Follower

Monday, October 8, 2012

CATATAN POPULAR @ JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Isnin datang lagi, terasa putaran masa sungguh cepat berpusing dan berlalu. Semoga hari ini semua ceria-ceria ya.. Tak mahu lemau-lemau okey..
Hari ini juga bermula minggu peperiksaan bagi anakanda Yusuf dan Maryam. Semoga Allah swt permudahkan anak-anak ibu menjawab semua soalan. Ibu doakan semoga anak ibu bukan sahaja berjaya dalam peperiksaan, juga semoga berjaya dalam kehidupan didunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..
Semalam, ibu buat entry tentang Deco-deco dapur. Terima kasih pada yang memberi pujian. Tapi biarlah ibu berterus terang ya (dan ada sebut dalam entry semalam). Bukan keseluruhan dapur ibu kemas dan berdeco macam tu. Ada juga bahagian-bahagian yang masih belum sempat kemas. Ibu tunjuk bahagian yang dah kemas je tu.. Hehehe..
Dan.. (sebab Mira Adzlia komen kalau dapur macam tu sayang nak masak), ruang yang ibu tunjuk tu bukan tempat ibu masak-masak tau. Itu lebih kepada ruang makan sebenarnya. Kalau tunjuk tempat masak, habis semua orang pengsan. Tonggang langgang. Hahaha..
Dan.. walaupun deco ibu tu tak seberapa, ibu harap entry tu boleh memikat 'En Google' sebagaimana entry deco-deco yang lain. Setakatni, 4 entry berkaitan deco-deco berjaya menyelitkan diri ke Catatan Popular @ Jemari Asmara selain 3 entry resepi, entry Petua Sakit Gigi dan entry Bayaran Masuk Wet World. 


Ini adalah statistik yang memaparkan paparan halaman 9 entry paling popular di Jemari Asmara sejak November 2010 hingga sekarang. Jumlah paparan yang mungkin sedikit bagi blogger lain, tapi hakikatnya entry-entry itulah yang membantu menstabilkan UV Jemari Asmara lebih-lebih lagi bila tak update langsung.

Ibu berblog untuk suka-suka, tapi ibu rasa seronok dengan pencapaian Jemari Asmara sekarang. Biarlah Nuffnang tak bagi CPUV pun (bunyi macam merajuk tak? haha..), tapi bila UV Jemari Asmara semakin meningkat ibu bahagia je.. (tapi harap-harap Nuffnang bagi lah ye.. Haha.. Nak jugak sebenarnya..)

Okey, sampai di sini dulu catatan ibu untuk harini. Semoga ibu diberi kerajinan untuk update blog hari-hari.

Sampai jumpa lagi.. :D 

 

8 comments:

  1. aah kak...skang sume nk carik idea2 deko best...

    ReplyDelete
  2. hihi....yeke?tgk2 lg cantik drpd yg akak tnjuk tu..hihi

    ReplyDelete
  3. betul2..berblog utk suka2..tpi kita suka kalo org tngok blog kite

    ReplyDelete
  4. kami dapat idea baru nak deko umah ,tukar suasana sekali sekala...

    ReplyDelete
  5. Tahniah ye kak.. Pencapaian yang baik..

    Hmm..sebenarnya Nur memang tak kisah sangat pun dengan duit dari Nuffnang tu.. Kalau ada satu bonus.. Apa yang pasti, Nur suka berblog untuk isi masa terluang dan release tension.. Satu lagi kita boleh dapat banyak ilmu dan juga rakan yang baik dan ikhlas berkawan. Betul kan kak?

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...