Follower

Saturday, July 9, 2011

Agar-Agar Milo + Coklat..

Assalamualaikum wbt..

Bersua kembali.. harini mengikut pemerhatian ibu rakan-rakan blogger kurang aktif (termasuklah ibu.. ). Rakan-rakan yang ibu follow boleh dikira dengan jari mengupdate blog masing-masing. Page view blog ibu pun, alahai.. siannya. 25 orang je.. unik jangan katalah, 15 orang je.. hehe..

Apapun, terima kasih kepada yang sudi singgah, walaupun tiada n3 baru. Dah malam barulah terkial-kial nak menaip.

Harini kami sekeluarga memerap di rumah. Keluar rumah bermakna 'cari pasal'. Sesak di mana-mana..

Sebelah petang, ibu tiba-tiba rasa nak menyelongkar tingkat atas kabinet dapur yang dah lama tak dijengah. Silap haribulan, dah ada yang xpired. memang pun, jumpa sebungkus tepung kastad yang dah luput tarikh.. selongkar lagi jumpa agar-agar yang masih okey. Hmmm.. mentol atas kepala ibu terus menyala. Nak masak agar-agarlah..

Maka inilah jadinya..

 Agar-agar milo + coklat..


 Zoom sikit dari tepi.. serabai sikit kan?


 Zoom pula bunga ros dia..


Versi dalam bekas kecik-kecik.. senang anak-anak nak makan..

Resepinya ibu tak ambil di mana-manapun. 100% ikut kehendak hati dan guna apa yang ada di rumah.. Tapi sebab menjadi, ibu kongsikan di sini resepinya:

Bahan-bahan:

1 peket agar-agar* jalur (20 gm) - dibasuh dan direndam 1/2 jam
1 liter air
2/3 cawan gula
1/2 tin susu pekat dibancuh dengan 1 liter air
1 cawan milo
1 sudu kecil coklat emelco**
1 sudu esen vanila (ibu tak letakpun sebab tak ada..)

Cara-caranya:

Masak agar-agar dengan 1 liter air hingga hancur. Masukkan gula dan kacau sehingga larut. (Pastikan agar-agar betul-betul hancur ye sebelum masukkan gula..)
Masukkan susu yang telah dibancuh dengan 1 liter air (jumlah air 2 liter) dan esen vanila serta sentiasa kacau sehingga menggelegak. Matikan api.

Masukkan agar-agar kedalam acuan/ loyang dan tinggalkan separuh di dalam periuk. Biaran agar-agar di dalam acuan/ loyang hingga terdapat satu lapisan nipis di atas permukaan.

Hidupkan semula api, masukkan milo dan coklat emelco dan kacau sehingga sebati. Masukkan agar-agar berwarna coklat di atas agar-agar berwarna putih.

Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk..

Senang sangat-sangat. Selamat mencuba!!

Nota:

* Sila pilih agar-agar yang bertanda halal..
** Coklat emelco ibu letak untuk mnggelapkan lagi warna agar-agar. Taknak letak pun tak apa.. rasa milo akan tenggelam dengan rasa coklat.

Friday, July 8, 2011

Mengubah Hala..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masa untuk ibu berehat sambil mengadap lappy kesayangan ibu. Petang tadi ibu balik lambat meyiapkan beberapa tugasan, sampai rumah terus mandi, solat asar, masak, solat maghrib, uruskan anak-anak makan.. dan akhirnya sedang menaip satu n3 baru untuk blog kesayanagan ibu.

Namun dihati terisi rasa kasihan pada sesorang. Bos ibu sekarang ini masih di Bukit Raja dan tak lepas lagi tol NKVE tu. Sedangkan dia meninggalkan pejabat sebelum jam 6.00 petang lagi. Subhanallah!! Betapa letihnya dia dengan kereta manualnya. Jika ibu di tempatnya sudah pasti air mata ibu sudah bercucuran. Letih dan geram!!

Ibu kira, sahabat-sahabat tahu apa puncanya. Ibu tak mahu komen lebih-lebih di sini, tapi yang pasti rakyat juga kembali menjadi mangsa.. Bayangkan, di dalam ratusan kereta yang terperangkap, sudah pasti ramai ibu-ibu yang mana sedang ditunggu anak-anak kecil mereka. Termasuklan bos ibu tu!!

Semalam, ibu juga menerima tempias tersekat perjalanan pergi dan balik kerja. Semalam pagi, ibu lewat 3 minit (setelah pecut 140 km sejam bila melepasi zon sesak).. tapi tak sempat juga mengejar angka 8. Petang, sesak lagi.. hmm.

