Follower

Sunday, September 25, 2011

Jamuan Raya @ Penghujung Syawal 1432H.. :D

Assalamualaikum wbt..

Maghrib tadi menjelang sudah 28 Syawal 1432H, dan hujung minggu terakhir di bulan Syawal.. ramai juga yang masih mengadakan rumah terbuka. Semalam sahaja kami menerima sangat banyak jemputan yang tak terkejar.. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk hadir satu jemputan kawan ibu, satu jemputan kawan ayah dan majlis jamuan yang diadakan di masjid.

Mula-mula kami terjah Makan Place di Seksyen 23 Shah Alam.. Restoran milik kawan sekolah ibu. Dah namanya tokey restoran, jamuan pun buat la di retoran. Alhamdulillah, sedap masakannya. Masani kami pergi bertiga je, anakanda soleh ibu ada kelas Mental Arithmetic.

Lepas ambil Yusuf dari kelas, kami terus ke Klang. Jamuan raya kat rumah seorang staf ofis ayah. Kawan ayah tu anak dara lagi yang masih tinggal dengan ayahnya. Semua hidangan ayah dia yang masak. Sedappppppppppppp.... :D

Akhir sekali, kami hadir jamuan raya Masjid Al Hidayah.. Yang ni baru ada picas..


 Jamuan Raya merangkap majlis meraikan bakal-bakal haji..


Antara hadirin yang hadir..


 Maryam nabihah yang asyik hilang.. pic ni ibu zoom dari jauh (tapi tak jauh sangat la.. )


 Beratur nak ais krim..


 Zoom sikit putera ibu yang tengah beratur nak aiskrim..


 Berkat kesabaran, akhirnya sampai juga giliran..


Yeay!! Abang dan adik ada aiskrim.. :D

Ps: Harini kami duk rumah je. kawan-kawan ke mana?

8 comments:

  1. wahh sakan ye beraya..kak aya kat rumah je hari ni..

    ReplyDelete
  2. kak maslina asri kan yg ada restoren tu.......

    ReplyDelete
  3. Kak aya: 3 tempat je.. balik kekenyangan semua tergolek.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Ya: Aah, maslina asri. akak panggil dia salmi.. :D

    ReplyDelete
  5. masing2 mengejar bln syawal yg dh nk brakhir...

    ReplyDelete
  6. amboi...sedapnya aiskrim. Minta sikit boleh? hehe....saya duk umah je cuti hujung minggu

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...