Follower

Thursday, September 22, 2011

Hantu Bonceng: Dari Pandangan Seorang Anak Kecil..

Assalamualaikum wbt..

Minggu lepas ayah ada langgan cerita Hantu Bonceng di Astro First. Sekadar nak tengok filem yang berjaya mengutip juta-juta RM ni... Ayah dan anak-anak yang mengadap, ibu layan juga sikit-sikit, sambil mata lebih tertumpu kepada skrin laptop.. :D

Ibu bukanlah nak buat ulasan cerita ke, bukan tentang Zizan yang dah minta maaf ke atau bukan tentang kebodohan Ahmad Idham menjawab tentang isu-isu yang dilontarkan padanya. Tapi secara jujur, ibu memang 'hangin' dengan jawapan si Ahmad Idham tu. Apapun status kedudukan cerita tu, menghina ke, tak menghina ke, tapi jawapan dia memang tidak bijak. (Err.. terbabas pula. Tadi kata tak nak komen pasal dia. Kih kih kih..)

Tentang isu agama pula, ramai bijaksana yang sudah buat komen. Tadi ibu singgah blog Ustaz Love, beliau ada buat n3 tentang Berhentilah Bercakap Wahai Ahmad Idham. Antara isi kandungannya ialah pandangan Ustaz Azhar Idrus dan ulasan Ustaz Love sendiri.

Sebab ramai sangat orang dewasa bagi ulasan, harini ibu nak kongsikan ulasan cerita ini dari pandangan seorang anak kecil. Seorang anak yang berusia 6 tahun 10 bulan, siapa lagi kalau bukan anak ibu sendiri; Muhammad Yusuf Nabhan yang sama-sama ikut ayah layan cerita Hantu Bonceng ni.

Secara mata kasar, tafsiran pada anak kecil ini.. dia seronok dengan cerita ini. Sekejap-sekejap ketawa, sekejap-sekejap ketawa. Gelak-gelak, dan sekali sekala tutup mata Takutla kononnya tu ye.. hehe..)

Namun, ibu melihat dia dari sudut yang lain. Dari mula cerita sungguh banyak soalan-soalan yang diajukan berkaitan dengan cerita tu. Soalan-soalan itu timbul kerana dia tak faham. Dia tak faham kerana cerita itu banyak menyimpang dari ajaran-ajaran baik yang diterapkan kepadanya.

Antara soalannya,

"Deorang (mereka) ni Islam ke ibu?"

"Masuk kelab malam dosa kan ibu? Orang Islam tak boleh masuk kelab malam kan ibu? Tapi kenapa deorang boleh masuk"

"Minum arak haramkan ibu?"

"Lumba motor haramkan ibu? Kalau nak berlumba kena pergi stadium (litar lumba) kan ibu?"

Dan baaaaanyak lagi kan ibu? kan ibu? kan ibu? yang ibu pun dah tak ingat masa nak taip n3 ni.

Maka rumusan ibu, yang ibu ambil dari soalan-soalan anak ibu, nampak sangat cerita-cerita ciptaan manusia ni banyak menyeleweng dari cara hidup sebenar kita sebagai Muslim khususnya. Kesannya, adalah pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak. Hingga ada sesetengah ibubapa, begitu kuat bermujahadah dengan tidak membenarkan anak-anak menonton tv langsung. Sila kagumi mereka, kerana ibu tidak mampu untuk menjadi seperti mereka..

Ibu mengambil pendekatan, sebagai orang dewasa kita mesti bersama-sama anak-anak dalam menonton cerita-cerita sebegini. Jelaskan kepada mereka, apa yang betul, apa yang salah. Jawab soalan mereka dengan sabar dan logik.. (walaupun kadang-kadang soalan-soalan tu buat ibu dan ayah hilang kosentrasi dan tertinggal jalan cerita.. hehe..)

Apapun, ibu mengharapkan agar penulis skrip, penerbit, pengarah, hatta Lembaga Penapisan Filem, dan yang paling utama KERAJAAN akan lebih celik mata selepas ini. Ibu tak mau komen panjang-panjang lagi, takut terbabas.. :D

Ps: Ibu buat segmen Main Teka2 @ Jemari Asmara di link http://jemariasmara.blogspot.com/2011/09/main-teka2-jemari-asmara.html. Tengok je gambar tu dan teka apa dia. Kalau betul dapat hadiah!!

1 comment:

  1. Sedihkan bila kita sebagai orang Islam namun mempertontonkan adegan seperti bukan orang Islam...

    Bagaimanakah umat Islam nak maju kalau asyik terikut dengan acuan barat, gaya hidup mereka... anak-anak kecil pun boleh berfikir takkanlah mereka yang dah besar panjang tak boleh terfikir tu semua... Nida pun angin juga melihat cerita yang ada unsur2 begini.. maksiat secara terang-terangan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...