Follower

Saturday, November 10, 2012

SESEJUK PERUT IBU MENGANDUNGKAN MUHAMMAD YUSUF NABHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini 10.11.12.. Cantik tarikh tu kan? Harini akan berlangsung konvokesyen tadika Maryam. Ibu teruja nak pergi sebab harini Maryam terlibat dengan persembahan di pentas. Cuma ibu tak pasti pelajar 5 tahun dapat hadiah ke tidak. Alhamdulillah, Maryam dapat no. 1 kali ni.. Sejuk perut ibu mengandung.

Tapi entryni khas untuk abang Yusuf.. Cerita Maryam ibu simpan dulu ya. Beberapa hari yang lepas berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah sekolah agama Yusuf. Seperti tahun lepas, ibu tetap berusaha untuk datang. Tahun lepas terkejar-kejar datang selepas ibu selesai ceramah, tahunni ibu siap ambil cuti lagi. Semangat nak bagi sokongan moral pada anak bujang kesayangan ibu ni..

Yusuf tak dapat no terbaik pun dalam kelas di sekolah agama. Sama juga di sekolah kebangsaan, dia pun tak pernah dapat nombor terbaik.Tapi sebagai ibu, ibu tetap berbangga dengan pencapaiannya sebab ibu tak meletakkan nombor sebagai ukuran. Alhamdulillah, peratusan markah di kedua-dua sekolah adalah cemerlang dimata ibu.

Cuma selamatlah duit ibu kan, sebab ibu janji kalau dapat no 1 atau 2 atau 3, ibu akan belikan PSP. Hehehe..

Ibu kongsikan di sini beberapa keping gambar kenangan majlis penyampaian hadiah sekolah agama anakanda Yusuf yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam..


 Hati ibu mana yang tak tersentuh, hati ibu mana yang tidak gembira.. bila anak yang dikandung selama 9 bulan duduk di atas pentas membacakan ayat-ayat suci al quran dan diperdengarkan untuk semua hadirin yang datang dalam usianya belum pun lagi mencapai 8 tahun.

Tahniah sayang, Yusuf tanpa ibu lihat ada rasa gentar pun berada di hadapan. Suaranya terkawal dan bacaan baik sekali. Cuma tidaklah berlagu bagai.. Baru tak sampai seminggu belajar taranum.



 Beratur tunggu giliran untuk ambik hadiah. Walaupun tak dapat no 1 - 3, tapi Yusuf tetap dapat hadiah sebab dia pelajar Mumtaz (cemerlang)..



 Tahniah Muhammad Yusuf Nabhan bin Muhamad Roslan..



 Ibu pun nak interframe jugak.. Hehehe..



 Amboi, riangnya anak ayah ni..



Bukan nilai hadiah jadi ukuran..

Ibu doakan semoga anak ibu terus cemerlang dan akan perbaiki lagi di masa hadapan. Ibu teringin juga nak tengok abang naik pentas di sekolah kebangsaan. Harap-harap tahun depan tercapailah impian ibu ni ya..

Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..


6 comments:

  1. Salam Zefa..slmt berhari mggu.
    Tahnah diucapkn kpd yusuf...semoga terus cemerlang ya.Aminnnn

    ReplyDelete
  2. tahniah yusuf,gembira tgok kejayaan anak2 blogger.tahniah juga buat kak zefa kerana dpt anak sebijak yusuf dan maryam..:)

    ReplyDelete
  3. Sejuk perut ibu mengandung, sejuk juga hati yg membaca entry ni.. Tahniah buat Yusuf. Tahniah juga buat ibu & ayah Yusuf.. Moga Yusuf terus cemerlang dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. tahniah yusuf..semoga terus cemerlang..maryam pun sama semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...