Follower

Friday, September 23, 2011

Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan. "Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. - BERNAMA

Ps: Apapun, harap semua pihak ambil pengajaran dari isu ini, jangan terlalu mengambil mudah dengan apa jua perkara. Sebagai manusia biasa ibu tetap merasakan Ahmad Idham perlu menarik semula semua kata-katanya yang angkuh itu.. Wallahua'alam.

4 comments:

  1. tulah kak zefa..org malaysia kalau buat cerita...cube tgk indon movie2 die dah nak islamik..kit emasih berhantu hantu bagai..aduhh!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,klu tk rugilah sbb cerita nie best.lepas nie harap jadi pengajaran.

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak ada..kisan zizan...siap minta maaf lagi....dia org ne cepat sangat melatah...harap jadi kan pedoman di lain kali

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...