Follower

Wednesday, October 3, 2012

MAKAN-MAKAN @ RESTORAN LAWANGSARI SEKSYEN 7 SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dah 2 hari ibu tak masak. Malam semalam makan kat luar, malam tadi bungkus makan kat rumah. Emmmm, 'rajin'nya dia. Kan? Hahaha..

Okey, abaikan 'kerajinan' ibu Yusuf itu. Dia saja buat macam tu, supaya selepas entry masak-masak, ada pula entry makan-makan. Kan? (Haha.. alasan baik punya..)

Isnin malam Selasa, kami 4 beranak dengan penuh semangat berombongan ke rumah Seksyen 7 dengan niat hati nak cat rumah. Walaupun ibu tahu, dengan membawa budak-budakni nak buat kerja, mesti kecoh jadinya. Tapi ibu suka dengan semangat mereka nak membantu. Teruja sungguh mereka nak tolong ayah cat rumah. Jadi sebagai tanda galakan terhadap semangat mereka tu, ibu belanja mereka makan. (Belanja ayah sekali supaya lebih semangat nak mengecat.. hihi..)

Kami makan dekat-dekat rumah sahaja, cuma ibu tak ingat blok apa. Dan ayah pilih nak cuba makan di restoran ini..

v

v

v

 Restoran Lawangsari


 Nak cerita pasal jalan ibu tak berapa nak tahu. Tapi ni lah alamatnya..


 Menu minuman.. 

Harga 'boleh tahan' tapi sesuai dengan apa yang dihidangkan dan banyak pilihan. Dari air yang biasa-biasa hinggalah air yang agak luar biasa. Air 'dinasor' pun ada. Gambar dimenu bukan lagi menarik, Maryam order main tunjuk gambar je. Tengoklah nanti apa yang dia order..



 Ini menu makanan. Menu ni ibu copy dari FB LawangSari Restaurant.. Tapi macam sepi je FB dia.

Kalau tengok macam sama je kan dengan menu restoran lain, tapi bagi ibu restoran ni ada kelebihannya sendiri. Nasi gorengnya agak pelbagai, dan nama yang diberikan buat kita rasa tertarik nak cuba. Restoran ni juga menyediakan hidangan-hidangan ringan atau sampingan yang menarik. Bila Maryam kata tak nak makan, laju je pelayan tanya; "nak nugget?". Laju je lah si Maryam jawab nak. Sudahnya, ada cerita lain di bawah. Huhuhu..



 Dari kiri teh o ais untuk Yusuf, jus durian belanda untuk ayah dan milo dinosour untuk ibu. Alaaa.. milo tabur sebenarnya. Tapi mereka bijak meletakkan nama.. Ibu nak order air teh dangdut sebenarnya, tapi tak adalah pulak.



 Ice blended yang mengiurkan untuk Maryam. Yang nilah dia order main tunjuk gambar. Lepas tu bila sampai je air dia komplen, tak sama pun macam dalam gambar. Hahaha..



 Slurrrrpppppp.. Bersungguh-sungguh Maryam menikmatinya..



 Ini ibu yang punya. Nasi goreng Lawangsari..

Nasi goreng yang dihidang dengan daging masak kicap dan cendawan goreng tepung. RM6.00 sepinggan.. Ibu rasa berbaloi dengan harganya. Sedap..



 Nak sikit abang..

Inilah perangai Maryam. Mula-mula kata taknak makan, lepas tu order nugget. Bila ketiaw goreng abang sampai dia nak yang abang punya. Sudahnya order lagi.. nasib baik servis dia cepat juga. Kalau tak harus mengamuk budak bertuah ni. Kesian nugget tu hanya dipandang sepi..

Ayah order apa ibu tak ingat namanya. Tapi spesis nasi goreng jugalah. Tak sempat nak snap gambar dan tak sempat nak 'cukai' sikit. Tapi ayah kata sedaplah juga. 



 Meja dan kerusi yang nampak unik..  

Hiasan dalam restoran juga menarik. Ringkas sahaja, tapi ada identitinya sendiri. Ada lagi beberapa pic yang ibu ambil, tapi blur. Almaklum, kamera kompak biasa-biasa.

Restoranni terletak di kawasan pelajar tinggal. Jadi ramai pelanggannya anak-anak muda, malam tu hanya kami yang berkeluarga. Tapi suasana restoran agak kondusif, tidaklah hiruk pikuk macam di restoran mamak. 

Jumlah kami makan malam tu RM40.00 ++, bunyinya agak mahal untu sekadar makan nasi goreng dan ketiaw goreng. Kan? Tapi tengoklah juga air apa yang diorder, ada nugget pulak lagi.

Secara keseluruhannya, ibu suka restoranni. Boleh pergi lagi dan ibu cadangkan pada kawan-kawan semua untuk datang. Cuma dengan yang tidak biasa di sini mungkin sedikit 'pening' dengan cara penduduk di sini letak kereta. Almaklum, bawah kedai, atasnya rumah.

Okey, sampai di sini dulu. Habis je buat entry ni ibu rasa lapar lah pulak. Jumpa lagi!! 


9 comments:

  1. nasib baik abg yusuf layankan aje adiknya tu....hehe.... sumenya buat izan yg tgk pepagi buta ni terliur.

    ReplyDelete
  2. salam,
    Bestnyer, ada dinasour :)
    Pemilik kedai yang kreatif..
    agak2nye camaner yer teh dangdut?

    ReplyDelete
  3. dah lama saya tak turun shah alam jalan2.

    p/s: kak, hadiah dah sampai tp kat kampung. lagi dua minggu br blh balik tgk hadiah. mekasih ye kak.

    ReplyDelete
  4. macam best je..tgk le nanti boleh rekomen pada family klau nak p jalan2 cari makan..hehe

    ni buka malam2 je ke?

    ReplyDelete
  5. As salam Kak Zefa,

    Nama hidangan memainkan peranan jugak kan...Mmg unik nama2nye tu... Bagi Marya agak murah juga harganye tu bg 4 org makan.. :))

    ReplyDelete
  6. nmpk menarik...kne try nih..hihi

    ReplyDelete
  7. Salam Zefa..mmg unik nama mknanya kan..mngamit kita nk mencubanya.hihi

    ReplyDelete
  8. Menggoda sungguh.. nasib baik jauh.
    Kalau nak bersaing dlm perniagaan ni mmg kena kreatif.

    ReplyDelete
  9. harus masukkan dalam senarai restorang yang mesti dikunjungi kalau balik Shah Alam ni :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...