halal.

“Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.

“Kami kesal dengan sikap segelintir pihak yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru itu meskipun Jakim sudah banyak kali mengumumkan sijil dan logo halal yang sah hanya dikeluarkan pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini, selepas serbuan berakhir semalam.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 1.30 tengah hari sama, Jakim mengeluarkan surat amaran kepada sebuah kedai makanan di Seksyen 7, di sini, kerana mencabar undang-undang dan gagal mempamerkan sijil serta logo halal selain hanya menampal ayat al-Quran bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan.


Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.

“Anggota penguat kuasa Jakim menyerbu kedai makan terbabit dan apabila diperiksa premis itu hanya mempunyai sijil halal menyembelih ayam

“Kami sudah mengeluarkan surat amaran. Jika pemilik premis masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. “Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM10 juta bagi premis jenis pertubuhan atau perbadanan.

“Manakala, bagi yang bukan pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, Jakim sudah mengumumkan mengenai tiga fasa baru yang dijalankan iaitu fasa satu pada Januari hingga Mac, pihaknya memberi nasihat dan teguran, fasa dua bermula pada April hingga Jun termasuk memberi surat amaran dan fasa tiga pada Julai tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan premis yang didapati masih melakukan kesalahan sama dikenakan tindakan tegas

Ps: Ibu tahu tu pasaraya mana. Ibu pernah tulis pasal pasarayatu masa mula-mula buka dulu. Pun ibu ada cerita pasal dah habis Syawal, tapi pasarayatu masih pasang lagu raya. Cuma kedai makan di Seksyen 7 tu, ibu tak pasti kedai mana. Ada siapa-siapa tahu?

Monday, April 2, 2012

ANTARA UJIAN DAN PUJIAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Secara suratan atau kebetulan.. Hari ini ibu Yusuf menulis tentang anaknya di blog, dan ketika jalan-jalan blog kawan-kawan, ibu ada membaca beberapa entry yang bertentangan kehendaknya dengan gaya penulisan di Jemari Asmara..

Walaupun ianya beberapa entry yang berbeza, ianya ibu lihat membawa maksud yang sama. Iaitu pandangan mereka tentang kecenderungan blogger bercerita tentang kehidupan masing-masing. Cerita tentang anak, tentang suami/ isteri, tentang harta.. tentang macam-macamlah.

Ada di antara mereka berpandangan, cerita-cerita peribadi tersebut boleh menimbulkan rasa 'jengkel' di kalangan pembaca. Senang cerita, menyampah.. Macam dia aje ada anak. Macam dia aje ada suami. Macam dia aje rumah..

Ada juga yang berpandangan, terlalu bercerita tentang kehidupan peribadi (anak, isteri/ suami, harta) juga akan menimbulkan rasa riak dalam diri, hingga mengharapkan puji-pujian dalam ruangan komen..

Malah, akibat terlalu bercerita tentang peribadi juga akan membuka ruang untuk kita mendedahkan aib sendiri kepada orang lain. Samada dengan sengaja atau tidak..

Ibu bersetuju dengan pandangan-pandangan tersebut. Walaupun Jemari Asmara pada zahirnya adalah sebuah blog yang bertentangan dengan pandangan mereka. Jemari Asmara penuh dengan cerita Yusuf dan Maryam, Jemari Asmara sering memaparkan harta yang ibu ada (dekorasi rumah/ koleksi PML, dll), Jemari Asmara catatan kebahagian dan suka duka ibu Yusuf dan Maryam.

Lantas?

Haruskah Jemari Asmara mengubah arah hanya kerana ibu Yusuf bersetuju dengan pandangan tersebut.

Tidak!!

Semuanya berbalik dengan tujuan dan niat masing-masing dalam berblogging. Ibu tegaskan di sini, Jemari Asmara adalah wadah luahan hati ibu. Tempat ibu berkongsi rasa bahagia juga ada kalanya duka.
 
Bohong ibu katakan, jika tak ada rasa gembira bila kita menerima pujian. Namun sama-samalah kita menjaga diri dari sifat takbur dan riak.
Sama-sama kita beringat, anak, suami/ isteri dan harta yang kita ada adalah ujian. Salah kita mengemudi, salahlah haluan kita.

Jadi, apalah sangat pujian yang diberikan berbanding ujian yang perlu ditanggung sebagai tanggungjawab dan amanah.