Pagi tadi ibu mengambil keputusan mengubah hala, al hamdulillah laluan tidak sesak. Petang juga ibu mengubah hala, al hamdlillah dipermudah perjalanan. Cuma sesak sebelum trafic light Ole-Ole Seksyen 18. Ibu lalu lauan short cut melalui stesn minyak Esso, lalu Mydin, PPP shah alam.. dan sampai ke rumah dengan lancar. Alhamdulillah!!

Mudah-mudahan bos ibu sampai ke rumah dengan selamat..


Thursday, July 7, 2011

KaRNiVaL CoKLaT KeMBaLi!!

Assalamualaikum wbt..

Harini ibu sampai tempat kerja lewat. Punch card 08:03am.. gara-gara sesak luar biasa di bulatan........ (tiba-tiba ibu lupa nama bulatantu..). Ibu sebut luar biasa sebab laluan ibu ke pejabat memang tak pernah sesak.

Gara-gara 'tersangkut' ibu sempat snap ini gambar lah..

v

v

v

v


Ada nampak itu tulisan kah?

KARNIVAL JUALAN COKLAT!!
8-9 JULAI 2011..
Persiaran Raja Muda Seksyen 16..

Kepada penggemar-pengemar coklat, apalagi! Jom kita serbu!

Jumpa di sana!!

Arabic Food @ Seksyen 7 Shah Alam..

Assalamualaikum wbt..

Jalan-jalan cari makan.. lalalala.. (sila baca sambil menyanyi ye.. hehe..)

Beberapa hari yang lepas tiba-tiba ibu teringin makan kambing. Bila ibu bagi tau ayah, ayah jawab: "Jomlah, kita g mamak. Makan beriyani kambing!"..

Ibu jawab: "Mamak? Alaaaaaaaaaaaaa.."

Hehe.. sebabnya dalam kepala ibu dah terbayang-bayang makanan arab. Lagi-lagi bila teringat kenangan masa di Jordan dulu. Paling ibu suka syawarma!

Akhirnya, ayah bawa kami ke Seksyen 7 Shah Alam.. ibu lupa apa nama tempat tu, tapi dia macam food court dan banyak stall jual makanan arab.

Ibu ada snap beberapa keping gambar, tapi sedikit tak tersusun sebab masa ni masing-masing dah lapar dan Maryam sedang merajuk..


 Nasi Mandey.. ibu punya.. RM15.00 sepinggan.. :-)


 Teh arab.. RM1.50


 Kabsyah kambing.. ayah punya.. RM14.00


 Kabsyah ayam.. Ucu punya.. RM10.00


Syawarma RM5.00.. tapi rasanya macam kebab je.. (sepotong dah msuk mulut ibu.. hehe..)

Rasanya? Boleh la.. sedikit sebanyak mengubat juga rasa rindu. Tapi rindu pada syawarma belum terubat.. huhuhu..

Jumpa lagi!

Wednesday, July 6, 2011

Maryam Nabihah: Reading With Starter Words - Level 2-4

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah diari perkembangan  Maryam Nabihah dalam mengenal perkataan-perkataan mudah Bahasa Inggeris. Nanti bila adik dah besar, adik akan tahu cerita dan perkembangan adik masa kecil.. :-)
 
N3 ini adalah kesinambungan dari n3 Maryam Nabihah: Reading With Starter Words - Level 1 yang ibu publish 20 April yang lepas. Masatu baru level 1. Alhamdulillah, ketika n3 ini ditulis adik dah masuk level 4 ketika berumur 3 tahun 10 bulan 20 hari.
 
 


 
Masa ibu ke genius Aulad sempena Term 1 Report Card Day baru-baru ni, ibu terbaca pencapaian 2 orang pelajar 4 tahun yang dah masuk level 7. Dalam hati ibu, wow!!
 
Bukan berniat nak bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain, tetapi sedikit teruja dengan pencapaian 2 orang budak itu.. maka ibu sengaja merisik pada teacher.
 
Apa jawapan teacher..? Lebih kurang macamni jawabnya..
 
"Puan, jangan bandingkan pencapaian anak kita dengan budak lain. Setiap anak ada kelebihan masing-masing.. 2 orang yang dah sampai level 7 tu adalah 'gifted'.. mereka memang bijak dan sudah ada asas membaca ketika masuk ke GA"..
 
Alamak teacher! Jangan salah faham, ibu tak ada niat nak banding-banding. Pencapaian Maryam Nabihah setakat ini sudah cukup buat perut ibu yang mengandungkannya terasa sejuk.
 
Ibu sangat-sangat bersyukur.. Ibu doakan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Amin!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...