Follower

Tuesday, May 29, 2012

PETANDA MIMPI MARYAM NABIHAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih buat semua yang mengirim doa dan kata-kata semangat buat ibu Yusuf. Terasa manisnya ukhuwah walau hanya di alam maya.

Harini ibu nak cerita sesuatu yang 'manis'. Jumaat lepas (25.5.2012), ibu dan ayah ke sekolah Maryam untuk hari perjumpaan ibubapa dan guru.

Kami jumpa cikgu Aisyah, cikgu kelas 5 Jannatus Salam. Syukur alhamdulillah, semua yang keluar dari mulut Cikgu Aisyah tentang Maryam adalah yang baik-baik sahaja. Cikgu Aisyah kata Maryam anak yang pintar, cepat faham, kemas dalam buat tugasan, cuma mulutnya sahaja yang cok cek cok cek. Hahaha.. Maryam memang suka bercakap dan becok mulutnya.

Kata-kata Cikgu Aisyah tak banyak larinya dari kata-kata Cikgu Zai yang ibu ada kongsikan dalam entry Genius Maryam @ Genius Aulad. Untuk pengetahuan pengikut baru Jemari Asmara, tahun lepas Maryam sekolah di Genius Aulad. Tahunni ibu tukarkan dia ke Tadika Islam Al Hidayah.

Cikgu Aisyah kata suara Maryam kuat. Kuat bising ke? Cikgu Aisyah kata Maryam yang selalu mulakan apa-apa bacaan beramai-beramai terutama bacaan-bacaan dalam solat. Alhamdulillah, Maryam sudah lancar banyak bacaan-bacaan dalam solat.

Kemudian cikgu Aisyah tunjuk buku kemajuan...

Semua dapat 100% kecuali sains. Aduh-duh anakku.. Lantas ibu terus teringat mimpi Maryam yang ibu ceritakan dalam entry Kisah Mimpi Maryam Nabihah. Adakah mimpi yang berunsur sains itu satu petunjuk..? Hoho.. Jangan serius sangat okey..

Ibu tanam motivasi dalam diri, sebagai ibubapa jangan terlalu melihat kesilapan anak yang sedikit. Sedangkan ada banyak kecemerlangan yang ditunjuk. (Walaupun dalam hati ibu sedih juga tengok markah sains tu). Nasib baik untuk dapat A, markah 75 ke atas. Kalau 80, daaaaaah dapat B.

Jujurnya, sejuk sangat hati ibu haritu. Terus lupa segala karenah dan perangai anekaragam yang selalu dia persembahkan.

Ibu hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, namun yang paling penting cemerlang sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Doa ibu saban hari semoga anak-anak ibu cemerlang di dunia dan akhirat. Amin..

Ps: Ini bukan entry bermegah-megah ya, tidak sama sekali walaupun bunyinya begitu memuji-muji anak sendiri.. Sekadar berkongsi rasa bahagia seorang ibu. Semoga bahagia milik kita semua..

13 comments:

  1. pandai nya maryam...sejuk ht ibu dy kann...dpt anak cerdik mcm dy...:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, semoga maryam terus cemerlang...

    ReplyDelete
  3. Setuju... bukan bermegah tapi kenyataan memang Maryam cerdik. Kalau kakak pun rasa sejuk dan lega bila melihat keputusan macam itu...

    Tahniah dari auntie buat Maryam sayang....

    ReplyDelete
  4. Mesti ibu maryam rasa hepi bila dengar komen positif daripada cikgu kan? Tahniah untuk ibu maryam juga sebab pandai mendidik maryam.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. bijak Maryam ni

    sains tu takpe JA boleh diperbaiki lagi

    moga maryam akan terus cemerlang dan jadi anak yg solehah buat kedua ibu bapa ye

    ReplyDelete
  6. tahniah Maryam....Auntie mama tumpang berbangga...

    teruskan bagi semangat pada maryam

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...semoga Maryam terus istiqomah dgn keputusan cemerlang :) auni kena contohi Kakak Maryam ni....

    ReplyDelete
  8. Hati ibu mana yg tak gembira dgn kecemerlangan anak2.. Apa salahnya berkongsi kegembiraan tu dgn rakan2.. betul tak?? Tahniah buat Maryam serta ibu & ayahnya. Moga Maryam terus cemerlang..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... anak yang bijak ye maryam ni.

    p/s: tak sempat nak join GA sebab line slow sgt. nak loading blog pun amk masa berminit2.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Maryam n ibunya..hati ibu mana yg xbangga dgn kejayaan anak2 w.pn trkdg org salah anggap..niat kita bukan utk menunjuk2 ttp sbgai catatan kenangan di masa dpn....

    ReplyDelete
  11. tahniah! tidak rasa pun ini entry bermegah.

    sebagai ibu, pastinya kita nak raikan kejayaan anak.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...