Follower

Tuesday, September 6, 2011

Sentap @ Hari Raya!! / Tayang Baju Lagi..

Assalamualaikum wbt..

Harini dah 8 Syawal 1432H.. cepatnya rasa berlalu. Ibu, ayah dan adik masih cuti lagi. Abang je dah sekolah.. Tapi ibu dapat melihat riak bahagia dan gembira Muhammad Yusuf Nabhan melalui 2 hari ini. Mana tidaknya, ke sekolah dihantar dan diambil. Balik sekolah Kebangsaan dapat cium dan peluk ibu, dapat makan di rumah hidangan air tangan ibu, nak pergi sekolah agama dapat cium dan peluk ibu. Dapat manja-manja nak ibu pakaikan stokin. Hari-hari biasa dia tak dapat nikmati semuatu sebab ibu berkerja dan dia perlu berdikari sendiri di Taska.

Itu sekadar coretan seorang ibu yang ingin berkongsi rasa bahagianya. Berbalik pada tajuk, ishk.. macam cerita tak best je kan? Memang tak best pun!!

Apa yang sentapnye? Ibu sentap dengan jelly-jelly yang dihidangkan di hari raya. Berwarna-warni, memang memikat hati anak-anak kecil terutama bagi peminta tegar gula-gula seperti Maryam Nabihah. Menarik memang menarik, sedap memang sedap, status halalnya? Aduhai.. susah nak cakap. Kan sebelum raya tu heboh tentang jelly kulit babi.

Yusuf tak ada masalah, sekali ibu cakap dia akan faham. Kadang ibu tak cakappun, ibu jeling dari hujung mata pun dia dah faham. Hehe.. ibu dia kan garangggg.. Tapi yang kecik tu, huhuhu.. Bila ibu kata tak baik makan manis-manis, tuan rumah pula cakap, ala sekali sekala je.. Takkan ibu nak tanya kat tuan rumah, masa belini ada tanda halal tak? Ada sekali tu, ibu sampai korek dalam mulut dia sebab dia dah masuk dalam mulut. Lepas tu dia melalak.. hahaha. Ada sekali tu pulak, ibu sorok balang jelly tu bawah meja..

Ce kawan-kawan syer sikit macammana nak menangani situasi macam yang ibu cerita.. Ibu dahului dengan ucapan terima kasih.

Sambil-sambil tu meh tengok orang serba hijau.. hehe..



 Kenangan 2 Syawal 1432H.. gegel tu baru lepas merajuk, serabai je rambut dia..


Bertiga sahaja.. gegel tengah merajuk masani. Ibu tolong cover perut ayah. Kihkihkih..


Okeylah, ini saja cerita ibu kalini. Jangan lupa kongsi pandangan tentang isu jelly tu ye.. Terima kasih sudi singgah di Jemari Asmara.

Wassalam

@@@@@@@@@@@@@@@

9 comments:

  1. comel je! takde pengalamanlah kak..kite senang je cakap muhammad tak makan lg skrg nih..tapi tak tahu bile dah makan mcm mane..

    tapi betul jugak tu sorok bawah meje..hehe

    ReplyDelete
  2. aduhaii jelly sumi pun ade letak gen babi jugak ke??kite baru tau ni je, aduii tak tahu nak cakap ape kan!! sana sini ade babi.. was was nak nak makan sebarang..

    ReplyDelete
  3. itulah kan.ssh jugak nk tangani situsi nie..tp ank sy senang sbb dia takut dgn abahnya..klu abahnya say no, dia tak berani.hehe...

    ReplyDelete
  4. alamak...tengok background gambar ni teringat kampung nenek kat Tg Karang huhu...rindunya.

    ReplyDelete
  5. Nak tak bagi, dia menangis, bila bagi kita pulak x selesa..Hmmm, macam nak kena bagi je penyelesaiannya.. Nanti Nabihah akan faham macam Nabhan.

    Mana resepi daging salai?

    ReplyDelete
  6. 2lh, mmg jadi masalah kalau anak masih kecil mrk blm faham..yg mrk tau, sedap utk dimakan...trkdg risau dgn mknan yg ada di Msia ni...confuse dgn status cz mcm xdiambil berat oleh pihak brwajib....

    ReplyDelete
  7. UM: Tah2 sampai sekarang balang tu menyorok.. hik hik..

    Myza: Yg akak cakapni jelly bentuk gula2 tu.. memang byk benda yg meragukan sekarang nih.. huhu..

    P Kutu: Masalahnya, anak akak tu mmg peminat tegar gula2.. tu yg susah skit walaupun ibu dia mmg garanggg.. hehe..

    ReplyDelete
  8. P Solehah: Tu dpn rumah akak kat pasir panjang sekinchan.. tak jauh dr tg karang.. :D

    MB: Tu la, tak sabar tgu dia besar.. ibu dah publish resepi tu ye.. :D

    Nza: Mudah2han kita semua terlindung dari termakan benda2 yg tak sepatutnya.. sgt2 merisaukan kan?

    ReplyDelete
  9. sama lah dgn akk gegurl akk merajuk masa bergambar raya keempat di rmh emak..
    selama hari raya mohon maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...