Follower

Tuesday, December 20, 2011

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Jom sertai GA!! Hadiah utama photobook tuuuu... Jom, jom, jom!!



Syarat-syaratnya mudah sahaja. Mari kita periksa, ibu Yusuf dah cukup syarat ke belum;

1 - Buat entry bertajuk
 THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY (sudah! Inilah entrynya..)

2- Letakkan banner The Ladies Photographer dan link kan ke entry GA @ bamyuyu.blogspot (ada! tuuu, kat atas)

2 - Like Fan Page TLP di facebook  http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog saya ini:P (ibu Yusuf dah like dan dah follow juga..)

3 - Like Fan Page Danita Maternity Store 
http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (this is our penaja hadiah) (like, like, like.. sudah juga!)

3 - Tag 5 org kawan blogger (lebih ke kurang pun boleh:P)
Ibu Yusuf nak tag Puan Kutu, AnisAlya, Affafkusayang, Nida dan BSB.. (lepasni ibu BW bagi tau mereka ye...)

4 - Letak link entry anda di entry ini...

5 - Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.
Hadiah yang ditawarkan selain photo book tu, semuanya best-best belaka. Nak tahu? Nak turut serta? Klik je banner di atas atau SINI sahaja..
Semoga ada rezeki untuk ibu Yusuf dan Maryam..


Monday, December 19, 2011

Ikan Bakar Portugis


Ikan Bakar Portugis hasil air tangan ibu Yusuf dan Maryam


Sila abaikan rupa parasnya yang comot, sila abaikan gambar yang kabur.. tapi sesungguhnya ini adalah ikan bakar yang saaaaaangat sedap!! Sila beri laluan untuk ibu Yusuf perasan sendiri okey.. Kih kih kih..

Tapi betul, tak tipu. Yusuf dari mula makan sampai habis makan tak sudah-sudah kata, "mmm, sedap sangatla ikan ni ibu, sedapnya ibu masak...". Dia ulang banyak kali tau!!

Pastu tau ayah Yusuf kata apa? "Hmm, boleh bukak kedai ikan bakar kalau macamni". Hihi.. Kembang kempis hidung tak berapa mancungni kena puji.

Ibu buat ikan ni sebaik sahaja balik dari bercuti di Tanjung Bidara tempoh hari, gara-gara keciwa dengan ikan bakar di SINI. Jadi ibu dengan bersungguh hati nak menebus kekecewaan tu dengan air tangan sendiri. Jangan tak tahu, ibu Yusuf kalau kata dia nak buat dia akan buat. Walaupun penat dan tak larat..

Resepi asal ibu ambil di blog Jom Masak-Masak tapi ibu olah dengan apa bahan yang ada di rumah. Ada yang ibu tak letak dan ada yang ibu sengaja tambah. Rasanya sangat-sangat tidak mengecewakan. Ibu kongsikan di sini resepinya.

Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahanya:

4 ekor ikan cencaru
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu teh garam halus
1 sudu makan gula
1 kiub tom yam 
1 sudu makan cili giling
3 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak bawang putih (3 ulas bawang putih ditumbuk dan di goreng dengan minyak)
Aluminium foil
(Resepi asal ada buah keras)

Cara-caranya:

Kisar semua bahan kecuali daun limau purut dan minyak bawang putih hingga lumat. Gaulkan ikan  bersamabahan kisar, minyak bawang putih dan daun limau purut yang dihiris halus. Bungkus dengan aluminium foil dan bakar di atas api atau di dalam oven.

Sedia untuk dihidangkan.

Pesanan ibu Yusuf:

1. Lagi banyak letak bahan-bahannya lagilah sedap.

2. Bungkus ikan kemas-kemas kalau tak nak dapur comot. Sebab kemungkinan air dari bahan-bahan akan meleleh ketika diterbalikkan.

Resepi yang senang dan sedap banget!! Selamat mencuba!!



