Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang
Kita deco-deco lagi ya.. Ibu Yusuf sudah kena sawan mendeco nampaknya. Kah kah kah.. Semangat menghias rumah tiba-tiba meluap-luap semenjak duani. Penangan pindah pejabat, kemas-kemas harta pejabat, balik rumah pun asyik nak mengemas je. Hahaha..
Tapi maaflah, balik-balik ruang yang sama juga ibu tunjuk. Ye lah, rumah kita kecik, pusing-pusing situ juga. perabotnya pun tak bertambah-tambah, yang itu juga. Cuma tulah, kadang-kadang tukar kedudukan perabot, kadang-kadang tukar aksesori apa yang patut.
Baru-baruni ayah cuci karpet. Bukan cuci sendiri pun, tapi bawa pergi kedai basuh kereta. Kemudian apa terjadi ibu tak tahu.. 2-3 hari kemudian karpet balik dah bersih.
Karpet lama baru cuci, tapi tuan punya karper buat-buat macam dapat karpet baru. Hahaha.. Walaupun sekadar anggapan palsu, ianya secara langsung meniup semangat dan motivasi untuk memanggil sawan mendeco datang. Hahaha.. bengong sikit ayat-ayat ibu Yusuf malam ni. Memang sawan sungguh agaknya.
Okeylah, sebelum ibu lebih melalu-lalut, moh lah tengok gambar-gambar tak seberapani.. Sebagai perbandingan, boleh klik Idea Dekorasi Ruang Tamu untuk dekorasi yang lepas-lepas.
Ibu tak tukar apa-apa kedudukan perabot pun, cuma ibu serikan dengan hamparan dan cushion quilt warna merah jambu. Ala-ala shabby chic gitu..
Dari dulu lagi ruang ni memang tak ada meja kopi. Kalau tetamu datang biasanya ibu hidang air di meja makan khas untuk tetamu..
Whing chair pun ibu serikan dengan quilt runner. Runner tu untuk meja sebenarnya, tapi ibu letak situ nampak cun aje. Belasah je lah..
Kali pertama ibu jumpa quilt ni terus jatuh hati. Harganya mahal sikit dari yang selalu ibu jumpa, tapi berkenan punya pasal ibu beli juga. Jangan tanya harga ya, ibu dah lupa..
Fabric cupcakes mengambil tempat di sini. Mula-mula nak letak kat dapur, tapi dah penuh dah, tumpang jelah dulu di sini sehingga ibu rajin mengubahnya semula..
Banyak lagi benda yang ibu nak ubah dan tambah sebenarnya.. Macam dinding, banyak lagi yang lapang dan kosong. Tapi nanti-nanti lah dulu, cukup dulu dengan apa yang ada. Kalau tambah pun, ibu tambah sikit-sikit je.
Lagipun, bak kata ayah Yusuf, ibu ni rajin mendeco aje. Mengemas , memvakum, mengemop, buang habuk tak berapa rajin. Siapa yang kena buat? Ayah Yusuf juga. Hehehe.. Jadi hias biasa-biasa ajelah ye, kalau banyak sangat aksesori, banyaklah habuk yang akan menyinggah.
Bukanlah nak membuka pekung didada, tapi ibu jujur. Sebelum ada yang puji 'kemasnya rumah', biarlah ibu berterus terang. Ayah Yusuf yang rajin mengemas terutama vakum. Errr, tapi bab deco tetap sentuhan ibu lah. Kalau ayah yang deco, memang lapang boleh main bola rumah ni..
Okey, sampai di sini dulu deco-deco bersama Ibu Yusuf (berangan nak jadi Eric Leong.. Kih kih..) Hingga jumpa lagi..
Wasaalam..
Rajinnya tuan rumah. Dalam sibuk2 masih sempat deco-mendeco. Dari dulu mmg suka tgk dekorasi rumah Zefa. Cantik & tak sarat hingga menyesakkan mata..
ReplyDeleteSalam...rajinya mengemas rumah....nampak simple tapi menarik dan mendamaikan.
ReplyDeletecantiknye..teruja gitu..hehe
ReplyDeletepandai mendeco rupanya - jom tolong deco umah kte pulak
ReplyDeleterajin mengemas zefa ni. Yus kalau letak hamparan, quilt macam tu, habis berterabur kot.Arif tak boleh nampak, asyik nak di main je...huhu
ReplyDeletecantik..curi idea tang console table n cermin 2 bleh x hehehe
ReplyDeletecantik kak :)
ReplyDeleteAs salam Zefa,
ReplyDeleteOrang lelaki sekali mengemas mmg semua dia nak buatkan...untunglah Zefa :))
Marya setakat ni takde lagi brg2 nak english decoration ni... ade yg dah tertinggal kat Msia pun... bg2 kat org... Skrg ni nak mula balik tp kalau tgk keadaan rumah mcm tak sesuai pulak... nak beli pun mahal sgtlah kat sini... jd pendam hasrat di hati je lah :))
deko2 akak dh brkubur sejak kesibukan melanda....blk rumah terus tumbang....huhuhu.....
ReplyDeleteApapun cantik cuma gmbar yg zefa edit tu xbegitu clear la picnya......
Gya english style..cantik..fyzz suka...
ReplyDeleteCantiknya dekorasi rumah akak.. Memang ada bakat terpendam.. :)
ReplyDeleteWahh..cantiknya..hehe
ReplyDeleteBleh tanya ,quilt kak zefa beli dekat kedai mana ye?
tq
p/s: Cantik kain batik hadiah GA akak dulu, sayang pulak rasanya nak potong buat baju..huhu
anyway, time kasih banyak ye, jasamu dikenang
alamk...ini yang makin tak sabar nak datang rumah k.zefa hehe
ReplyDeleteitu namanya kerjasama. hahaha..
ReplyDeleterajinnya. MA suka juga, tapi, suka frame dan cermin. mmg byk frame! deco2 ni, tak pandai...
cantiknya...suka tengok...
ReplyDeletegerammmmm...bilelah kwsp nk benti potong nih..nk deco2 bilik anak bujang dgn kabinet dapo..semak betul tgk rumah sndiri hehehe
ReplyDelete