Follower

Tuesday, November 8, 2011

Shah Alam Sudah| Blog Jemari Asmara Hilang!! | D24 Bukit AA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. kembali bersiaran dari Baiti Jannati. Kami tiba di Shah Alam jam 4.00 petang tadi selepas menempuh perjalanan Kuala Terengganu - Shah Alam selama 7 jam 30 minit dengan tiga kali berhenti. 

Sampai sahaja di rumah tadi, kami suami isteri terus bergotong royong apa yang patut. Keluarkan barang dari kereta, simpan bekalan dari kampung di dapur, vakum lantai, basuh baju.. Macam-macamlah..

Jam 6.00 petang, ayah dah hidupkan enjun motor nak main bola. Ibu pula terus on lappy dengan harapan nak transfer gambar dan  terus online lah. Transfer gambar, selesai. Sekali log in blogger.. Huhu.. Blog Jemari Asmara tidak dijumpai.

Dup dap juga jantung ibu.. Tapi ibu berusaha untuk tenang. Sebab dah baca di blog kawan-kawan tentang kejadian sama pernah berlaku pada mereka. Jadi ibu buat step by step arahan yang diberi.. Alhamdulillah Jemari Asmara muncul kembali. Syukur sangat-sangat..

Okeylah, jantung ibu pun dah berdegup dengan normal semula. Jadi, ibu nak cerita tentang D24 Bukit AA. Apa itu?

Ini dia..

v

v

v


Durian D24 Bukit gred AA.. sekilo RM16.00


Kami berhenti beli dan makan betul-betul di signboardni.. Tepi Karak Highway..


 Riang ria je anak beranak ni makan doyan.. Jangan contohi aksi ini.. Makan berdiri.. :-(


 Ulas yang paling besar dapat ke Maryam..


Abang Yusuf.. baru pandai makan durian tahun ni. Itupun selepas terpengaruh tengok adik makan durian selambe je.. hehe.. (Abang Yusuf ni memilih sikit bab makan..)

Macam meriah je aksi makan durian tu kan? Sebenarnya kami beli sebiji je. Sebiji tu ngam-ngam sekilo. Bukak-bukak, ngam-ngam 4 ulas. Haha.. Seorang seulas je. Jadilah.. selain rasa kedekut nak keluarkan duit, takut anak-anak panas pun ye juga kalau beli banyak-banyak. Bolehla tu sekadar buat rasa.. Ulasnya pun boleh tahan besarnya..

Itu sahaja cerita yang dapat ibu coretkan di blog yang baru 'kembali' ini. Nanti-nati ibu akan corat-coret lagi. Malamni jika berkesempatan ibu akan jengah rumah kawan-kawan. InsyaAllah..

Ps: Dah pernah jadi ke pada kawan-kawan macam ibu kena tadi? Blog hilang..


11 comments:

  1. durian..feveret ummi nih hehe :) lama dah x makan durian...sedap tu.

    * setakat ni tak pernah terjadi lagi kisah mcm tu...blog "hilang" :)

    ReplyDelete
  2. memang terliur tngk durian tu...dah lama tak makan....

    ReplyDelete
  3. OMG tak pernah lagi..klu hilang memang gabra.hehe..

    sy yg tak suka durian pun terliur tgok maryam n yusuf makan..:)

    ReplyDelete
  4. tengok gambar no 2 dlm hati berkata: waaa...banyaknya beli durian. Bestnya!!...At the end...owwhh sebijik aje rupanya hehee..

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya...walaupun sebiji tp puas makan..

    ReplyDelete
  6. ololooo sedapnya maryam mkn durian.. besar jugak isi durian ni ek.. sy jarang beli durian sbb dah ada pokok durian.. kalau time buah durian xmenjadi br beli durian.. hihii

    ReplyDelete
  7. wa if travel jauh2 xleh mkn durian..nanti pening

    ReplyDelete
  8. alamak..boleh main hilang2 pulak? saya tak pernah lagi kena macam tue..

    ReplyDelete
  9. blog hilang gi mana?.. lari dari rumah ker pergi beraya?..erk, mummy konpius..

    ReplyDelete
  10. sedapnya makan durian. tapi sekarang ni dah bukan musim kan?

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...