Follower

Tuesday, January 18, 2011

Aku Ini Wanita..

**********

Aku ini wanita.. punya cerita bahagia, punya kerjaya, punya hobi.. yang aku kongsi bersama melalui Jemari Asmara.

Aku wanita pencinta..

Indahnya hidup sebagai wanita.. mengecap manisnya nikmat Ilahi bila merasai nikmat cinta. Syukur Ya Allah, Kau kurniakan kepada aku seorang lelaki yang menyirami ku dengan bahagia. Aku kini wanita bergelar isteri kepada seorang suami.

Aku wanita pengasih..

Sakit itu tidak tergambar dengan kata-kata.. tapi kerana aku seorang wanita.. sakit itu adalah nikmat bagiku. Syukur Ya Allah, Kau kurniakan kepada aku rezeki tak terhingga. Aku kini wanita bergelar ibu.. seorang putera, seorang puteri..

Aku wanita punya kerjaya..

Bukan itu yang dibanggakan.. namun Syukur Ya Allah, Kau beri aku rezeki ini.. Aku tahu dia mampu.. namun inilah sumbanganku pada lelaki yang aku cintai..

Syukur Ya Allah.. kerana aku seorang wanita..

Aduhai insan bergelar lelaki.. panjatkanlah doa ini..



"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).

****************

Kenapa ibu berbahasa pujangga ni? Hmm.. saje-saje luah perasaan, joint segmen di blog sorang pakcik glamour tu.. kawan-kawan nak joint juga? klik je sini..

v

v

v




En Ben: Sy letak header BA kat bawah.. tak apeke?

No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...