Follower

Sunday, January 23, 2011

Maryam dan Berus Cat..

*****

Semalam.. sabtu.. cuti. Ibu melepas gian dengan aktiviti-aktiviti decoupage. Mula-mula, ibu berjaya siapkan signage bilik tidur Maryam Nabihah. Petang sikit.. ibu mula mengecat kotak kunci pula.

Tapi, hmmm.. ada pembantu tak diundang. Sibuk nak mengecat juga.. mula-mula ibu tak bagi. Tiba-tiba teringat n3 dari blog eliza yang memberikan tips memegang pensil dengan betul. Mungkinkah ini juga salah satu cara untuk merangsang perkembangan pergerakan psikomotor halus? Jadi, ibu pun layan ajelah kehendak 'pembantu' ibu tu..

Alhamdulillah, sebenarnya Maryam Nabihah sudah boleh memegang pensil dengan agak betul sejak berumur 2 tahun lebih lagi.. semuanya bermula apabila dia akan buat apa yang abang buat.. Yusuf Nabhan mula bersekolah semasa Maryam Nabihah berusia 1 tahun lebih..

Mari kita intai puteri ibu yang kidal itu..

 Ups.. cekci.. nasib baik boleh tutup sikit.. hehe..

 Tenyeh je lah dik atas surat khabar tu.. kawan-kawan, jangan diintai lantai tu ye.. ini wet kitchen.. faham-faham je lah.. hehe..

Inilah projek dalam pembikinan ibu..


***************

9 comments:

  1. guna cat aper ekk?cantik kaler putih tuu

    ReplyDelete
  2. Rusz.. untuk decoupage kak zefa guna gesso.. yang anak buat main tu lebihan cat dinding rumah.. hehe..

    ReplyDelete
  3. waaah projek baeeek punya ni..hehe..sweet kaler putih bersih gini.. ^_^

    ReplyDelete
  4. eina: tak tau lg tu.. nak biar putih atau nak tepek bunga.. ada cadangan? :-)

    ReplyDelete
  5. Maryam nak ikut jejak ibu dia tuu..bagus la anak beranak kongsi minat yg sama :-)

    ReplyDelete
  6. kak, buat corak bunga sket2 kt sebelah atas & bwh,tp jgn penuh sgt nnti serabut, hehe..

    maryam nabihah kidal ye? dpt dr mana tu? unik tu....hehe...

    ReplyDelete
  7. LL:bagus juga kongsi minat dgn anak kan.. tapi cepat habislah cat ibu nampaknya

    ReplyDelete
  8. Khairin: bukan maryam je kidal, yusuf pun kidal juga.. keluarga terdekat xde yg kidal..

    Thanks bg cdangan.. setakatni masih terbengkalai.. hehe..

    ReplyDelete
  9. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...