Rutin baru bagi anakanda ibu bermula.. sekolah pagi dan petang. Pagi, alhamdulilah Yusuf Nabhan berjaya mengharungi sesi paginya dengan jaya.. tabung telah terisi RM2.00 sebab harini ibu bawakan bekal.
Petang, sesi pendaftaran untuk sekolah agama. Rumah kami agak jauh dari Sekolah Rendah Agama (SRA), jadi ayah mengambil keputusan untuk hantar Yususf Nabhan ke KAFA Integrasi. Sukatan pelajarannya sama, cuma berbeza dari segi pentadbiran. SRA terus di bawah JAIS, KAFA Integrasi ni.. kira sekolah rakyatlah, tetapi bernaung di bawah JAIS. Yuran juga sedikit berbeza.. mahal sikitlah sekolah anakanda ni. (Ada sapa-sapa nak komen? Kut-kut ibu salah bagi kenyataan..)
Sesi kelas bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.. seperti biasa kita layan gambar je lah ye..
Kali ini Yusuf Nabhan dapat duduk depan sekali..
Ayah menunggu giliran nak bayar yuran..
RM yang perlu dijelaskan..
Adik dengan aktiviti sendiri.. hujan renyai-renyai..
Hmm.. habis comot dan lunyai payung ibu..
Ibu-ibu.. bapak-bapak yang skodeng anak-anak..
Balik time.. terima kasih Ustazah..
Kawan-kawan.. ada kawan FB ibu kata perasaan bahagia seorang ibu hantar anak sekolah tu biasa je.. bagi ibu luar biasa.. perasaan bahagia anugerah Allah yang tak dapat dijual beli.. lagi-lagi anak sulung kan? Hmm.. apa komen kawan-kawan?
oooh eina belum merasai nikmat tu..tp memang diakui sure akan sgt2 berharga dan akan terasa somthing different..hanya para Ibu je merasainya..pasti! ^_^
ReplyDeleteSalam mamlieyna.. yez, betul. Hanya ibu memahami hati seorang ibu.. kawan FB tu dr golongan bapak2.. hehe..
ReplyDeletesalam...aina pun sangat teruje bile hantar anak ke sekolah...mcm nak nangis pun ade...hehe...
ReplyDeleteWsalam aina.. agak2 ada tak ibu yg x teruja? tak ade rasanye.. :-)
ReplyDeletesalam kak,lama tak dtg sini..tak sempat hehe.
ReplyDeletemmg bahagia dan teruja sgt2 kak bila hntr anak ke sekolah buat pertama kali.mcm izan ni,biarpun dah dua tahun anak izan sekolah (start umur 4thn) tp tiap2 kali nak buka sekolah,teruja betul nk hantar dan dengar cerita dia lps blk sekolah hehe.
pastu nk bgtahu,brooch akak yg sgt deboom n cantik sgt2 tu dah smpai...mekacih kak!!!!~
betul tu, pengalaman hantar anak sulung kat sekolah memang rasa lain...anak seterusnya kureng sikit la kot.
ReplyDelete