Jujurnya, dalam kehidupan sebagai seorang blogger, ibu sering mendapat inspirasi dari bacaan blog kawan-kawan. Ibu tanamkan dalam diri, mahu punyai semua kebaikan yang mereka ada.

Moralnya, yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan..

Juga, berpada-padalah dalam menceritakan perihal diri sendiri..

Sekadar gambar hiasan.. Pun gambar ulang tayang..

MARYAM NABIHAH KESAYANGAN IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Maryam Nabihah kesayangan ibu.. Pic tahun lepas yang diguna semula.

Lama juga ibu tak menulis tentang Yusuf dan Maryam kan? Harini ibu mulakan dengan puteri solehah ibu dulu..

Harini Maryam sudah berusia 4 tahun 7 bulan 17 hari. Masih menjuarai acara 'aneka ragam' dalam baiti jannati. Masih selalu buat ibu geram. Masih selalu buat ibu naik angin. Masih selalu buat ibu 'bertukar'. Hahaha..

Namun dia jugalah yang buat ibu rasa penuh dengan kasih sayang. Maryam selalu mengekspresikan kasih sayangnya pada ibu. Maryam punya mulut petah lagi manis yang selalu buat hati ibu berbunga-bunga..

Berbanding Yusuf yang tak banyak karenah. Sekarang Yusuf jarang buat ibu marah, tapi Yusuf juga jarang mengekspresikan kasih sayang dengan kata-kata. Sekadar ciuman dipipi dan dahi ibu, serta satu pelukan erat untuk ibu setiap pagi, petang dan malam. Sudah cukup untuk ibu faham itulah ekspresi kasih sayangnya.

Apapun, dua-dua adalah kesayangan ibu dunia dan akhirat.


I luv u 2 my dear.. Lagi gambar guna semula..

Maryam garang orangnya. Ibu akui, dia mewarisi sifat itu dari ibunya. Namun secara positifnya, ibu lihat dia ada sikap berjaya mempertahankan diri dari dibuli.

Maryam juga telah menunjukkan ciri-ciri membantu yang dibuat secara sukarela, bukan atas arahan. Sebagai contoh, jika dia mengambil air dari peti sejuk dan habis, dia akan mengisi semula botol tersebut. Untuk simpanan air dalam peti sejuk, memang ibu tak guna air masak, ibu guna air tapis sahaja. 

Semenjak awal tahun lepas lagi, ibu sudah izinkan Maryam membancuh air sendiri. Tapi hanya terhad kepada air ribena sahaja. Tuang sikit ribena dalam cawan, kemudian tuang air sejuk. Dah jadi dah, sebab ribena tak perlu kacau, ianya terus bercampur sebati dan boleh terus minum.

Hujung tahun lepas, ibu izinkan dia buat air sunquick sendiri pula. Air sunquick perlu dikacau dengan sudu. Kalau tak, ia tak sebati dengan air. Ibu memang ajar anak-anak buat 2 jenis airni tanpa gula.

Biasanya, dia akan buat secawan cukup untuk dirinya sahaja. Terbaru, dia buat 1 jag air sunquick. MasyaAllah!! Terkejut ibu.. Kemudian dengan bangga dia heboh, adik dah buat air untuk semua orang. Hahaha..


Lagi gambar ulang tayang..

Banyak lagi perkembangan yang ditunjuk semenjak masuk ke tadika 5 tahun. Sejak masuk Al Hidayah, ibu akui prestasinya dalam English kurang berkembang berbanding ketika di Genius Aulad dulu. Namun, dia telah menambah ilmu Bahasa Arab dengan baik sekali. Bacaan-bacaan dalam solat juga semakin baik dan ada kemajuan. Alhamdulillah, ibu lihat strategi menukarkan sekolahnya telah menunjukkan hasil yang ibu mahukan. 



InsyaAllah, sehelai dua lagi Maryam akan beralih ke Iqra' 4. Ibu letak target untuk Maryam habis Iqra' 6 pada hujung tahunni. Jika dia berjaya mencapai target ibu dia akan sama dengan abangnya yang menghabiskan hingga Iqra' 6 dalam tempoh genap 2 tahun. 

Cuma jika dia berjaya mencapai target ibu, dia akan mengatasi abangnya dari segi usia. Abangnya habis Iqra' 6 pada usia 6 tahun sebulan. Jika Maryam berjaya mencapai targert ibu, dia akan tamat Iqra'  6 pada usia 5 tahun 5 bulan.

