Follower

Sunday, December 18, 2011

Bercanda Dipasiran Pantai Tanjung Bidara Melaka..


Lagi catatan perjalanan ibu Yusuf sekeluarga..

Selepas 2 hari 2 malam di Johor Bahru untuk percutian 2 dalam 1 yang tidak dirancang dengan teliti, kami mengambil keputusan mengejut untuk menambah lagi percutian kami.

Ibu cadangkan pada ayah nak bawa anak-anak mandi pantai. Ibu cadangkan je tapi nak kemana tak tahu pun. Akhirnya ayah buat keputusan nak ke Tanjung Bidara, Melaka.

Tanjung Bidara? Tahu ke? Hahaha.. Dalam hati ibu mesti sesat larat lagi lah ni, sebab kami tak pernah pergi pun. Namun alhamdulillah, dengan maklumat melalui telefon dari kawan ayah kami sampai juga ke Tanjung Bidara.

Petunjuk jalan yang membawa kami ke Tanjung Bidara adalah:

Dari arah Johor Bahru keluar di tol Ayer Keroh. Terus hingga jumpa simpang MITC (ada Mydin) belok kanan. Jumpa bulatan kecil ambil jam 12 dan terus hingga jumpa lebuh SPA. Terus lagi hingga jumpa penjara Sungai Udang, terus hingga jumpa traffic light dan belok kanan. Selepas kanan kami ikut panduan dari papan tanda sahaja sehingga jumpa destinasi yang dituju. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera.

Ibu abadikan di sini beberapa keping gambar kenangan di Tanjung Bidara, Melaka. Semua gambar agak gelap kerana diambil dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. Layan..










Maaf, gambar-gambar tanpa kapsyen ya.. biarlah gambar-gambar itu sendiri yang berbicara. Cewahh!!

Kami tinggalkan pantaini dalam jam 7.00 petang menuju ke penginapan. Di mana kami menginap tunggu n3 seterusnya ye. Jumpa lagi..

Ps: tiba-tba teringat lagu Anita Sarawak, "Bercanda di pasiran pantai, kita bersama memadu asmahara, cinta setia... lalalala...". Hahahaha..



5 comments:

  1. sukasukasuka....nak mandi pantai jugak!!

    ReplyDelete
  2. wah smp ke melaka pergi mandi..sy pun tk pernah smp lg pantai nie..hehe

    ReplyDelete
  3. pun dah lama tak bercanda ditepian pantai..heheheh!

    ReplyDelete
  4. ank2 sy byk kali dh kata nak mandi pandai, tp tak sampai2 lg ke pantai

    ReplyDelete
  5. Cantiknya.. terutama gambar second last dan third last. Macam silhoutte gitu :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...