Follower

Friday, November 14, 2014

Tips Mudah Mengurus Kain Baju Belum Berlipat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salah satu kelemahan ibu yang nyata ialah kurangnya kerajinan melipat baju. Basuh baju, sidai baju, angkat baju dari ampaian memang wajib buat hari-jari. Nak lipat? Alaaaaaaahai..

Masa mula-mula cuti tanpa gaji tempoh hari, punyalah semangat nak memastikan tiada gunung ganang kain dalam rumahku syurgaku ini. Tapi kelaut juga. Hahaha..

Lepastu mulalah berangan-angan, alangkah bagusnya kalau ada mesin lipat kain. Mesin lipat kain sebenar tau, bukan yang pakai kotak tu.

Tapi ibu percaya, bukan ibu sorang je yang berangan mesin lipat kain tu. Ramai je ada angan-angan yang sama. Betul tak? 

Baru-baru ini ada perbincangan dalam sebuah group dekorasi di FB. Beberapa orang rakan memberikan pandangan tentang;

Tips Urus Kain Tidak Berlipat

1. Letakkan kain di dalam bakul supaya kain tidak bersepah-sepah

2. Asingkan bakul untuk setiap ahli keluarga untuk memudahkan pencarian baju

3. Sediakan bilik khas untuk mengurus baju-baju yang belum dilipat dan digosok. 

4. Sidai baju menggunakan penyangkut (hanger), jadi tak perlu lipat. Kering je kain boleh terus angkat dan sangkut dalam almari.

Secara umumnya 4 tips itu adalah tips yang bagus dan boleh dipraktikkan. Tips no 1 hingga 3 akan memstikan baju tidak bersepah-sepah walaupun belum dilipat. 

Cuma tips no 3 tu hanya praktikal untuk yang mempunyai rumah besar atau ada bilik yang tidak digunakan. Macam rumah kami ni ada 3 bilik sahaja. 1 ibu ayah, 1 Yusuf dan 1 Maryam, maka bilik untuk baju adalah tiada. Tips no 4 yang paling mudah cuma perlukan hanger yang banyak dan ruang almari yang besar.

Tapi kan, ibu sebenarnya ada tips ibu sendiri. Nak tau?

Kita tengok gambar-gambar ni ye..


 Sebelum..


Selepas..

Hehehe.. Tips ibu lepas angkat kain dari ampaian terus longgok atas sofa. Bila pemandangan tercemar dengan gunung ganang kain maka motivasi untuk menarahnya menjadi tinggi. Cepat-cepat lipat dan simpan..

Bila duduk dalam bakul, haaaaa.. Berhari-harilah jawabnya dalam bakul tu kan. Bila pakai hanger pula, masih perlu diperbetulkan gaya menyangkutnya. Kalau tak, tak muat almari nanti. Jadi, apa-apa hal, parking atas sofa dulu.

Cuma tips ibu ni banyak la kelemahannya. Kalau tak sempat lipat, memang sakit mata memandang. Bila ada tetamu datang, kelam kabut nak sorok baju-baju tu..

Jadi sebelum praktikkan tip yang ibu bagi, fikir-fikirkan dulu ye. Hehehe..

Okey, ibu nak sambung lipat kain ni, hingga di sini dulu tarian jemari ibu ni. Kalau ada tips dan cadangan tambahan, sila tinggalkan dikotak komen ye. Nanti ibu edit di entry, mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang lain.

Hingga jumpa lagi..

9 comments:

  1. KY pun guna tip yg sama..apahal longok dulu depan TV..hehe

    ReplyDelete
  2. haha bagus punya tips dr ibu yusuf maryam..sy pun paling malas sekali lipat baju..nasiblah rumah besar ada sebuah bilik untuk longgok baju atas katil pastu sidai baju juga kt dalam bilik tu.haha..

    ReplyDelete
  3. Rumah saya sebijik macam gambar sebelum :)

    ReplyDelete
  4. baju berapa minggu tak bsuh tu ibu, banyak nya..hehe

    ReplyDelete
  5. Akak selalunya lipat kain sambil menonton tv. Setiap hari pasti menonton tv, so sambil2 tu tangan berjalan. Kalau terlalu sibuk, sebelum tidur pun duduk kejap, pasang tv dan lipat kain baju yang penting2 dulu. At least gunung jadi bukit...hehehehe

    ReplyDelete
  6. hihi...sy ni baju dh bergunung ganang baru kelam kabut nak melipat..hahaha

    ReplyDelete
  7. tips terbaik ni kak.
    lya pon x suka baju sepah2 camni. biasa mmg angkat terus letak dalam bakul khas.kalo x sempat lipat, xde la bersepahkan. selain tu cam t-shirt / baju kurung lya mmg jemur guna hanger..angkat je terus sangkut. hehe. cuma baju asya je la...

    ReplyDelete
  8. sejak pregnant nie,queenpink malas nak lipat baju..hehe..tapi terpaksa lipat juga sebab queenpink suka sesuatu yang kemas :)

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yg menarikk..bagus tips ni..hihi..kadang2 mmg x sempat nak lipat kain baju yg berlambak2 ni..huhu

    Jemput ke blog saya :
    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...