Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pejam celik, pejam celik harini dah hari ke 7 cuti sekolah. Setakat ni kami tak ada bercuti kemana-mana lagi. Macam ibu cerita dalam entry 5 Tips Elak Anak Sakit Supaya Perancangan Cuti Sekolah Tidak Tergendala, Ayah Yusuf hanya akan bercuti pada minggu hadapan (awal Disember). Jadi sementara tu, kami buat aktiviti harian sahaja.
Ibu dah senaraikan 5 aktiviti semasa cuti sekolah, dan setakatni kami dah buat 2 dari yang tersenarai. Pertama, kami dah pergi perpustakaan awam. InsyaAllah entry bakal menyusul.
Kedua, program masuk dapur. Hari-haripun masuk dapur sebenarnya, masuk dapur untuk makan. Cuma kalini ibu libatkan mereka sekali, jadi tak lah tau makan aje kan. Perancangan ibu, nak buat biskut atau sandwich. Tapi bahan tak cukup la pulak. Godek-godek kabinet dapur jumpa plastik aiskrim, maka terjadilah Projek Aiskrim Malaysia Cuti Sekolah.
Dua kanak-kanak yang teruja nak buat aiskrim sendiri. Yeay!
Ibu bagi mereka peluang bancuh sendiri. Kami buat aiskrim Tamar Coco campur Meal Shakes.
Komfom, ini aiskrim Malaysia yang penuh khasiat. Meal Shakes mengandungi nutrisi lengkap, menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Rasa vanilla yang sungguh yummy pulak tu..
Tadaaaa, dah siap. Ibu la yang bungkus, bukan mereka.
Dah siap, kenalah masuk dalam peti sejuk untuk bekukan aiskrim tu. Abaikan ye, kecomotan dan kesepahan yang mungkin anda nampak. Hihi..
Dan inilah hasilnya.. Aiskrim Malaysia perisa Tamar Coco bervanila.
Masa entry ni ditulis, dah habis pun aiskrim-aiskrim tu. Buat pun sikit dan tak banyak.
Masa entry ni ditulis, dah habis pun aiskrim-aiskrim tu. Buat pun sikit dan tak banyak.
Alhamdulillah, terisi juga waktu lapang anak-anak semasa cuti sekolah ni. Kalau tidak haruslah asyik menghadap tv dan handphone. Handphone Yusuf dah rosak pun baru-baru ni, jadi telefon ibulah yang jadi mangsa. Handphone Maryam pun dah retak skrinnya, tapi nasib baik masih boleh berfungsi. Alahai anak-anak..
Ibu-ibu yang singgah di Jemari Asmara, sudi-sudikanlah berkongsi pula aktiviti anak-anak kalian di bahagian komen. Kita berkongsi-kongsi idea dan pandangan..
Komen anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hingga jumpa lagi..
kalau bab masuk dapur ni, anak2 yus hari2 masuk dapur zefa. Dioarang mmg suka nak masak atau buat apa2 sendiril. Buat burger sendiri, buat ice blended sendiri, buat shakes sendiri,buat roti bakar sendiri, pastu suka benar buat scramble egg buat sandwich, yus yang tak tahan kadang sbb ada je nak masuk dapur, tp kemasnya tak betul...hihi. Kenalah yus yang berkemas sama, Ni yang rajin benar ni budak bertiga tulah, Aqil, Alia Abid, ketuanya Aqil, bila masuk dapur je semua di ajak.Tapi memang bagus, besar nanti harap tak kekok di dapur kan.
ReplyDeletekemain manis senyuman maryam..:)
ReplyDeleteseronoklah yusuf maryam ada aktiviti berfaedah masa cuti sekolah ni
sedapnya aiskrim malaysia :)
ReplyDeletebaru nak minta aiskrim tadi...la dah habis rupanya...hehe :D
ReplyDeleteSeronoknya budak2 tu bila diberi kepercayaan membuat sesuatu kan.. bw kesini.. dan join sekali blog ni # 1016.. salam kenal :)
ReplyDelete