Follower

Tuesday, May 15, 2012

RESEPI IKAN BAWAL MASAM MANIS/ SWEET SOUR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama dah rasanya ibu Yusuf tak tepek hasil air tangan dia di blog. Sebab selalu masak yang biasa-biasa aje, bila masak yang sedap sikit pula kerajinan nak menangkap gambar tak ada.

Beberapa hari lepas ibu masak ikan bawal sweet sour. Ibu guna resepi Cik Liza. Cik Liza ni kawan sepejabat ibu, dulu dia chef tau. Sekarang jadi pegawai kerajaan sudah.

Hasilnya..

v

v


Sekali cik guru tengok gambar dia komplen daaa.. Apa dia komplen?

1. Bawang terlalu layu..
2. Tengok rupa sos tiram kurang..
3. Tak ada aksesori (sebab masak guna apa yang ada)
4. Macam tak naik minyak (naik sebenarnya cuma tak nampak dalam gambar sebab off flash)

Tu dia, hebat tak hebat. Tengok gambar je dia dah tahu kurang kat mana.. Hehehe, tapi ibu mengaku memang banyak durhaka pun.

Ibu kongsikan resepinya disini ya:

RESEPI IKAN MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan saiz sederhana (ibu guna ikan bawal)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 sudu makan cili boh
Sos tiram secukupnya
Sos cili secukupnya
Sos tomato secukupnya
Nenas
Tomato
Bunga kobis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, cili boh dan serai hingga naik bau
2. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan garam..
3. Masukkan nenas, bunga kobis..
4. Masukkan tomato dan bawang yang dihiris bulat
5. Tuang atas ikan, sedia untuk dihidang

Kedurhakaan ibu:

- Semua bahan ibu hiris
- Ibu tambah halia sebab suka halia
- Tak ada nenas, kobis bunga dan tomato. Ibu cuma letak cili hijau (itu je yang ada..)


 Tapi anak-anak kata sedap. Hehe.. Ibu pun suka hati. Lalalala..

Hingga jumpa lagi.. :D


 







16 comments:

  1. tgk gmbr je pun dh terliurrr canne??

    ReplyDelete
  2. Bestnyerrr, copy resepi ye... heheh..
    Rajinnyer masak-masak...mesti teror masak-masak nie..

    ReplyDelete
  3. Ha...tu dia chef dah bagi komen :) semakin bersemangat nak perbaiki masakan kan? nak cuba jugalah nanti

    ReplyDelete
  4. emm buat zie terliur nih... emmm

    ReplyDelete
  5. masakan ikan bawal sweet sour nih sempoi ja tp sedap..nk try gak la nnti..
    tq share resepi yer ibu yusuf& maryam..:)

    ReplyDelete
  6. izan jarang sekali beli ikan bawal kak zefa. tgk entry ni yg tiba2 membuak nak makan bawal sweet sour jugak nih...

    ReplyDelete
  7. tahniah...kak zefa pemenang utama Kembara Agung 3 Hari Giveaway (^__^)

    ReplyDelete
  8. tiba2 lapar tgk masakan zefa.......

    ReplyDelete
  9. rasanya sedap berbanding rupa parasnya. ngeee...

    ReplyDelete
  10. fuh sedapnya.menggoda tekak betullah..:)

    ReplyDelete
  11. Soal rupa tolak tepi.
    Kalau yg makan kata sedap, ok lah tu..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...