Medan Selera Ikan Bakar Pangkalan Balak


Jalan-jalan cari makan @ Melaka

Sambungan cerita jalan-jalan lagi. Jangan jemu ya aduhai pengunjung setia Jemari Asmara. Izinkan ibu Yusuf merakamkan detik-detik istimewa dalam perjalanan hidupnya.. (walaupun kadang-kadang ada yang buat spoil juga.. ngee..)

Contoh spoil? Baca n3 ni sampai habis ya..

Acara wajib bila jalan-jalan adalah cari makan. Ye lah, takkan ibu nak masak dalam bilik resort kut. Hehe.. Untuk yang baru singgah di blog ibu. kami bercuti di Tanjung Bidara dan bermalam di Samudera Bidara Resort. Macam ibu katalah, bila duduk di Tanjung Bidara kene la keluar untuk cari makan.

Kawan ibu yang selalu bercuti di Melaka cadangkan kalau nak makan ikan bakar, pergi ke area Pantai Kundur Klebang atau ke Kampung Pantai Kuala Sungai Baru. Tapi kami tak tahu tempat tu, tak nak ambik risko sesat larat kami minta cadangan dari pihak resort. Pihak resort cadangkan kami ke sini..

v

v


Medan Selera Ikan Bakar Pangkalan Balak, dekat je dengan resort kami. Naik kereta dalam 10 minit macamtu. Kalau duduk di resort Pangkalan Balak boleh datang jalan kaki je. Maaflah, kamera ibu gagal ambil gambar yang bercahaya.. :-(


Ada 4 gerai semuanya, tapi rasanya gerai nombor 3 tu jual air je. Kedai nombor 2 tidak beroperasi. Kami makan di gerai nombor lima. Geraini pandai, siapa-siapa yang datang terus dia tarik masuk kedai dia. Tak bagi can orang nak ke kedai sebelah..


Antara seafood yang sedia untuk dimasak atau dibakar. Ada siakap, ada ikan serekut, pari, sotong, pahat, kerang, cencaru.. dan lain-lain..


Kami ambik ikan serekut (yang warna putih tu). Saje nak rasa sebab tak pernah rasa lagi. Kami ambik seekor dan minta di bahagi 2. 1 bahagian bakar, 1 bahagian masak 3 rasa.


Harga ikan semasa.. Sama je harga serekut dengan siakap. Tapi siakap kami dah biasa makan..

Meh layan apa yang kami order. Sedap ke tak?


Ni namanya pahat ye kawan-kawan. Rasanya lebih kurang mentarang juga. Kami minta masak halia, tapi tak rasa halia pun...


Ikan serekut 3 rasa. Bolehlah masakannya.. Cuma ikan siakap lagi sedap pada pandangan ibu..


Ikan serekut bakar.. Kerang bakar.. Tomyam sotong..

Tomyam sotong biasa-biasa je, okeylah. Kerang bakarnya kering sangat sampai kecut-kecut kerang tu. Hmmm, tak best.
Ikan bakarnya mengecewakan. Mungkin style di situ, tapi memang tak kena dengan selera kami. Ikan tu dibakar tanpa dibuang sisik dan dibakar kosong. Maknanya tak ada apa-apa rempah pun. Air asamnya pun mengecewakan, entahlah ibu rasa macam busuk. Cuma kicap cicli tu menyelamatkan keadaan. Tapi ini dari penilaian kamilah, mungkin bagi orang lain sedap. Tak sedap bagi kami, tak semestinya tak sedap bagi orang lain. Sekadar komen jujur..

Untuk 4 pinggan nasi putih, 1 mangkuk tom yam sotong, 1 pinggan kerang bakar, 1 pinggan pahat masak halia, separuh ikan serekut masak 3 rasa, separuh ikan serekut bakar, 2 gelas teh o ais, secawan teh panas, segelas air suam dan 3 biji otak-otak semuanya RM74.00 sahaja..

Harga tu jika dibandingkan dengan kuantiti makanan memang rasa berbaloi. Tapi denga rasanya, jujur ibu keciwa. Huhuhu...

Jadi lain kali pergi mungkin kami akan cuba gerai no. 1 pula. Tak pun, cari tempat yang kawan ibu cadangkan tu..

