Follower

Monday, September 5, 2011

Shah Alam Semula @ 6-7 Syawal 1432H..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, kembali bersiaran dari Bandaraya Shah Alam. Meninggalkan Kuala Terengganu jam 6.30 petang semalam dan tiba di Shah Alam jam 4.00 pagi tadi. Perjalanan yang lancar, jalan yang lengang, cuma beberapa kali ayah berhenti melelapkan mata membuatkan masa perjalanan menjadi lebih panjang.

Sampai-sampai je tadi, lepas memunggah barang-barang dari kereta ayah terus tidur keletihan. Ibu tak berani nak tidur, takut terlajak. Ibu siap-siap gosok baju Yusuf nak sekolah, minum air sikit sebab nak puasa, dan terus on lappy menjengah blog sementara menunggu Subuh.

Hmm.. ibu nak cerita apa lagi ya.. Gambar-gambar beraya pagi tadi tak transfer lagi dari kamera ke laptop. Ibu tepek mana yang ada je lah ye..


 Gambarni diambil masa raya ke 4 bersamaan hari pertama kami di Terengganu. Merah lagi!! hehe.. saje je, selain baju melayu/kurung ibu belikan juga ayah dan anak-anak baju kasual. Ibu, pakai ajelah baju kurung kan.. tapi si gegel tu taknak pakai tshirt dia, dia nak pakai baju kurung macam ibu jugak. Layan je lah.. :D


Sporting je masa ni layan kerenah ibu suh possing.. tapi gambar dia blurr la pulak.. :-(


2 Keping je.. Hehehe.. Gambar ibu nan ado masa ni..

Ps: Ibu cuti lagi harini, nak kemas rumah selepas ditinggal beberapa hari. Kawan-kawan dah kerja ke?

@@@@@@@@@@@@@@

7 comments:

  1. dah kak..ngantokkk..semalam tak boleh tidur hehe

    ReplyDelete
  2. UM: cikgu2 suma dah kerja ye? tapi cuti sekolah cikgu cuti panjang.. huhu.. jelez..

    ReplyDelete
  3. seronok ye. kuala terengganu. pernah pergi sekali tp tinggal kat sane seminggu~ best la kat sne. tudung2 murah2~

    ReplyDelete
  4. Dah kerja..kat tampin.huhuhuhu..
    Mummy pun tak sempat nak update blog. masa yang ada cuma sekejap, luangkan bersama anak2 :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya!!! ^^,
    maaf la lewat dtg beraya..hehe~

    gmbr yg bwh skali sempoi..
    tengok kereta trbang ker tu?! hik2

    ReplyDelete
  6. Dhiera: Tudung murah kat Desa Murni..

    MB: Amacam Tampin? Rindu sama mummy.. huhu..

    Hafriz: Selamat Hari Raya.. bukan kereta terbang, burung je yg terbang.. hehe..

    ReplyDelete
  7. bagus anak akak,stil nk berbaju kurung. anak2 izan cepat rimas dan cepat plak koyak kainnya sebab melasak hehe...comey!~

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...