Follower

Wednesday, November 16, 2011

Yusuf: "Ibu, Abang Pelajar Mumtaz"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Harini ibu nak kongsikan, sedikit gambar kenang-kenangan di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sekolah Yusuf baru-baruni.. Tak banyak pun, sebab ibu dia malu-malu kucing nak ambik gambar. Hihi.. Sebahagian ibu dah tepek di SINI. Alaaa.. entry yang Dilema Terungkai Masalah Selesai tu.. :D


Anak ibu bersama-sama kawan-kawan yang lain berbaris nak ambil hadiah..


 Gambarni ayah yang ambil.. Hmm, tak berapa nak cantik. Gambar dari handset ibu lagi cun, tapi tak tau apa masalahnya, tak boleh transfer ke laptop pula.. Huhu..


Anak soleh ibu.. :D

Buat semua yang singgah di sini.. mohon kefahaman bahawa ini adalah rakaman antara kenangan manis dalam hidup ibu.. Bukan untuk menunjuk-nunjuk.. Risau juga, ada kawan-kawan yang asyik kena serang anon hanya kerana menceritakan 'kebahagiaan' rumah tangga di dalam blog..

Untuk maluman, Yusuf hanya dapat hadiah kerana markah keseluruhanya mencapai tahap Mumtaz (cemerlang).. Yusuf tak dapat nombor awal-awal pun, Yusuf tak dapat hadiah mata pelajaran terbaik pun..

Tapi.. pencapaiannya cukup buat ibu bersyukur. Pencapaian cukup menyejukkan hati ibu. Yusuf anak ibu, maka ibu tahu kemampuan dia di tahap mana. Jadi, walaupun tak dapat lain-lain hadiah ibu dah cukup rasa bahagia.

Harapan ibu, anak ibu akan berusaha lebih baik lagi di masa-masa akan datang. Tahunni, ibu bagi can lagi main-main, tahun depan no more main-main okey.

Abang adalah abang. Abang kena jadi contoh yang baik buat adik-adik (setakatni baru sorang adik la..).

Abang boleh!! Ibu sayang abang sangat-sangat.. :D




11 comments:

  1. cik anon datang ni...hehehehe (mengilai) :D..tahniah abg yusof..makcik (ke akak? ;) tumpang gembire..

    p/s: dapt bayangkan ank2 kite bace semule blog ibu mereke dan mase tu anak2 sume dah besar..tgk komen2 balik..wahh sgt manis utk dikenang ;)

    ReplyDelete
  2. erk, ada cik anon dok mengutuk2 ke, senang je klu tak suka takpayah lah baca kan

    tahniah pada yusof, moga lebih berjaya nanti

    ReplyDelete
  3. tahniah yusof!
    moga terus menjadi anak yg soleh..


    kepada zefa,peduli apa org lain nak kata..yg penting kita bahagia!

    ReplyDelete
  4. anon yg menyerang tu depa dengki pasal depa tak bahagia.haha...

    tahniah yusuf,terus lebih cemerlang tahun depan yer!

    ReplyDelete
  5. tahniah,yusof...

    rambut je sama hitam tapi hati lain2..abaikan je

    ReplyDelete
  6. Salam zefa NorAsmara,

    Sebagai ibu ni....macam tu la kita kan....tetap sentiasa memberi kata2 semangat dan sokongan padu pada anak2 supaya depa lebih bersemangat nak belajar....

    ReplyDelete
  7. apa je pngkatan ank2 xkira besar or kecik pasti buatkan kita sbgai ibu ni eppy kan..

    ReplyDelete
  8. salam akak,lama tak dtg sini.wah yusof sgt pndai..sejuk perot ibu =)

    blog ni kenangan kita dan insyaAllah anak2 baca nanti kisah2 mereka di sini.bila yusof baca n3 ni nnt,mesti dia terharu sebab ibunya sgt bangga dgn kejayaan itu dan sayang sgt pd dia..

    bab anon tu,mmg kita xde kuasa kak nk bg senyap tp pedulikan aje.tak suka toksah masuk ye tak.

    ReplyDelete
  9. sebenarnya bukan menunjuk2 kak tp ini lah kepuasan seorng ibu yang berjaya mendidik anak dan jadikan akak sumber inspirasi kami..

    ReplyDelete
  10. tahniah utk abg yusof :) tumpang bangga dgn kejayaan anak k.zefa :)

    ReplyDelete
  11. Sejuk perut ibu mengandung.. moga terus mencipta kejayaan demi kejayaan.. Insya Allah

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...