Follower

Monday, December 19, 2011

Medan Selera Ikan Bakar Pangkalan Balak


Jalan-jalan cari makan @ Melaka

Sambungan cerita jalan-jalan lagi. Jangan jemu ya aduhai pengunjung setia Jemari Asmara. Izinkan ibu Yusuf merakamkan detik-detik istimewa dalam perjalanan hidupnya.. (walaupun kadang-kadang ada yang buat spoil juga.. ngee..)

Contoh spoil? Baca n3 ni sampai habis ya..

Acara wajib bila jalan-jalan adalah cari makan. Ye lah, takkan ibu nak masak dalam bilik resort kut. Hehe.. Untuk yang baru singgah di blog ibu. kami bercuti di Tanjung Bidara dan bermalam di Samudera Bidara Resort. Macam ibu katalah, bila duduk di Tanjung Bidara kene la keluar untuk cari makan.

Kawan ibu yang selalu bercuti di Melaka cadangkan kalau nak makan ikan bakar, pergi ke area Pantai Kundur Klebang atau ke Kampung Pantai Kuala Sungai Baru. Tapi kami tak tahu tempat tu, tak nak ambik risko sesat larat kami minta cadangan dari pihak resort. Pihak resort cadangkan kami ke sini..

v

v


Medan Selera Ikan Bakar Pangkalan Balak, dekat je dengan resort kami. Naik kereta dalam 10 minit macamtu. Kalau duduk di resort Pangkalan Balak boleh datang jalan kaki je. Maaflah, kamera ibu gagal ambil gambar yang bercahaya.. :-(


Ada 4 gerai semuanya, tapi rasanya gerai nombor 3 tu jual air je. Kedai nombor 2 tidak beroperasi. Kami makan di gerai nombor lima. Geraini pandai, siapa-siapa yang datang terus dia tarik masuk kedai dia. Tak bagi can orang nak ke kedai sebelah..


Antara seafood yang sedia untuk dimasak atau dibakar. Ada siakap, ada ikan serekut, pari, sotong, pahat, kerang, cencaru.. dan lain-lain..


Kami ambik ikan serekut (yang warna putih tu). Saje nak rasa sebab tak pernah rasa lagi. Kami ambik seekor dan minta di bahagi 2. 1 bahagian bakar, 1 bahagian masak 3 rasa.


Harga ikan semasa.. Sama je harga serekut dengan siakap. Tapi siakap kami dah biasa makan..

Meh layan apa yang kami order. Sedap ke tak?


Ni namanya pahat ye kawan-kawan. Rasanya lebih kurang mentarang juga. Kami minta masak halia, tapi tak rasa halia pun...


Ikan serekut 3 rasa. Bolehlah masakannya.. Cuma ikan siakap lagi sedap pada pandangan ibu..


Ikan serekut bakar.. Kerang bakar.. Tomyam sotong..

Tomyam sotong biasa-biasa je, okeylah. Kerang bakarnya kering sangat sampai kecut-kecut kerang tu. Hmmm, tak best.
Ikan bakarnya mengecewakan. Mungkin style di situ, tapi memang tak kena dengan selera kami. Ikan tu dibakar tanpa dibuang sisik dan dibakar kosong. Maknanya tak ada apa-apa rempah pun. Air asamnya pun mengecewakan, entahlah ibu rasa macam busuk. Cuma kicap cicli tu menyelamatkan keadaan. Tapi ini dari penilaian kamilah, mungkin bagi orang lain sedap. Tak sedap bagi kami, tak semestinya tak sedap bagi orang lain. Sekadar komen jujur..

Untuk 4 pinggan nasi putih, 1 mangkuk tom yam sotong, 1 pinggan kerang bakar, 1 pinggan pahat masak halia, separuh ikan serekut masak 3 rasa, separuh ikan serekut bakar, 2 gelas teh o ais, secawan teh panas, segelas air suam dan 3 biji otak-otak semuanya RM74.00 sahaja..

Harga tu jika dibandingkan dengan kuantiti makanan memang rasa berbaloi. Tapi denga rasanya, jujur ibu keciwa. Huhuhu...

Jadi lain kali pergi mungkin kami akan cuba gerai no. 1 pula. Tak pun, cari tempat yang kawan ibu cadangkan tu..

Sekian catatan jalan-jalan cari makan. Jumpa lagi.. :D



11 comments:

  1. ikan serakut tak pernah makan lerrr mesti sedapkan?

    ReplyDelete
  2. kak, syida masa gi melaka aritu gi mkn kt ikan bakar parameswara, tp xpasti kt mana, tp mmg sedap..

    ReplyDelete
  3. oh tak penah sampai sini lagi..ikan serekut eh? memang tak penah dengar lagi namanya ni..

    ReplyDelete
  4. Bila makan membayar mahal kalau sedap biasa kita tidak terkilan tapi kalau tak kena pada tekak kita memang rasa tak berbaloi...

    ReplyDelete
  5. Meriahnya makanan, tapi sayangnyer tak berapa kena dengan selera ibu, mungkin boleh cuba lain kali di tempat lain :)

    ReplyDelete
  6. menggugat keimanan ku ini kak...ngeeee...sedap tuuuu

    ReplyDelete
  7. ikan serakut?1st time sy dengar.sungguh tak kenal spesis ikan sy nie.hehe

    ReplyDelete
  8. Pahat? First time dengar, ikan Serekut tu pun first time Nida dengar. Lepas ni kami kena pergi Pengkalan Balaklah gayanya....:)

    ReplyDelete
  9. pahat tu tak pula pernah makan...apatah lagi mentarang..

    ReplyDelete
  10. Ada lagi satu gerai yg betul2 tepi laut(seblm Tempat ikan bkr ni) pun tak sedap masakan nye. nasi lemak pun xsanggup nk habiskan. Location best tp syg knp xpandai memsk.

    ReplyDelete
  11. Gerai yg betul2 tepi laut tu pun masakan xsdp. Nasi lmk pun xsanggup nk habiskan. Rugi betul sebab location mmg best.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...