Follower

Saturday, January 22, 2011

Membawa Anak Tiada masalah Gigi Ke Klinik Gigi: Perlukah?

********

Assalamualaikum.. Hari Sabtu yang ceria.. Hari ini kami bawa Yusuf Nabhan berjumpa Dr. gigi.. Tiada apa-apa masalah besar sebenarnya.. tiada rongak, tiada gigi hitam.. cuba gigi dia kecik-kecik.. jadi nampak jarang-jarang sikit. Kadang-kadang dia mengadu makanan terselit pada gigi.

Alkisah.. minggu lepas gigi susu Yusuf Nabhan mulai tertanggal. 3 batang gigi telah tercabut dalam masa seminggu. Sebagai ibu bapa yang hanya mendapat maklumat dari pembacaan, kami memerlukan seseorang yang arif untuk memeriksa gigi anak kami.

Maka kami ke sini..

v

v

Klinik Pergigian Daroyah, Seksyen 18 Shah Alam..

Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah dengan gigi yang telah tertanggal. Dr. juga memberi beberapa nasihat untuk dijadikan panduan. Tetapi Dr. telah mengesan satu lubang kecil di gigi geraham atas Yusuf Nabhan (sebab tu makanan selalu terselit). Sudah selamat ditampal dengan kemasnya..

Jadi, kejadian ini mengukuhkan pendapat ibu.. bahawa membawa anak ke klinik gigi walaupun tiada masalah adalah perlu. Sebab, kadang-kadang kita tidak sedar ada masalah pada gigi anak-anak kita. Ibu terasa kesal juga, kenapa ibu tak cek betul-betul gigi Yusuf Nabhan sebelum ni..
Lupa nak tanya nama Dr. tadi.. (Dr. perempuan). Secara peribadi, saya berpuas hati dengan perkhidmtan yang diberi. RM30.0 sahaja bayarannya..

Err.. ibu tak pernah pergi klinik gigi kerajaan. Kawan-kawan macammana?

3 comments:

  1. itu yg keperluan membuat pemeriksaan gigi stp 6 bln kan..kita bukan tau kondisi dlm gigi anak tu..

    pernah pergi klinik gg kerajaan masa peknen dl, buat syarat kena buat pemeriksaan gigi je..seb baik takde mslh, diorang just cuci gigi jerlah..

    murah eh RM30 jer..

    ReplyDelete
  2. Eina: tak taulah tu biasa atau murah.. tp tampalan tu secoet je pun.. kak zefa suka 1 klinik gigi di Subang perdana.. Klinik Aziz dan Anita.. lembut sgt2 dr dia.. suami isteri..

    ReplyDelete
  3. sangat-sangat setuju... Barulah anak tak takut bila berhadapan dengan dentist...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...