Target itu untuk diri ibu sebenarnya, kerana dia mengaji di bawah bimbingan ibu. Ibu gerak, geraklah dia. Ibu tidur, tak bergeraklah dia. Sebab tu ibu perlu ada target agar ibu tidak lalai.

Bermula Mac 2012, ibu minta cikgu sekolahnya beri bimbingan tambahan. Jadi sebelum masuk kelas Maryam akan mengaji dulu dengan cikgu. Keputusan tu ibu buat bila jadual kerja malam di pejabat ibu sudah dikeluarkan. Risau juga, tak terkejar nanti.. Mana taknya, bila kena giliran ibu bertugas, balik kerja jam 5.00 petang, tapi jam 8.00 malam ibu dah kena ada dipejabat semula. Jadi bila ada kelas tambahan dengan cikgu, dapat lah menampung kolopongan yang ada.

Aduhai anak-anakku, ibu hanya mengharap yang baik-baik sahaja untuk anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Wah.. Panjang dah catatan ibu rupanya ya. Biasanya entry di Jemari Asmara ni kontot-kontot je..

Sekian dulu catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..


Sunday, April 1, 2012

MARI MENGGUBAH BUNGA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selamat pagi Ahad semua..


 Bunga hasil gubahan ibu Yusuf dan Maryam, buat penyeri meja makan tamu..

Projek petang semalam. Bunga dah seminggu beli, pasu lagi hebat dah setahun beli. Hahaha..

Projek menggubah tertanggung sebab dah lupa mana letaknya pasu tu. Siap panjat dan geledah loteng, tak jumpa. Buka semua kabinet dapur, tak jumpa. Kemas bawah katil, tak jumpa. Sudahnya jumpa dalam stor bawah tangga.

Alahai ibu Yusuf...


Pandangan atas..

Gubahan bunga yang ringkas. Tak ada aksesori tambahan. Mari ibu kongsikan kos dan di mana ibu beli.

Bunga ibu beli di KK Home Deco SAACC, 2 jambak. Sejambak RM12.90. Masa ibu beli ada diskaun 30% tak pasti sale sampai bila. Kos 2 jambak bunga lebih kurang RM18.00..

Pasu tu ibu beli tahun lepas di Romantika Plaza Alam Sentral RM15.00. Lama dah beli, tak tahulah harga sekarang..

Span anggaran 50 sen..

Jumlah hanya lebih kurang RM33.50 sahaja. Ce beli yang siap gubah. Mahu RM50-70.00 tau bunga macam ni..

Seratus peratus cucuk-cucuk sahaja. Tak ada batang tambahan atau pelilit. Daun guna yang ada pada bunga. Biji-biji merah tu pun memang ada pada jambak yang ibu beli. 

Tapi janganlah main cucuk je, tengok jugalah keseimbangannya. Untuk yang ini ibu guna sifir 2 tengah melintang, 1 kanan, 1 kiri, 2 depan dan 2 belakang. Biji merah selit antara 2 bunga. Faham ke sifir ibu ni..?

Cuma cutter wajib ada. Kalau tak ada, gunalah gunting. Tapi sahihla akan jahanam gunting tu ye kawan-kawan. Ibu beli cutter di kedai My DIY RM18.00. Modallah sikit, tapi boleh guna beratus-ratus kali tau.



Zoom pasu..

Kenapa? Nampak buruk ke? Haha.. Ini bukan buruk lah, ini lah yang kita panggil rustik. Err.. Rustik tu buruk lah kan? Alaa.. dalam seni buruk pun boleh jadi cantik tau..

Nampak tak kertas tu. Ibu lupa apa nama kertasni, tapi yang selalu orang buat bungkus fresh flowwer tu.. Atau buat lapik bakul yang nak letak buah tu.. Apa ke namanya?

Kertas tu ibu gunting anggaran 10 x 10 cm. Selit kat mulut pasu. Fungsinya, supaya kalau ada orang yang membelek sakan bunga ni.. tetap tak nampak span atau serabai batang bunga.

Kalau tak silap, sekeping RM2.00 harganya. Lama dah tak beli, ibu guna apa yang ada kat rumah. Alaa.. gunanya sikit sahaja. Tak letak pun tak apa.. Letak lagi cun!!

Sekian perkongsian ibu Yusuf dan Maryam untuk pagi Ahad nan indah ini. Jumpa lagi...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...