Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kenangan bercuti di Grand Lexis Port Dickson
Cuti sekolah sudah bermula, ada yang dah mula cuti-cuti Malaysia, ada juga yang masih menunggu tibanya tarikh yang dirancang.
Macam kami, seminggu pertama ni tidak kemana-mana sebab Ayah Yusuf masih ada tugasan yang perlu diselesaikan di pejabat. InsyaAllah tak ada aral, kami akan mula bercuti ke Terengganu minggu hadapan.
Sementara menunggu tarikh tu tiba, ibu dah rangka 5 aktiviti untuk anak-anak. Jemput baca entry 5 Aktiviti Harian Semasa Cuti Sekolah untuk kita kongsi-kongsi idea.
Anak-anak dah menghitung hari, tak sabar-sabar nak pergi bercuti. Tapi ada juga kerisauan dalam diri ibu tentang kesihatan mereka menjelang percutian kami nanti.
Alhamdulillah, anak-anak ibu jarang demam, tapi lebih baik kita ambil langkang-langkah pencegahan awal kan. Semoga percutian yang dirancang dapat dilalui dengan gembira.
Ibu kongsikan di sini tips yang ibu perolehi hasil pembacaan dan pengalaman-pengalaman lalu. Tips ini juga boleh diamalkan oleh ibu bapa, jangan pula nanti anak-anak sihat tapi ibu bapa yang demam. Huhu..

5 Tips Elak Anak Demam Supaya Perancangan Cuti Sekolah Tidak Tergendala
1. Pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup
Kanak-kanak suka bermain dan pastinya akan berasa letih dan penat. Maka waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merehatkan tubuh badan dan mengumpulkan semula tenaga untuk aktiviti keesokan hari.
Kanak-kanak yang sihat memerlukan 8 jam untuk tidur. Tidur yang cukup memberi kesan yang baik kepada perkembangan otak dan kesihatan tubuh kanak-kanak. Tak cukup tidur boleh menyebabkan kanak-kanak lesu dan meragam.
Yusuf dan Maryam memang tak pernah dibiasakan tidur lewat. Biasanya mereka masuk tidur jam 10.00 malam, paling lewat pun jam 11.00 malam. Alhamdulillah mereka anak-anak yang mudah bangun tidur. Cuma kena kejut la.. Hihi..

2. Minum air kosong dengan cukup
Air yang cukup mengelakkan tubuh dehidrasi, mengawal suhu tubuh, membantu membawa nutrien dan oksigen ke sel tubuh, penting untuk proses penghadaman dan membantu proses menyingkirkan toksin dari badan.
Cuaca pada masa ini juga tidak menentu, sekejap hujan, sekajap panas dan kadang-kadang berjerebu. Anak-anak mudah terdedah dengan batuk, selsema dan demam. Maka dengan inilah, air yang cukup sangat penting untuk tubuh yang lebih sihat.
Ibu memang jarang menyediakan hidangan minum air manis selepas makan, biasanya air kosong sahaja. Kecuali waktu minum pagi dan minum petang, ibu bancuhkan mereka air tamar coco campur meal shakes.
Ibu memang jarang menyediakan hidangan minum air manis selepas makan, biasanya air kosong sahaja. Kecuali waktu minum pagi dan minum petang, ibu bancuhkan mereka air tamar coco campur meal shakes.
3. Kawal pemakanan anak-anak
Makanan yang tidak bersih dan tercemar boleh menyebabkan anak-anak sakit perut, muntah-muntah atau cirit birit. Jika keadaan ini berlaku, lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah pastinya mengganggu perancangan untuk bercuti.
Oleh sebab itu, penting untuk kita mengawal pemakanan kanak-kanak. Pastikan anak-anak mengambil makanan yang bersih, berkhasiat dan seimbang, serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin c. Vitamin c membantu meningkatkan imun tubuh kanak-kanak dan juga dewasa.
Bab sayur dan buah ibu akui, anak-anak kurang mengambilnya. Jadi ibu berikan mereka supplemen vitamin c sebagai ikhtiar untuk tingkatkan imuniti mereka.
Bab sayur dan buah ibu akui, anak-anak kurang mengambilnya. Jadi ibu berikan mereka supplemen vitamin c sebagai ikhtiar untuk tingkatkan imuniti mereka.
4. Tingkatkan imuniti kanak-kanak dengan makanan tambahan
Sistem imun kanak-kanak akan menjadi lemah, jika mereka kekurangan zat makanan atau nutrien penting dalam diet pemakanan. Jadi, selain memastikan pemakanan mereka seimbang ibu bapa boleh berikhtiar dengan makanan tambahan untuk meningkatkan imuniti anak-anak.
Yusuf dan Maryam ibu berikan mereka Jus Tok Guru (gabungan makanan sunnah), Chewable Vita c, Meal Shakes (minuman multivitamin) dan Omega Guard (minyak ikan). Ibu ada kongsikan dulu tentang kelebihan Meal Shakes dan Omega Guard dalam entry Tingkatkan Fokus dan Imun Menjelang Musim Peperiksaan.

5. Susukan bayi dengan lebih kerap
Jika mempunyai anak yang masih bayi, susukan bayi dengan lebih kerap sebagai ikhtiar. Kita semua sedia maklum bahawa susu ibu mengandungi antibiotik semulajadi yang penting kepada bayi. Susu ibu juga menguatkan sistem imuniti bayi serta melindungi bayi dari cirit birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.
Pada masa yang sama, ibu-ibu menyusu juga perlu menjaga pemakanan kerana ianya akan disalur pula kepada bayi yang menyusu.
Di antara 5 tips di atas, tip no 5 sangat meberi kesan kepada keluarga kami. Ianya memberi impak jangka masa panjang sebenarnya. Yusuf dan Maryam adalah anak susu ibu, syukur mereka sangat jarang sakit dan demam. Sistem imuniti mereka kuat dan mereka membesar menjadi anak-anak yang cegas. Rindu pula zaman penyusuan dulu. Ehemm..

5 tips elak anak sakit di atas nampak biasa-biasa, tapi insyaAllah boleh dipraktikkan sebagai ikhtiar untuk elak anak-anak sakit atau demam.
Walaupun sekadar batuk dan selsema, sama-sama kita ikhtiar untuk elakkan. Sesekali mahu bercuti sempena cuti sekolah ni, janganlah sampai tergendala kerana masalah kesihatan pula.
Akhir kata, ibu ucapkan selamat bercuti. Semoga cuti sekolah kali ini dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat dan meninggalkan momen manis kepada kita sekeluarga.

Tips yang baik Zefa. Alhamdulillah anak2 yus pun jarang demam dan sakit, semoga mereka semua di beri kesihatan yang baik... ◕‿◕
ReplyDeleteRamai yang terlupa tentang perkara asas begini. Bila sekolah bercuti, mungkin mereka ingat semua aspek turut bercuti juga...hihihihi
ReplyDeletebagus tips2 tu zefa...teringat kisah thn lepas, akak hmpir trlepas peluang ke China gara2 kena denggi....adeh...tension sgt masa tu...Alhamdulillah Allah permudahkn.
ReplyDeleteSalam Zefa..bestnya g bercuti bwk anka2 bercuti.K.atie pon ingat nak bwk anak2 bercuti gak...mungkin bulan dis nanti kot :D
ReplyDelete