Follower

Tuesday, June 17, 2014

Perbaharui Lesen Memandu di Van Kaunter 1JPJ


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, ibu pergi ke Karnival anjuran Belia 4B di Taman Meru 3. Ibu datang sebagai petugas Jabatan yang turut menjalankan program di sana. Agensi-agensi kerajaan lain pun ada yang buka booth perkhidmatan, penerangan dan pameran. Dalam banyak-banyak tu, Van Kaunter 1JPJ aka kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan antara yang menarik perhatian ibu.


 Mula-mula tengok dari jauh je. Dalam hati tertanya-tanya juga, van apakah?


 Misi mencari jawapan bermula, maka mari mendekatkan diri. Ada beberapa orang sedang beratur..


 Rupanya Van Kaunter 1JPJ ni menawarkan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, pembaharuan road-tax, semakan senarai hitam, pindaan alamat, semakan tarikh luput lesen memandu, semakan tarikh luput lesen kenderaan motor dan pembayaran saman..


Ececeh, nak juga menampilkan diri. Hihihi..


Yeay! Dah dapat lesen memandu baru..

Alang-alang boleh tukar lesen lama kepada lesen baru kat sini, ibu tukar je terus. Kalau nak ke JPJ pun satu hal, tunggu giliran satu hal. Ibu buat di kaunter bergerak ni tak sampai 15 minit dah siap.

Maaf terpaksa diblurkan termasuk gambar sebab cun sangat. Hehehe.. Alaaa, gambar masa umur awal 20an dulu. Gambar untuk lesen baruni, JPJ cuma scan dari lesen lama..

Ibu tanya juga kepada petugas Van Kaunter 1JPJ ni, tentang jadual pergerakan van ni. Jawapannya tak ada jadual, pergerakan bergantung kepada jemputan dari agensi-agensi yang mengadakan program. Selain itu, kawasan tumpuan Van Kaunter 1JPJ ini adalah di kawasan dimana selalu JPJ menganjurkan program turun bersama orang ramai seperti program Satu Komuniti 1JPJ serta juga di karnival, ekspo dan pameran tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai.

Jadi lepasni, kalau nampak Van Kaunter 1JPJ ni boleh la terjah. Boleh memperbaharui lesen memandu, road-tax, semakan senarai hitam, buat pindaan alamat, semakan tarikh luput lesen memandu, semakan tarikh luput lesen kenderaan motor dan bayar saman.

Ps: anda semua dah tukar lesen baru ke? 

 

1 comment:

  1. bestkan kalau van ni bergerak kemana2...Tapi Alhamdulillah, JPJ kt Muar cepat n cekap bekerja..kejap je siap.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...