Assalamualaikum wbt..
N3 ini adalah kesinambungan dari n3 Cara-Cara Buat Daging Salai.. Apapun ibu nak nyatakankan di sini, resepi ini adalah mengikut cara ibu sendiri. Cara ibu masak lemak lebih dipengaruhi oleh cara mak masak. Cara orang jawa lah.. hehe..
Jadi, kalau kawan-kawan nak resepi yang sebenar (nogori) search lain la ye, rasanya masak lemak cili api orang negeri tak pakai bawang..
Meh layan....
Resepi Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh
Bahan-bahannya:
300 gram daging salai
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi (mengikut citaras pedas masing-masing)
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
Setengah genggam ikan bilis direndam / kiub ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 cawan santan cair
10 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa
Air
Air
Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang, ikan bilis, cili dan kunyit hidup..
2. Ketuk serai dan lengkuas
2. Ketuk serai dan lengkuas
3. Jerang semua bahan tumbuk, ketuk dan daging dengan santai cair dengan sedikit air hingga menggelegak. Masukkan garam secukup rasa.. (sekiranya daging liat gunakan air biasa dan rebus hingga daging empuk..)
7. Setelah itu masukkan santan pekat dan belimbing buluh. Pastikan api tidak terlalu besar dan kuah sentiasa dikacau hingga menggelegak semula..
9. Sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!! :D
@@@@@@@@@@@@@
resepi keluarga saya lain sikit~ tapi masak lemak cili api memang menu harian kami sekeluarga la, orang minangkabau mana boleh tinggal masak lemok ni~ hek
ReplyDeleteOoo.. Dhera org minangkabau. Nanti bolehla syer resepi keluarga dhiera ye.. :D
ReplyDeletesedapnya lasy makan bulan puasa tahun ni..hehe
ReplyDeleteAgak berbeza dengan resepi akak. Nanti boleh cuba resipi Zefa
ReplyDelete