Follower

Wednesday, November 9, 2011

GiveAway Koleksi Resepi Nannie..


Assalamualaikum wbt..


Ini header blog Kak Nannie.. Macam-macam jenis masakan dan resepi ada di sini. Tengok picasnya sahaja dah cukup menimbulkan rasa teringin.. Serius!!

Ibu Yusuf kenal Kak Nannie melalui FB.. Ada satu hobi Kak Nannie tu sama dengan hobi ibu Yusuf.. Malah, walaupun kami tinggal di daerah yang sama di negeri Selangorni, kami ditakdirkan bersua muka kali pertama nuuuun di Kelantan Darul Naim. Pun kerana 'memburu' penangan hobi kami. Hehe.. Dah jumpa kali pertama jauh-jauh (secara tak sengaja) barulah lepastu kami jumpa di tempat yang dekat-dekat je.. Kak Nannie, antara rakan sehobi yang banyak bagi tunjuk ajar dan nasihat pada ibu Yusuf. Terima kasih Kak Nannie..

Hobi apa tu? Teeettttttt.. Yang pasti bukan masak-masak lah ye..

Wah, panjang sungguh intro ibu Yusuf ni kan? Baiklah, sebenarnya Kak Nannie kita ni sedang menganjurkan GA di blog masak-masaknya sempena hari lahirnya pada 20 Oktober 2011 dan AidilAdha yang baru lepas.

Harap belum terlewat untuk mengucapkan; Selamat hari lahir buat Kak Nannie.. Semoga dilimpahi kebahagiaan berpanjangan, kesejahteraan, kesihatan yang baik, dan semoga murah rezeki selalu. Amin..

Jom kawan-kawan! Kita sama-sama meriahkan GA dari Kak Nannie ni.. Untuk turut serta, klik sahaja header blog Kak Nannie tu atau SINI sahaja..

Hadiah? Ada kaitan dengan dunia masakan tau. Kalau ibu Yusuf la yang menang, hai riang rialah hati ini. Suka sangat-sangat dengan hadiah yang Kak Nannie sediakan.. Silalah jengah blog Kak Nannie.. :D

Jangan tunggu lagi. Tarikh penyertaan untuk GA ini dari 11.11.2011 hingga 17.11.2011.

Semoga berjaya!!


1 comment:

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...