Follower

Friday, December 16, 2011

Manda Manda @ New York Hotel Johor Bahru


Rakaman kegembiraan anak-anak 15.12.2011

Pagini aktiviti memerap dalam bilik aje. Anak-anak sedang bermain maina masing-masing. Sorang satu dapat mainan malam tadi di JB City Square. Ibu pun dapat juga, tapi bukan mainan lah.. Ibu dapat kasut. Ada bunga-bunga gitew. Haha..

Semalam baru sempat tayang gambar kolam mandi je kan? Harini ibu nak rakamkan keseronokan anak-anak semalam. Bila ayah keluar je semalam hanya satu aktiviti terbayang dalam kepala ibu. Tak lain tak bukan mandi kolamlah. Nak keluar pun bukan tahu nak ke mana.


 Kolam hotelni terletak di tingkat 11. Hanya ada kolam dewasa dan kolam jakuzi (jakuzi la sangat.. hmm)


 Dah anak-anak nak mandi sangat, bawak ajelah. Tapi cuma boleh main tepi-tepi di tangga sahaja. Dapatla juga rendam-rendam badan dan main-main air..


Budak solehah ni dah menggigil-gigil, bibir pun dah pucat sangat.. tapi tak mahu juga diajak naik. Seronok sangat la tu. Air kolamnya sangat la sejuk, kedekut tul hotelni nak panaskan sikit macam setengah hotel-hotel lain tu. Tapi okeylahkan, dari tak ada..

Budak-budakni mandi dalam sejam setengah. Pkul 12.00 tengahari ibu paksa naik. Paksa tu, kalau suruh naik dengan sukarela tidak le.. Seronok sangat katakan..

Sebab seronok sangat, sebelah petang mereka turun lagi. Kalini dengan 'jurulatih khas'.


Jurulatih khas a.k.a ayah Yusuf dan Maryam sedang menunjukkan skill berenang kepada anak-anak..


Abang Yusuf sedang menjalani latihan renang.. hehe.. kolamni tak benarkan orang lelaki pakai baju. Tu yang ayah Yusuf seksi sikit.. hihi..


Giliran adik Maryam pula.. :D

Gambar ada banyak sebenarnya, tapi cukuplah 6 keping ibu kongsikan di sini. Sehingga 17 hb ibu terpaksa bersabar dengan kelajuan maxis broadband ibu yang dah sampai limit ni. Harap-harap besok kembali berdesup, bulan lepas ibu dah bayar untuk dua bulan siap-siap.

Sekali lagi ibu mohon maaf pada sahabat-sahabat yang belum dapat ibu kunjung balas jejak kalian. InsyaAllah, tunggu kami balik dari bercuti ya.

Salam sayang buat semua. Jumpa lagi..




13 comments:

  1. kolam ni kiranya kat dalam bangunan eh? bestnyaa..

    ReplyDelete
  2. Bestnyer dapat mandi kolam..

    Dalam bangunan lak tu :D

    ReplyDelete
  3. new york hotel ni dekat dgn city square ke k.zefa? city square tau jugak..ade satu kedai roti yg klasik dekat2 situ tapi tak reti nk bagi direction..duk je dah lame kt sane tapi jalan sampai sekarang failed hehe ;)

    ReplyDelete
  4. Kalau bawa anak2 mandi sini, memang tak ingat nak naik kan? Ibunya tak mandi sama ke?

    ReplyDelete
  5. senangnya renang with family :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  6. Pandai ke abang yusuf berenang?.. Kalau cheche, dia merangkak jer dalam kolam, dan dia cakap dia dah berenang:)

    ReplyDelete
  7. best nyer kolam ada bumbung..idok ler panaskan?

    ReplyDelete
  8. seronok kan bila sekali sekala dpt bercuti mcm ni...dolu2 kita pun selalu ikut mr papa pi out station. Satu sbb kita mmg tak payah apply cuti hehee...lagi satu time tu anak2 belum sekolah, so anytime lah boleh ikut. Nanti2 dah takdenya ...

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak mandi..tingin..hehhe

    ReplyDelete
  10. seronok tgk budak2 main air. lagi seronok bila kita tgk betapa anak2 tu seronok kan? hepi je perasan ibu nih.

    ReplyDelete
  11. dah lama tak mandi kolam :) saya suka mandi kolam walaupun tak pandai berenang hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...