Follower

Wednesday, March 14, 2012

Kanak-kanak lemas ketika ibu cuci pakaian

KOTA BAHARU: Gara-gara tidak menutup pintu rumah, sepasang suami isteri kehilangan anak bongsu mereka yang dijumpai lemas di Sungai Kuala Besar, dekat sini, petang semalam.

Nik Mohd Iqbal Azim Nik Roslan yang berusia setahun tiga bulan, dijumpai ibunya selepas didapati hilang kira-kira 1 tengah hari. 

"Saya tidak sedar anak bongsu saya hilang ketika saya mencuci pakaian dan dipercayai dia keluar rumah melalui pintu dapur yang tidak ditutup," kata ibu kanak-kanak itu, Lini Mat Noor, 22, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Mek Mas hari ini.
Katanya, selepas puas mencari di sekitar rumah, dia mengesyaki Nik Mohd Iqbal terjatuh ke dalam sungai tidak jauh dari situ dan meminta bantuan jiran untuk mencari anaknya.

Tidak lama kemudian, anak bongsu daripada tiga beradik itu dijumpai di permukaan air dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang.


Ketika kejadian itu, bapa kanak-kanak malang itu, Nik Roslan Nik Mat@Hussin, 32, yang bekerja sebagai nelayan tiada di rumah.


"Saya diberitahu anak bongsu saya lemas di sungai oleh adik saya melalui panggilan telefon," kata Nik Roslan yang reda dengan pemergian anaknya itu.

Selain Nik Mohd Iqbal, dua lagi anak pasangan itu ialah Nik Mohd Ikram, sembilan, dan Nik Nadia Izati, 10, kedua-duanya murid Tahun Tiga dan Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Che Latiff, Pulau Kundur.

Jenazah Nik Mohd Iqbal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latiff kira-kira 7 malam semalam. - BERNAMA 


Nota ibu:

Kisah Dirang belum pun reda, timbul lagi macam-macam berita. Apa yang berlaku ketentuanNya. Jangan saling salah menyalah dan hentam menghentam. Kita baca, ambil tahu dan jadikan pengajaran. 

 

11 comments:

  1. assalam zefa..takdir yang tak diduga..Alfatihah

    ReplyDelete
  2. anak tgh umur macam tu, memang tak boleh alpa

    ReplyDelete
  3. betul tu. ibu bapa kena beri perhatian lebih.

    ReplyDelete
  4. Alahai....ajal maut semua di tangan Tuhan...Al-fatihah..

    ReplyDelete
  5. Tiada ibu bapa yg sengaja mengabaikan tanggungjawab yg diamanahkan tetapi sebagai manusia biasa ada ketikanya kita lalai dan alpa. Namun demikian, dlm keadaan mereka bersedih, tak perlulah diungkit2 kesilapan mereka. Segala yg berlaku perlu dijadikan iktibar..

    ReplyDelete
  6. As salam Zefa,

    Ya Allah, sedihnya... mungkin telah ajalnya... Kita ibubapa kena sentiasa berwaspada..sedih :(

    ReplyDelete
  7. sangat2 sedih bila dengar berita ttg kehilangan kanak2 nie...bukannya ibu bapa mrk sengaja cuai ttp dh ditakdirkan mrk meninggal dgn cara sedemikianAl-Fatihah..semoga keluarga mangsa tabah....

    ReplyDelete
  8. Ya Allah Ya Tuhanku.. macam2 kes sekarang ni.. risau tol..

    ReplyDelete
  9. baru baca cerita nie dekat metro hari ni.budak besar nie mmg tak boleh alpa.nak buat macam mana Allah lebih syg..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...