Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ini bukan entry 18sx.. Siapa-siapa boleh baca. Bukan mahu mengata.. Sekadar berkongsi pandangan mata dan hati. Katakan yang benar walaupun pahit..
Beberapa hari yang lepas, ibu berpeluang menyelak satu majalah kewanitaan milik seorang kawan. Ibu suka majalah tu, cuma jarang beli. Banyak info berfaedah di dalamnya. Adat majalah, iklannya banyak lah juga. Pendekkan cerita, ada dua iklan yang buat ibu geleng kepala.
Hmmm.. Yang satu tentang bangganya sang isteri dengan 'kuasa power baru sang suami' walaupun dah tua. Amboi, terbuka sungguh. Tapi itu hak mereka, mereka pasangan yang sah. Dan sah-sah mereka dibayar oleh syarikat yang mengiklankan tu.
Satu lagi, memang berkait rapat dengan tajuk di atas. Pengakuan seorang wanita yang dulunya diejek suami kerana payudaranya kecil. Lantas dia berusaha untuk membesarkan payudaranya. Selepas menggunakan produk XYZ saiz cupnya up dari cup A ke cup C (yang ni kalau tak silap lah ABC nya tu..). Siap ada gambar sebelum dan selepas dengan menunjukkan bentuk sebenar-benar bentuk.
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Tak mau komen banyak-banyak, nanti kena saman pula. Tapi siapa yang boleh menafikan ayat ini dan lawan di mahkamah?
v
Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik diluar sana.. tak perlulah runsing dan risau kalau aset kita ni kecil. Sesungguhnya lebih mudah untuk kita menjaga keaiban kita..
Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik diluar sana.. tak perlulah bangga dan mendabik dada andai aset kita besar dan cantik. Payudara bukan mahkota yang boleh dijaja untuk pandangan mata, tapi keaiban yang perlu dijaga..
Kerana apa ibu Yusuf kata payudara itu keaiban? Ini jawabnya..
v
v
Sekian. Maaf andai ada yang terasa dengan entry ini.
Jom shopping tudung tutup dada!! Klik!!
Jom shopping tudung tutup dada!! Klik!!
mmg sekarang nak promot brg dah terlebih over..malu sungguh kalau anak2 tengok dan tanya..'apa tuu..?'..camana nk menjawab....pokok pangkalnya....kembalikan sifat malu kita yang mulia itu..
ReplyDeletesetujulah kak..penat nak cantik nih..kesimpulannya pilihlah suami yang beragama supaya isu remeh temeh mcm ni bukan menjadi isu besar dalam rumah tangga ;)
ReplyDeletep/s: boleh ganti akak ni jadi kaunselor heheh
Setuju sangat2..
ReplyDeleteTahniah atas perkongsian yang amat berharga ni.. Akak jg bercadang nak buat entry selepas baca iklan tu baru2 ni.. Nampaknya Zefa melangkah lebih awal. Memang mengucap pjg masa tgk iklan tu.. Sungguh menyedihkan bila sesuatu yang wajib disorokkan, didedahkan dan dijaja sebegitu rupa..
"menunjukkan bentuk sebenar-benar bentuk". erk! serius ke kak zefa? malunya rasa walaupun yang tunjuk tu orang lain. huhu..
ReplyDeleteHihihi.... Tau iklan apa... Mmg susah la kalo semua benda kena ikut standard. Cup pun ada standardnya
ReplyDeletepersan juga dgn iklan tu...terkejut dan rs malu..
ReplyDeletebegitu mendadaa......huhuhu
modelnya pakai tudung plak tu....
cerita tentang iklan tu kan, memang sangat memalukan..
ReplyDeleteSalam zefa,
ReplyDeleteDah lama tak beli majalah. Tapi kalau banyak iklan tu macam tau je majalah apa.
Kebanyakkan iklan macam tu bila nak tunjuk before n after. Kita yang tengok malu.
majalah manalah tu ye? huhuhu...
ReplyDeletememang betul tu kekadang jadi malu bila baca,
ReplyDeleteDunia akhir zaman...semoga kita sentiasa diberi kekuatan iman. Amin
ReplyDeleteakak pun tak suka iklan macam tu..memalukan....
ReplyDeleteizan tak perasan iklan mana yg dimaksudkan. tapi kalau dah terlalu terbuka macam tu... erkkk... sendiri boleh fikirlah kan...
ReplyDeletesaya pun x tahu nak kata apa kak :( kdg2 bila keluar iklan2 mcm ni kat tv, rasa malu sgt sbb ada suami, adik lelaki dan abah mertua depan tv huhuhuhu..............
ReplyDeleteakak ada prasan iklan tu kt sebuah majalah family....segan sndiri dan lebih segan bila majalah tu jadi bahan bacaan anak2 dara akak juga.......
ReplyDeletesy pon perasan iklan tu, yg mendada tu satu hal, satu lg iklan yg isteri muda suami tua..macam2 skg guna utk lariskan produk..
ReplyDeletebenda iklan nak lariskan produk nie semua kadang2 macam mengarut sampai tak peka dengan sensitiviti org lain.tp seharusnya ada perasaan malu wpun pasangan yg sah.bab menunjukkan aset tu wajiblah lagi rasa malu.siapalah kita utk menilai keaiban mereka..sendiri mau ingat.hehe..
ReplyDeleteentri yg bagus sebagai renungan dan kesedaran..:)
zaman it ni banyak sangat yang buat iklan sebegini... kadang kadang nk tengok pun ngeriiii
ReplyDelete