Follower

Sunday, April 8, 2012

ASYIK BER'HENGLISH'..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Entry larut malam.. tara kuca ca, tara kuca ca.. Hahaha.. Pancasitara la pulak dah. Tak tahulah, sempat ke tidak publish entry ni sebelum menjelang Ahad. Lagi beberapa minit je lagini nak bertukar hari..

Sebelum ibu Yusuf membebel-bebel lagi, ibu nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada sahabat-sahabat yang LIKE gambar penyertaan ibu yang dianjurkan oleh UK Store. Memang sayang sangat kamu-kamu semua..

Err.. dan buat yang belum tu, sudi-sudilah support ibu Yusuf ye. Klik sini dan LIKE gambar ruang tamu kedua rumah ibu tu ye. Ibu dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Balik pada tajuk, seharianni ibu kerja mengemas je. Sambil-sambil kemas, sambil mengintai ESDG @ FB. Mencari inspirasi.. Tu yang mood henglish menguasai diri hari ni.

Alang-alang dah mengemas tu, teruslah snap-snap gambar nak join contest anjuran FB UK Store. Hari tu ibu menang sepasang cawan dari UK, mana tahu ada rezeki menang baucer bernilai RM300.00 pula.

Kalah menang adat bertanding, tapi kalau tak cuba mana nak tahu kan? Cuma ibu Yusuf belum bersedialah nak jadi comper tegar. Ibu Yusuf ni comper kecil-kecilan je.

Nak dijadikan cerita. mood berhenglish tu kekal sampai ke malam. Mana tidaknya, teruja dengan kesudian teman-teman yang sudi klik like.. Ibu peserta pertama dan terawal tau. Setakat entry ni di tulis, penyertaan ibu dah dapat 47 like. Alhamdulillah..

Tapi ada sebulan lagi. Bila-bila masa je peserta baru akan potong. Jadi redha ajelah..

Mood henglish punya pasal, malam ni minum teh pun dalam cawan henglish juga. Hahaha.. layannnn..



Tapi teh tu tetap rasa teh.. cuma feel tu mengada lebih. Kihkihkih..

Terima kasih kerana sudi membaca kemerepekan ibu Yusuf dan Maryam di tengah malam nan indah ni. Tapi mesti kamu semua baca besok kan?

Jumpa lagi..



9 comments:

  1. Replies
    1. Wiii.. ada member sama2 belum tido.. :D

      Delete
    2. Akak dh like mlm tadi..
      Moga kali ni Zefa menang lagi..
      Nampak gaya minat kita sama.. Selain pml, akak juga suka hias rumah dgn gaya inggeris

      Delete
  2. Heheheh... Saya esoknya la kan.....
    Gud luck ;)

    ReplyDelete
  3. cantik umah dia...semua ala-ala english...

    ReplyDelete
  4. dh like......moga berjaya....

    ReplyDelete
  5. saya suka tengok tp utk dekorasi rumah suka yang simple2 je. hehehe...

    ReplyDelete
  6. sokong kak zefa.semoga murah rezeki.Amin..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...