Sekian catatan jalan-jalan cari makan. Jumpa lagi.. :D



Sunday, December 18, 2011

Free Holiday Contest with Pengantin Bridal House


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Create your own banner at mybannermaker.com!

Wah!! Bling bling banner contest ni. Tu yang ibu teruja, terus follow blog penganjur. Hadiah yang ditawarkan juga sangat menerujakan dan buat ibu tertarik untuk turut serta. Mana tahu, jika sudah tertulis ibu Yusuf bertuah kan? Yang pasti, tak usaha tak berjaya. Tak joint manakan nak menang. Betul tak?

Bayangkan kawan-kawan, percutian selama 2 hari 1 malam di sini..

v

v

v


Dengan bilik penginapan yang digambarkan seperti ini..

v

v

v



Swiss - Garden Resort & Spa Kuantan ni kawan-kawan. Siapala yang tak teringin nak merasa duduk di situ?

Jujurnya, ini adalah jawapan ibu kenapa ibu teringin nak bercuti di situ:

1. Percutian adalah satu terapi meredakan tekanan bagi ibu Yusuf. Sesiapa yang mengikuti blog ibu mungkin sedar betapa penatnya ibu dengan tugasan di pejabat (sudah tentu di luar pejabat juga kerana ibu seorang pekerja sosial). Walaupun nak bercuti pun stress sebenarnya sebab perlu meninggalkan tanggungjawab, tapi selepas dapat cuti, fuhh! Lega!!

2. Lokasi yang sangat menepati citarasa En. Ayah dan anak-anak. En. Ayah sukakan kedamaian dan keindahan pantai, anak-anak sukakan kolam renang. Ibu? Suami dan anak-anak suka, ibu sudah cukup sangat bahagia. Swiss - Garden Resort & Spa Kuantan menepati ciri-ciri kesukaan keluarga ibu.

3. Kali terakhir kami bercuti di Kuantan adalah pada tahun 2005. 6 tahun yang berlalu, Maryam pun belum ada masa tu. Mudah-mudahan tahun hadapan kami berpeluang membawa Yusuf dan Maryam bercuti ke Kuantan. Secara percuma, mudah-mudahan. :D

4. Sekiranya ini adalah rezeki yang tertulis buat ibu, maka ianya adalah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9. Kami diijabkabulkan pada 12 RabiulAwwal 1424H dan tarikh Maulidur rasul itu akan jatuh pada Febuari 2012. Semoga percutian tersebut dapat mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga. Semoga kasih kerana Ilahi ini terus bersemi hingga akhir hayat kami.

5. Dan jawapan paling jujur, adalah kerana ianya percuma. Terima kasih penganjur.

Jomlah kawan-kawan kita turut serta. Kalau bukan rezeki ibu mungkin ianya adalah rezeki anda. Semuanya ketentuan Ilahi. Harini kita support seorang blogger, lain kali kita pula akan di support oleh orang lain. Sesungguhnya Allah swt Maha Adil.

Untuk turut serta dan tahu syarat-syarat penyertaan, sila klik banner yang bling bling di atas tu ya..

Semoga pihak penganjur dimurahkan rezeki dan diberi nikmat kemajuan perniagaan yang berterusan.

Semoga ada rezeki untuk Ibu Yusuf dan Maryam juga.

Amin.




Semalam di Tanjung Bidara Melaka


Rakaman percutian berserta sedikit info tentang resort..

Seperti yang ibu ceritakan sebelum ini, selepas dua malam di Johor bahru kami beredar pula ke Melaka untuk menikmati percutian di tepi pantai. Rakaman kami bercanda di tepian pantai tanjung Bidara ibu dah kongsikan pada n3 sebelum ini.

Untuk n3 yang ini, ibu nak kongsikan tentang penginapan kami di Tanjung Bidara. Kami menginap di sini..

v

v

Samudera Bidara Resort.. Yang ni semua bilik superior. Ada roof top lagi..

Sebelum ibu ceritakan tentang resortni, ibu nak kongsikan pandangan sekiranya kawan-kawan nak bercuti di sini.

