Follower

Monday, August 11, 2014

Cuti Tanpa Gaji 5 Bulan; I'm a WAHM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semenjak dua ini ramai yang tertanya-tanya tentang status ibu Yusuf dan Maryam. Lebih-lebih lagi bila melihat post-post ibu di FB.

Asyik cerita pasal WAHM, cerita pasal SOHO, makin aktif berbisnes, FB pun bukan main aktif, cerita ambik hantar anak sekolah. Aik, tak kerja ke?

Maka jawapannya adalah seperti di atas. Ibu mohon cuti tanpa gaji selama 6 bulan, tetapi kelulusannya lambat diterima  sebab permohonannya pun dibuat last minute. Selama belum dapat kelulusan ibu masih berkerja, sudahnya hanya tinggal 5 bulan sebab ibu mohon cuti sehingga 31 Disember 2014. 

InsyaAllah, ibu tinggalkan dulu gelaran wanita berkerjaya dan sekarang seorang surirumah sepenuh masa. Atau lebih tepat ibu yang berkerja dari rumah.

Ye lah, ibu dah kehilangan sejumlah pendapatan bulanan tetap selamani yang bukan sikit (bagi ibu).. Selamani berkongsi komitmen dengan suami. Tiba-tiba terputus sebahagian, susah juga jika tak ada pendapatan lain. Maka menjana pendapatan dari rumah adalah perlu.

Mana yang dah tahu tentang isu cuti tanpa gaji ni rata-rata bertanya. Kenapa? Nak fokus pada Shaklee ke?

Jawapannya; geleng, geleng, geleng..

Ibu ambik cuti sebab nak merasa jadi seorang ibu dan isteri yang duduk di rumah. Nak fokus dan memberi tumpuan kepada keluarga. Sejak habis belajar 13 tahun yang lalu, 11 tahun menjadi isteri, 10 tahun bergelar ibu, memang ibu tak pernah berhenti dari berkerja. Cuma pernah merasa cuti panjang selama 2 bulan sebanyak 2 kali. Iaitu masa bersalinkan Yusuf dan Maryam..

Sekarang ni keinginan nak duduk di rumah tu tak dapat nak dibendung lagi. Meluap-luap dan akhirnya nekad hantar surat permohonan cuti tanpa gaji. Alasan dalam surat memang ibu tak buat alasan lain, sebab nak beri tumpuan pada keluarga. Alhamdulillah, Ketua Jabatan bagi sokongan dan diluluskan oleh pihak Ibu Pejabat.

Semua yang terjadi dengan izin Allah swt. Keputusan yang dibuat tiba-tiba je walau keinginan dah lama.

Sekarangni masih dalam fasa huru hara lagi. Hihi.. Sedang membiasakan dan mendisiplinkan diri. Ye lah, sendiri bos, sendiri perkerja. Tak ada punch card. Kalau tak disiplin, memang hanyut..

Doakan ibu dapat membiasakan diri ya..

Berbalik kepada isu Shaklee, ibu tak ambik keputusan cuti lama sebab nak buat Shaklee. Selamani dengan berkerja pun ibu tetap boleh jalankan bisnes. Cuma pendapatan dengan bisnes Shaklee memberi peluang untuk ibu meneruskan kehidupan dengan kewangan yang stabil walaupun bakal kehilangan sejumlah pendapatan tetap. Faham ke faham? Hihi..

Okeylah, rasanya entry ni dah cukup jelas membongkar kemushkilan beberapa teman. Diringkaskan cerita, ibu ambik cuti tanpa gaji selama 5 bulan dengan tujuan memberi tumpuan kepada keluarga. Semasa tempoh bercuti, ibu tetap akan berkerja untuk menjana pendapatan dari rumah.

Jadi secara rasminya, ibu kini adalah seorang WAHM (working at home mother). Alhamdulillah.. 


Sekadar gambar hiasan.. Wajah ceria seorang WAHM walaupun gambarnya blurr. Selfie la kononnya. Hihi..

7 comments:

  1. Tahniah kak...semoga lebih berjaya slps ni...

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti ibu!!
    wakudoki untuk ibu :)

    ReplyDelete
  3. tahniah ibu.. alhamdulillah.. dapat merasa jugak WAHM...

    ReplyDelete
  4. cuti tanpa gaji selama 6 bulan ea?
    waahhhh boleh dpt approval gak ea?

    ReplyDelete
  5. Slm. Slmt hari raya zefa :) moga keputusan yg d buat dapat memenuhi hajat d hati ;)

    ReplyDelete
  6. semoga setiap keputusan yang dibuat mendapat balasan yang setimpal, semoga Zefa terus success!!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    . Apa2 pom kputusan semestinya tbaikbuat keluarga kan.. hargai sepenuh msa y ada slama bcuti ni..kenali sepenuhnya anak2. Lya btl2 cuti hampir 3-4 bln start mac baru2 ni.. tu pom sbb eksiden.. tp lain rasanya sbb kt dlm sakit kan bbnding ct dlm sihat.. byk pkara sgt y blh kt buatkan

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...