Follower

Friday, October 5, 2012

ADIBAH AMIN aka CIKGU BEDAH @ ADIK MANJA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ingat lagi watak Cikgu Bedah lakonan Adibah Amin dalam filem Adik Manja? Alaaa.. filem tentang remaja sekolah perempuan lakonan Noor Kumalasari dan Dharma Harun Al Rashid tuuu. Filem tu ditayangkan dipawagam pada zaman 79 dulu. Masa tu ibu Yusuf baru berumur setahun. Hehehe..

Tapi ibu tengok cerita tu masa dah besarlah, cerita tu ditayang di tv. Masa tu ibu dah sekolah rendah dah. Sebab masa kecik-kecik kami tak ada tv. Orang susah katakan..

Semalam, masa ibu godek-godek FB ibu jumpa page Adibah Amin yang ditadbir oleh anak saudaranya. Baru ibu tahu, dia menderita sakit angin ahmar sejak Ogos 2007, dah lama sakit rupanya. 
 

Gambar diambil dari FB beliau.

 Terbaru, Adibah Amin diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012. Dalam usia 76 tahun, wajahnya jelas semakin dimamah usia, tapi masih jelas mebayangkan Adibah Amin yang dulu dengan trademark cermin mata bulat besarnya.


Ibu salinkan di sini sedikit biodata tentang Adibah Amin yang ibu ambil dari Wikipedia.
Adibah Amin (lahir 19 Februari 1936) ialah seorang ahli akademik, ahli bahasa, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, dan pelakon Malaysia. Sri Delima merupakan nama penanya. Karya-karyanya termasuk tiga buah novel dalam bahasa Melayu (Bangsawan Tulen, Seroja Masih Di Kolam, Tempat Jatuh Lagi Dikenang) bersama-sama dengan lebih kurang 200 drama radio ("Hanya 10 adalah baik", beliau berkata dengan rendah hati kepada majalah Asiaweek), dan sebilangan cerpen pendek. 

Dalam bahasa Inggeris, beliau menulis untuk akhbar The Star, dan kini paling diingati untuk ruangnya "As I Was Passing" yang ditulis semasa beliau bertugas dengan akhbar New Straits Times. Terbaru, pada November 2006, Adibah melahirkan novel pertamanya di dalam Bahasa Inggeris, "This End of The Rainbow" yang memaparkan sebuah fiksi tentang kehidupan mahasiswa sekitar tahun 50an. 

Novelnya "Seroja Masih di Kolam" telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jepun dengan judul "Surojya No Hana Wa Mada Ike Ni (1986)." Adibah juga turut menterjemahkan karya-karya sastera besar Malaysia termasuklah No Harvest But Thorns tulisan Sasterawan Negara Malaysia, Shahnon Ahmad (judul asal Ranjau Sepanjang Jalan) dan Jungle of Hope (tulisan SN Keris Mas, judul asalnya, Rimba Harapan). Sehingga tahun 2006, Adibah masih giat menulis terutamanya mengenai artikel-artikel pendidikan di suratkhabar (The STAR).

 Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, dengan nama Khalidah Adibah bt Amin, ibunya, Tan Sri Zainon Sulaiman atau lebih dikenali sebagai "Ibu Zain" merupakan seorang pejuang kemerdekaan terhadap penjajah British bersama-sama Tunku Abdul Rahman dalam UMNO, dan tidak mahu ahli-ahli keluarganya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Ibunya hanya bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anaknya, dan menghantar mereka ke sekolah Melayu dan Arab.
Ketika berumur sepuluh tahun, Adibah mendaftar masuk ke sekolah bahasa Inggeris. Sekolah itu hanya membenarkan murid-muridnya bertutur dalam bahasa Inggeris. Pada mula-mulanya, beliau menghadapi banyak masalah untuk berbuat demikian, tetapi buku-buku bahasa Inggeris, dengan gambar-gambar yang menarik, menawan hatinya.

Sekian.

6 comments:

  1. minat tgk lakonan dia dalam adik manja tu....tahun 79?...

    ReplyDelete
  2. ptut mcm familiar sgt2..rupenye cte adik manja tu...hehe....syabas pd beliau...satu lg insan yg boleh djadikn idola utk berjaya :)

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah kak

    saya follow sini

    comel anak2 akak :)

    ReplyDelete
  4. memang ingat sangat dia... cikgu bedah... dulu time tengok citer adik manja tu, lakonan cikgu bedah yg serius tu.. ingat sangat... hmmmmm dah jadi tokoh terjemahan negara 2012... tahniah buat beliau..

    ReplyDelete
  5. Garang sungguh cikgu bedah ni dulu hingga menjadi ikutan.. ejekan...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...