Follower

Tuesday, September 13, 2011

Maaf.. Anda Salah..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, setelah seharian ibu tidak berkesempatan menjengah blog.. akhirnya ibu berkesempatan juga. Sedikit penat namun ibu mesti menulis satu n3 khusus agar tiada lagi kekeliruan.

Dua hari lepas, ibu menulis tentang 'Adik Yusuf & Maryam: Selamat Tinggal Zon Selesa!!'.N3 yang sedikit tergantung dengan soalan 'cepu emas'. Aduhai, rata-rata sahabat-sahabat mengucapkan tahniah dan menyangka ibu mengandung.

Maaf.. Anda salah.. Cerita 1 dan Cerita 2 yang ibu ceritakan itu tiada kaitan..

Tapi..

N3 itu adalah satu titik tolak, bahawa ibu telah membuat keputusan telah bersedia untuk keluar dari zon selesa.. Bertandang ke blog ibu-ibu muda membuatkan ibu sangat-sangat rindu saat 'mengendong' satu nyawa lain di dalam tubuh. Juga rindu saat mendakap satu nyawa di dada yang terhubung dengan suapan susu. Rindu saat-saat menyorok bawah meja mengepam.. Hehe..

Hakikatnya, ibu tidak lagi muda. Sudah 33 tahun. Jadi, jangan hanya cakap okey Puan Zefa. Bertindak!! Bertindak sebelum lebih tua lagi. Ha ha..

Mudah-mudahan, Allah swt murahkan rezeki ibu untuk menimang cahayamata lagi. Semoga ibu diberi kekuatan fizikal dan mental. Amin ya Rab..


 Anak bongsu ibu (setakat ini la.. :D) Maryam Nabihah, 4 tahun 1 bulan..


 Anak sulung ibu.. Muhammad Yusuf Nabhan, 6 tahun 10 bulan..


Adik nak baby girl.. :D


Abang nak adik kembar.. sorang girl sorang boy..

Macam-macam je anak-anak ibu ni. Tapi ibu memang teringin anak kembar pun.. :D

Sahabat-sahabat, moga-moga n3 ini memberi penjelasan. Maaf zahir dan batin andai n3 sebelum ini menimbulkan kekeliruan.

Doakan ibu ya..

Salam sayang buat semua.. :D



Amin Ya Rabbal A'lamin..

9 comments:

  1. semoga impian jadi kenyataan. Sorry to say, entry lepas seolah sengaja untuk mengundang pembaca membuat tekaan seperti komen2 yg yg tertera pada comment box :-))) termasuk le daku yg jadi org pertama ucap tahniah hehee..

    ReplyDelete
  2. sy pun kepingin tengok baby oirg comel2.nak baby girl. Insyaallah sama2 doa.akk doakan sy juga yer..:)

    ReplyDelete
  3. LL: Maaf ya andai n3 tu menimbulkan salah faham.. apapun terima ksih atas ucapan.. :D

    ReplyDelete
  4. semoga apa yg diinginkan menjadi knyataan...akak pun tringin jugak, yg bongsu dah 8 tahun...seronok tgk baby yg comel2....tapi apakan daya, tak de rezeki lagi...

    ReplyDelete
  5. MP: amin, insyaAllah moga2 rezeki itu akan dtg dgn izin Allah.. :D

    ReplyDelete
  6. insyaallah ada rezeki t yer kak.....ya doakan.....

    ReplyDelete
  7. syida pn sdg teringin nk baby lg! hehe...insylh ada rezeki kita kak =)

    ReplyDelete
  8. amin!! best kembar jimat kelahiran ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...