Follower

Friday, January 28, 2011

Kalau En. Ayah Nak Berpoligami.. Ibu Izinke?


Assalamualaikum wbt..

Awas! Ini adalah n3 yang mampu menimbulkan gangguan emosi. Sila fahami bahawa ini adalah andaian hati saya. Tolong jangan timbulkan kontroversi.. Gulp! Muqaddimah yang menakutkan.

Semua ini bermula (dah lama dah) bila ibu baca satu n3 Ustaz Love bertajuk, Poligami: Huru-Hara?

Ibu saja-saja komen:

v

v

v


Tau apa Ustaz Love jawab balik?

v

v

v

Sabar je lah Ustaz Love tu.. Pastu ibu jawab balik..

v

v

v

Bergurau pulak lah Ustaz Love ni.. huhu..

Baiklah, itu sebenarnya hanyalah komen meninggalkan jejak di blog Ustaz Love.. tetapi apakah sebenarnya pendirian ibu tentang poligami? Ibu huraikan berdasarkan 4 faktor:

Faktor pertama: Hati & Perasaan

Pendirian: Tidak, tidak dan tidak. Tak mahu, tak mahu dan tak mahu.. huhuhu..

Faktor ke 2: Pengalaman

Ibu pernah bertugas selama 4 tahun di satu unit yang melibatkan pasangan bermasalah dalam rumah tangga. Poligami merupakan salah satu faktor berlakunya masalah rumahtangga.

Pendirian: Tidak, tidak dan tidak. Tak mahu, tak mahu dan tak mahu..

Faktor ke 3: Hukum agama

Pendirian: Mudah-mudahan saya tidak tergolong di atara mereka yang mempertikaikan hukum Allah

Faktor ke 4: Takdir

Pendirian: Semoga saya diberi kekuatan untuk menerima ketentuan Ilahi sekiranya itu takdir untuk saya..

* Semoga kita semua diberi kekuatan untuk membeazakan antara hati dan perasan, hukum Alla swt serta takdirnya.. Amin!!

* Anda bagaimana? Ada berani buat n3 macam ini?

* Ps.. Ustaz, terima kasih beri saya idea tulis n3 baru.. :-)

7 comments:

  1. Sejak sebelum berumahtangga lagi saya telah bersedia dengan perkara ini...

    Pendirian: OK! Kalau nak bermadu pun perlu kenal siapa bakal madu...

    Saya tak mahu tergolong dalam orang yang menolak hukum agama...dan bila saya suarakan kepada suami, menyuruhnya berkahwin satu lagi, dia menolak...

    Dalam hati saya: bukan nak menguji dan tak ade perasaan lega atau yang seumpamanya...sebab saya dah redha...

    kalau dulu, alasan saya adalah saya susah nak mengandung... tapi sekarang, walaupun tiada alasan, kalau suami nak nikah lagi, silakan...kalau tak ade alasan lebih baik, kerana Redha sepenuhnya ketentuan Allah...

    pada saya, ape yang kita paling benci dan tak suke tu la yang Allah akan uji kita dengannya, mcm yg Ustaz Love kate tu...

    sekadar pendapat saya...

    ReplyDelete
  2. Izzatul Iman.. saya kagum dengan awak. Punya kekuatan dalaman yang tinggi sebagai seorang isteri & juga dlm menghadapi ujian Ilahi..
    Saya juga tidak mahu tergolong dlm golongan itu.. tidak pernah pun menolaknya.. faktor ke 3 dan ke 4 dlm n3 saya memberi jawapan.. cuma sebagai seorang wanita biasa.. secara jujur.. saya masih belum mampu berkata 'ya'.. saya doakan kita sama2 dilimpahi kebahagiaan dunia dan akhirat.. Amin!!

    ReplyDelete
  3. Jangan la kagum dengan saya...saya hanya insan biasa mc Zefa juga...saya menerima ini semua kerana pengalaman yang saya lalui dalam keluarga saya...

    Lebih baik saya membenarkan, merelakan daripada saya menenteng kerana suami tak perlu pun minta izin isteri utk bernikah satu lagi...

    Daripada kita menentang dan akhirnya suami kawin senyap2 dan menyakitkan hati kita di kemudian hari, lebih baik kita sendiri yang pinangkan calon madu tu supaya kita kenal siapa calon tu, baikkah dia, bolehkah dia jalankan tanggungjawabnya.... dan boleh kita dijadikan adik untuk mengikat tali ukhuwah dengannya...

    Cabarannya juga besar...terpulang kepada diri masing-masing.

    ReplyDelete
  4. bergantung keadaan dan situasi masa tue.. saya izinkan tapi bersyaratlah..

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Manusia selalu memusuhi apa yg tidak diketahuinya.. Sbb itu ramai isteri2 yg marah bila dapat tahu suami poligami senyap2..

    Cuba la suami tu bagi part utk isteri amik bahagian.. part gi merisik bakal madu ke.. mesti isteri suka..

    hehe..

    ReplyDelete
  6. Cabaran dan dugaan akan ada dimana-mana termasuk perkahwinan.. andai ditanya pada Nida soalan yg sama.. maka samalah jawapan yang akan diberikan oleh Zefa.. namun andai sudah suratan tertulis, Nida harap pilihan suami adalah insan yang lebih baik dari Nida...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...