Assalamualaikum wbt..
Hari Jumaat lepas, ada drama air mata seorang ibu di GA Shah Alam. Apa dah berlaku, biarlah itu antara ibu dan GA. Walaupun benda yang berlaku mungkin nampak kecil, tapi ianya betul-betul mengecewakan ibu. Apapun, semuanya dah selesai. Semuanya gara-gara miscommunication...
Hari Sabtu, ibu datang lagi ke GA. Bukan untuk terus mempertikai isu semalam (dah selesai kan..), tapi untuk menghadiri Report Card Day bagi setengah tahun pertama.
Sepatutnya, waktu yang ditetapkan untuk kami adalah pada jam 12.30 tenghari. Tapi, oleh kerana ibu berkerja maka ibu minta untuk hadir sebelah petang..
Syukur alhamdulillah, Maryam Nabihah menunjukkan perkembangan yang baik sesuai dengan usia sebenarnya, 3 tahun 11 bulan.
Ibu ucapkan terima kasih buat semua guru-guru Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam yang banyak mencurah ilmu kepada anakanda Maryam Nabihah.. Hanya Allah swt yang akan membalas jasa kalian.
Gambar kenangan, ada 2 keping je..
Jumpa lagi, wassalam!!
alhamdulillah..dah besar maryam..dan bertambah cerdik dah dia..baguslah..jadi anak yang solehah yer..
ReplyDeleteUmmu Faqeh: Amin!!
ReplyDelete