Jika anda memilih lokasi yang tenang tanpa hiruk pikuk, ibu cadangkan pilihlah resort atau chalet di Tanjung Bidara. Cuma resort atau chalet di sini agak tersorok dan perlukan kenderaan kalau nak keluar makan. Cari je papan tanda Komplek Falak Al Khawarizmi Jabatan Mufti Melaka, selepas kompleks tu akan jumpa banyak resort atau chalet. Tinggal pilih je yang mana satu.. Samudera Bidara Resort tu kami main terjah je, ada kosong terus check in.

Jika anda memilih, lokasi yang senang nak ke pantai, senang nak cari makan, ibu cadangkan pilihlah resort di Pangkalan Balak. Cuma suasana agak bising sebab betul-betul tepi pantai peranginan. Chalet dan resortnya juga bersusun rapat-rapat. Kalau tak nak leceh, baik di Pangkalan Balak berbanding Tanjung Bidara. Semua ada di sini..

Lagi satu, kalau pergi bukan di waktu puncak (cuti sekolah atau hujung minggu) tak perlulah book dulu. Datang, tengok dan pilih. Sebab ada setengah chalet tu dalam internet bukan main, sekali datang rupa rumah kampung je. Harga pun kedebabom.. Tapi, kalau pergi di waktu puncak dan tak book dulu, jangan marah kalau tak dapat bilik. Hihi..

Okeylah, itu pandangan dari mata kasar ibu je. Meh ibu cerita tentang SBR ni, best ke tak nilai lah sendiri ye..


 Pemandangan dari roof top. Antara kelemahan resort ni, dia tak ada pantai berpasir, pantai dia tambak batu. Kalau nak mandi kena jalan kaki jauh sikit atau keluar ke pantai yang dekat dengan Kem Terendak yang kami pergi tu..


 Resort yang sama cuma semua tu bilik standard.. RM130.00 semalam termasuk makan pagi untuk 2 orang.. Bilik superior RM150.00 semalam termasuk makan pagi untuk 3 orang..


3 kekasih ibu, ibu paksa ambil gambar atas roof top.. Hihi..


 Ni nak panggil apa ek? Lobi resort ke?


 Ahha.. ini sarapan yang disediakan. Ada juga sampingannya, sosej dan wedges, roti bakar pun ada. Buah pun ada. Air teh dan kopi serta oren kordial. Bukan fresh oren tau..


 Gelanggang bola tampar. Ayah tu saje tunjuk skill lepas gian. Kalau siapa-siapa yang datang buat family day dan nak buat BBQ kat sinilah tempatnya..


Resortni ada swimming pool.. Tuuu, Maryam dah sain kontrak jadi model swimming pool resort ni. Hihi...

Bilik? Tak yah tunjuklah. Sangat biasa-biasa.. Katil pun dah uzur dan senget sebelah. Karpet dia pun berbau hapak. Ibu rasa tak sesuai sebenarnya resort tepi pantai dan ada swimming pool macamni guna karpet. Orang basah-basah terus naik bilik sebab swimming pool dia tak sediakan tuala mahupun penjaga.. Oh ya, keadaan tu mungkin untuk bilik yang kami dapat je kut, bilik 602.. Ayat cover nih. Haha..

Wi Fi? Masa check in dia kata ada, dah malam dia kata tak ada pula. Hmm tak apa, sepanjang di Tanjung Bidara memang tak ada masa nak berinternet pun.

Cuma ada satu insiden yang buat ibu hangat hati, pekerja dia masuk bilik tanpa ketuk pintu dengan alasan nak ambil tuala. Masatu ibu cuma lock je tanpa pasang selak. Mujur ibu lengkap berpakaian, kalau tengah berkemban? Takke naya?

Secara keseluruhannya, jika tidak mengambil kira insiden hangat hati tu, resortni okeylah. Nama pun resort, tak perlulah mengharap standard hotelkan?

Baiklah, sampai di sini sahaja. Ada masa nanti ibu buat n3 tentang ikan bakar di Pangkalan Balak pula.

Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...