Follower

Thursday, August 30, 2012

BILA POKET DAH KOSONG.. BENDA DALAM RUMAH PUN KENA JUAL..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernah tak dengar, sesiapa bercerita.. si polan bin si polin jual benda dalam rumah sebab tak ada duit. Kemudian, si peah binti si poah pulak menjawab, biasanya yang jual barang dalam rumah ni penagih dadah. Pernah ke tak pernah? Ibu Yusuf pernah je..

Tapi harini, ibu Yusuf dah mengambil inspirasi dari cerita tersebut. Kisah bermula lepas raya nikan, yelah.. lepas balik kampung, dua kampung pulak tu, satu jauh pulak tu, memang mengakulah memang budget sedikit lari. Tu tak shopping sakan tu, kalau sakan? Habislaaaaa...

Jadi, setelah difikir-fikir, ibu rasa nak jual beberapa barang dalam rumah ni yang boleh dijual. Jadi antara yang mahu di let go ialah..









Koleksi teko dan cawan lama je.. Ibu Yusuf bukan nak jual tong gas tau.. Hahaha.. Jadi janganlah awak semua kata ibu Yusuf penagih dadah ya..

Kalau ada yang rasa nak tolong ibu Yusuf isikan semula poket yang kosong dan berminat dengam item-item yang ibu nak jual, pm ibu kat FB ye. Tuuuu, tekan je lencana di sidebar sebelah kanan tu..

Terima kasih.. :D

Ps: Begitu kuatkah stigma kita terhadap penagih dadah? Sesungguhnya mereka juga insan biasa seperti kita. Sama-samalah kita memberi sokongan agar meraka juga dapat menjadi insan yang berguna. Sama-samalah kita berusaha, memerdekakan negara kita dari musuh nombor satu negara.

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke 55 Tahun @ 2012!!

17 comments:

  1. ni apa nama design bunga set cawan ni Zefa, cantik, tp yus dah banyak juga tea set, nak ngendeng satu lagi mmg tak dapat rasanya...hihi

    semoga ada yang beli....

    ReplyDelete
  2. mmg nostalgia ni brg lama kan..
    pasti ada peminatnya nti...

    ReplyDelete
  3. sayang nye k.zefa..memang nak tapi dah ado..

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Cantik juga. Teringin buat koleksi..
    Agak2 mahal tak :)

    ReplyDelete
  5. akak poket kosong kite poket hangus..ayah muhammad kate duk rumah jepun boleh berhabes hehe

    p/s: ape nk buat, wanita adalah makhluk yg dilahirkan suke sopping heheeh

    ReplyDelete
  6. wah! cukup2 patriotik...pepun slmt hari merdeka buat ibu dan seluruh rakyat msia!!! sgt2 teruja andainya negara kita aman dr "pemusnah ank bangsa" tu.
    Cantik koleksi ibu tu...;)

    ReplyDelete
  7. cantik set tu.. tapi nak mampu tak termampu lagi.. mampu menengok je setakat ni :)

    anak2 masih kecik kang pecah sayang....

    selamat hari merdeka ke 55!!

    ReplyDelete
  8. cantiknya...mesti ada yg nak beli ni...

    Selamat Mnymbut kmrdekaan ke 55.

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu jual barang yg tak perlu ;) pernah buat.. Biasa jual di cash converter. Tp mmg murah lah diorang ambil. Tak kisah lah. Daripada simpan tak pakai. Suka tgk koleksi lama mcm ni...

    ReplyDelete
  10. cantik set dulu-dulu nie...
    berapa ringgit jemari asmara?
    facebook nama zefa norasmara ker

    ReplyDelete
  11. untung jugak ada benda nak jual.poket sy dh kosong gak nie.nasiblah en suami dpt gaji hari2,klu tak kena jual tong gas nampaknya.haha..

    ReplyDelete
  12. cantik.sayangnya nak jual k.zefa sbb dah xdedah pinggan n cawan jenis mcm ni

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...